" Shaaaaaa kau cuti keeee " Sara yang menyedari rakan nya tidak kelihatan di surau sekolah menanya .
" Ye " jawab Elisha sepatah.
" Jum laa kita pergi dewan makan, lapar lh " Sara mencuba mengajak Elisha yang mengemas loker nya. Elisha hanya sekadar mengangguk tanda setuju. Dia tidak mahu banyak berbicara. Badan nya rasa seperti seram sejuk.
——————
Separuh dari tempat duduk di dewan makan telah dipenuhi oleh pelajar. Ada yang menjamah makanan, ada yang membawang , ada yang membuat kerja dan ada juga yang hanya melepak. Eiman dan Khai berjalan menuju ke dewan makan untuk mengisi perut yang sudah berbunyi. Kelihatan dua orang kawan wanita mereka juga baru turun dari aspuri. Alang alang sudah menampak mereka menuju ke dewan makan juga, Eiman dan Khai menunggu di laluan yang menyambungkan antara aspura dan aspuri.
" Heyy ladiesss . Nak pergi mana ? " Eiman yang merupakan sebahagian daripada pelajar yang popular mencuba untuk flirt.
" Eh nak flirt , flirt awek lain. Kitaorang ni tak de kerja nak melayan " Sara membalas. Kalau dah dua ekor tu mula bergaduh, ah jangan cakap. Dah macam mak dengan bapak. Agak nya diorang ni jodoh kot. Elisha mengundur diri dan membiar sepupu nya bertengkar bersama teman perempuan nya. Khai menuruti tingkah laku Elisha. Dia juga tidak mahu terjebak dengan dua ekor burung bercinta tu.
" Haih lah korang, lovebirds. Kesian lah sikit dekat kitaorang yang single mengingle ni " Khai membuka suara. Elisha hanya sekadar tersengih. Dia tidak ada daya untuk bercakap. Mungkin penat.
" Pasal buku tu, aku simpan dekat loker dorm. Takut pula nak tinggal dekat kelas. Even tho rasa meremang sikit " Elisha hanya mengongsi info. Kawan nya yang mendengar hanya setuju dengan tingkap laku yang dibuat oleh nya.
Tiba di dewan makan, mereka memilih untuk mengambil meja berhadapan dengan laman sekolah. Jika lihat betul betul, dari meja tersebut sudah boleh melihat hutan tebal. Biasalah, asrama tersembunyi. Lagi lagi di hujung negeri pula. Mereka menjamah makanan yang dimasak oleh mak cik Rahmah, tapi mereka hanya memanggil Mak Mah sebagai singkatan. Lauk ayam. Alhamdulillah bukan ikan. Kalau ikan agak nya mereka curi air panas dari dewan makan je lah. Paham paham lah, pelajar asrama. Mesti kena ada makanan simpanan.
" Nanti prep , kita buat kerja. Habis terpengkalai kerja kita sebab nak cari kunci buku tu " Eiman yang masih ada dua, tiga tugasan yang tertangguh membentang kan cadangan.
" Ha boleh lah tu. Aku pun ada satu je kerja tak siap lagi " jawab Sara setuju. Khai memandang Elisha, mereka pun setuju akan cadangan Eiman walaupun tidak boleh bercantum kelas bersama dua orang rakan mereka.
——————
Rania yang baru sahaja keluar dari aspuri menjejakkan kaki ke kelas untuk prep malam. Dia agak gelisah kerana dia bersendirian. Sudah lah di malam hari, sorang sorang pula. Siapa sahaja yang tidak berasa takut ? Rania berlari ke tempat yang cerah supaya tidak berasa takut. Dia lalu di depan tangga yang menuju ke bilik guru.
Kelibat. Ada kelibat lelaki di tangga.
" Tunggu " kedengaran suara dari tangga itu. Rania meneruskan jalan dan tidak endah. Kedengaran tapak kaki mengajar nya dari belakang.
Rania belok ke kiri se akan ada selekoh di situ. Dia tekad untuk menyorok. Tangan nya bergeletar. Perasaan gemuruh kembali.
Tapak kaki mula kedengaran.
Setapak, demi setapak.
" Aku nak teman kau lah Nia " kelihatan Aiden, rakan sekolah rendah nya dulu. Rania yang sudah hampir menitis kan air mata bangun dari cangkung nya. Masih takut akan apa terjadi.
" Kau sengajakan nak buat aku takut. Dari sekolah rendah lagi " Rania yang masih berbaki perasaan gemuruh mula menenking Aiden. Aiden hanya senyum. Psiko. Itu sahaja yang Rania fikir kan.
" Alah Niaa jangan lah merajuk. Dah baik kita masuk kelas. Nanti tak pasal pasal kena tangkap buat benda tak elok " pujuk Aiden. Rania hanya sekadar memandang muka Aiden lama. Geram. Tapi dia kena sabar. * nak marah tapi kena sabar , nak marah , rasa nak marah tapi kena sabarrr * ayat dari tiktok mula muncul di kepala nya. Tergelak buat seketika. Kemudian berjalan pergi meninggalkan Aiden yang bingung akan tingkah laku nya. " Minah ni dah kenapa ? Aku ikut sebelah je lah " Aiden hanya bercakap dengan diri nya. Lonely sangat kot.
——————
Aspura dan aspuri telah kosong. Dewan makan juga sudah sunyi. Mak Mah juga telah menutup lampu dewan makan dan masuk ke bilik nya. Biasalah, Mak Mah sahaja yang bekerja shift malam. Pekerja yang lain tidak dapat menghadiri kerja.
Jam menunjukkan tepat 10:15 malam. Semestinya pelajar berada di kelas untuk prep malam. Jika mengikut peraturan, prep malam harus mengikut kelas masing masing dan tiada kelonggaran berjumpa dengan pelajar dari kelas lain seperti prep petang. Hanya disebabkan kes pelajar tidak menyelesai tugasan diberi meningkat akibat diberi kelonggaran bertukar kelas semasa prep malam dan petang. Ia juga membongkarkan kes pelajar bercinta di asrama menyebabkan ramai pelajar digantung sekolah. Kebanyakan nya tingkatan 4 dan 5. Biasalah, remaja menginginkan perasaan bagaimana bercinta.
Di dalam kelas Elisha, dimana Khai juga turut berada di kelas tersebut. Disebabkan mereka tidak ada banyak tugasan yang perlu diselesaikan, mereka mengahabiskan waktu dengan membaca buku dan bersembang akan rancangan esok pagi.
" Aku ada lap guna tisu basah masa magrib tadi. You know what, ada.. nama puan Farah dekat buku tu. Seingat aku, nama penuh dia Farah Anderson. Puan Farah ada campur darah dengan orang putih ke ? " Elisha sekadar bosan memberi tahu perkara yang dilakukan nya petang tadi. Khai yang mendengar hilang kata kata nya. Terkedu. Setahu dia, nama puan Farah bukan lah begitu. Dalam record nama nya juga lain.
" Eh bukan ke nama puan Farah lain? Puan Farah ada kembar ke? Setahu aku nama puan Farah.. Farah Adelia. Aku sendiri pergi pejabat ambilkan buku report dia selalu " Khai yang hairan akan nama puan Farah, guru kesukaan nya.
" Bukan puan Farah dah letak jawatan ke? Dah kenapa korang sebut sebut pula nama dia ? " celah Zafran selaku ketua kelas yang membuat rondaan terhadap rakan sekelas nya.
" Letak jawatan? " jawab Khai dan Elisha serentak.
< stay tune bab 5 wahai readers ! >
Din nk mintk maaf sebb tak update dua hari. Ada kenduri 😭 btw thanks untuk readers yg membaca cerita Din, jgn lupa vote ! 😉
Love author,
Dinn. ♡♡
YOU ARE READING
PERPUSTAKAAN
Mystery / Thriller" Aku rasa.. puan Farah ada kena mengena dengan buku berkunci ni ". Lantas sahaja Sara membangkang percakapan Khai, " Aku tak setuju. Puan Farah baru saja letak jawatan tahun lepas. Macam mana dia nak tulis banyak banyak macam ni? " jelas Sara. Eima...