BAB 5

7 0 0
                                    

" Letak jawatan ? " jawab mereka serentak.

——————

     " kau dah siap kerja ke belum ni ? Tu lah tangguh lagi banyak banyak " Sara selaku teman sekelas Eiman sudah mula mengomel. Ada kalanya perkataan yang disebut oleh nya menusuk hati.
      " dah , dah siap dah semua. Ha ni homework last aku , sekarang boleh lah kan aku nak dating dengan kau ? Boleh kan sayang ? " Eiman yang sengaja menguji kesabaran teman nya mencuba ayat ayat buaya. Sedar tak sedar ada yang memerhati mereka dari tadi. Tak lain tak bukan , Melur. Penolong ketua kelas mereka yang menyimpan hati kepada Eiman. Melur sudah kelihatan hilang sabar akan apa yang berlaku , tekad untuk menyergah mereka tetapi di halang oleh ketua kelas.
      " kau kan , tak payah nak mengada boleh tak. Kalau aku bagitau Sha ni memang sah sah kau kena report " Sara yang anti-lover  seraya menahan rasa yang berbunga dalam hati. Kadang kala , dia menyimpan perasaan pada rakannya. Mungkin sebab mereka kawan , tak nak rosakkan hubungan perakanan.
   

——————

      " sejak bila puan Farah letak jawatan ? Bukan dia kena pindah sekolah lain ke ? " Khai yang tidak berpuas hati menanya kepada Zafran yang mencelah perbualan nya bersama Elisha.
      " serius lah korang tak tahu ? Ni pun aku dengar dari abang aku " Zafran yang keliru menceritakan hal sebenar. Dia fikirkan semua orang tahu bahawa puan Farah tidak berpindah , malah meletakkan jawatan. Jadi yang mana betul sebenarnya ?
      " Aku rasa lah kan , memang puan Farah letak jawatan. Sebab mostly , senior kita semua kata dia letak jawatan. Even kak Fasha dengan abang Ariq " Rania yang turut serta terdengar perbualan mereka mencelah juga.
      " Eh korang borak apa ni ramai ramai nak join jugak " Aiden selaku pelajar yang suka mencelah dan terpaling mencelah , menyampuk. Alangkah Elisha yang terdiam dari tadi berasa tidak selesa. Dia hanya menginginkan dua , tiga orang sahaja sebagai info atau teman untuk di borak. Dan bukannya empat , lima orang sebergini.
      " Aaa tak apa lah , aku nak bincang balik dengan Elisha , tu kelas dah bising baik kau in charge balik Zaf " Khai yang memahami eyesight Elisha mencuba untuk mengalih perhatian ketua kelas mereka.
      " Nea , kau pergi cari Melur kelas sebelah . Cakap dekat minah tu , ustazah Nisa nak jumpa dalam 10 minit lagi " Zafran hampir terlupa akan perbualan bersama guru agama Islam tadi. Rania memandang Zafran tajam. Geram. Mengarah je kerja. Kesian tengok
      " Nak ikuttt " celah Aiden lagi. Rania hanya mengangguk tanda ya. Nanti tak ada kawan nak sembang kata nya.
      " Dah , diaorang semua dah tak ada . Dah blah . Kau okey ke tak ? " sedari Khai melihat teman nya berdiam diri.
      " Okey je , tak payah lah risau " Elisha mencuba sedaya upaya untuk bersikap normal. Khai hanya senyum. Hanya dia yang tahu segalanya. Sepupu sendiri juga tak tahu apa yang terjadi kepadanya. Dia hanya berpegang ayat yang diucapkan dahulu.
      " Ingat Fan .. kalau ada seorang perempuan mempercayai Fan , Fan jaga dia betul betul "
     
* Kringgggg
" perhatian semua . Prep malam telah pun tamat . Semua boleh pulang ke dorm masing masing dan jangan lupa tutup lampu tepat pukul 12:00 malam nanti . Warden akan meronda untuk mengutip telefon bimbit masing masing . Sekian , terima kasih " announcement setiap pukul 11:30 sudah tamat. Kini masa mereka untuk jejak langkah ke dorm masing masing .

——————

      " Kelas sebelah kan ? " Aiden membuka kata.    " Ha ah " balas Rania pendek.

      Mereka hanya berjalan menuju kelas sebelah memanggil Melur. Apa yang ustazah Nisa nak pun tak tahu lah mereka. Mesti ada kena mengena dengan disiplin tak pun kekemasan diri.

" Assalamualaikum , nak jumpa dengan Melur boleh ? Ada urusan dengan dia " Rania mengetuk pintu kelas sebelum memberi salam. Aiden yang mengikut nya, setia menunggu di luar.
" Ada apa nak jumpa saya ? " Melur menanya dengan nada seperti tidak menyuka nya. Dari hujung lirikan mata Aiden, dia hanya melihat apa yang terjadi. Tak berani nak berbahasa.
" Erm nanti dalam pukul 11:20 macam tu .. ustazah Nisa nak jumpa dekat bilik guru . Kalau boleh dengan Harina dengan Isma' " Jelas Rania. Seperti yang dijangka, Melur membalas " Ok " kemudian beredar dengan jelingan. Tak paham dia nak apa sebenarnya. Nak makan kaki orang kot, lama tak makan tu.
      " tak payah nk fikirkan sangat Melur tu , dia memang macam tu. Dah percakapan pun hauk , perangai entah tah macam anj- " Terang Aiden yang sudah lama menyimpan amarah dalam hati.
      " woi tak elok cakap cam tu " potong Rania sebelum Aiden menyebut perkataan akhir Aiden.
Aiden hanya ketawa dan diikuti oleh Rania. Arab sangat diorang tu. Takut ada yang jealous pulak kan ?

——————

      " aku ada jumpa benda lain sebenarnya, bukan tu je. Aku jumpa kertas tau mcm terkeluar sikit kan , lepastu aku tarik keluar kertas lama tu ada tulisan tangan .. " Elisha mengongsi lagi cerita. Khai mengangguk dan menyuruh Elisha menyambung cerita nya.
      " komputer. Bilik komputer. Bahagian rosak .. " Elisha menyambung.
      " bilik komputer ? Kejap.. dulu puan Farah tak ada komputer . Dia selalu pergi bilik komputer .. ouh cik Suria pernah bagitahu komputer dia dekat tempat komputer rosak " Khai mengenang dalam memori dia. Memikir semula.
      " seingat aku , ayat dia macam ni " Elisha menyambung kembali cerita nya .

       Bilik komputer
      Stor komputer lama
      Farah Adelia
      yang benar ,
          Farah Anderson

      Lukisan yang dilukis oleh Elisha di buku nota nya dijenguk Khai. Cara tulisan nya juga, Elisha sedaya upaya mengikuti. Dia bingung mengapa terdapat dua nama disitu. Adakah memang benar puan Farah mempunyai kembar ?
      " puan Farah ada kembar ke ? Ni dah lain ni . Nama puan Farah ada dua . Satu Anderson satu lagi Adelia .. " Khai bingung.
      " aku rasa kan , memang puan Farah ada kembar lah . Sebab puan Farah pernah bagitahu kan dia ada adik yang terpisah duduk dengan ayah dia . While dia duduk dengan mak dia . Kau ingat tak ? " Elisha mencuba mengingati teman nya semula. Lalu Khai teringat semula akan perbualan itu yang diceritakan oleh puan Farah ketika mereka menolong nya di perpustakaan sekolah. Benar akan apa yang dicerita. Mungkin saja puan Farah ada kembar. Atau mungkin juga puan Farah memiliki dua identiti yang satunya dia gunakan hanya untuk menutup identiti sebenar. Buntu menyergahi fikiran nya. Tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini.
      " esok , kita pergi bilik komputer bahagian stor lama macam kertas tu tulis " ajak Elisha. Mungkin saja kunci itu berada di sana. Mungkin. Khai seraya mengangguk sahaja, tanda setuju. Dia hanya mahu meneman teman nya. Tidak lain tak bukan gadis yang dia menaruh perasaan juga.

—————

Hi readers ! Sorry for very very late update ᐢ. ֑ .ᐢ
Din a bit busy last month , so finally dapat jugak habiskan bab 5 yang kejap tulis kejap sambung balik (´・・) anyway since cuti raya , Din try up bab 6 secepat yang mungkin ! ꒰ •‌ ▿ •‌* ꒱
          love author ,
                    Dinn ₍ ᐢ..ᐢ ₎

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 30, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PERPUSTAKAANWhere stories live. Discover now