Pisau kecil bermain-main dijarinya. Dari tadi sedikit pun dia tidak bersuara. Ruangan bawah tanah itu sunyi. Seorang pun tidak berani bersuara. Melihat anak mata merah lelaki itu membuatkan mereka menunduk.
"Sial mana yang berani buat onar dekat tempat aku huh ?" Setelah lama berdiam diri kini jejaka itu mula membuka suara.
Matanya masih memandang pisau yang bermain ditangan. Tajam. Sesekali mata anak-anak buahnya juga turut memandang ke arah pisau lipat yang berkilat itu. Sungguh mengerikan.
"Aku tanya tu jawab !!" Jerkahnya kuat. Bergemar suaranya di sudut gelap tersebut. Makin menunduk kepala mereka semua. Takut akan wajah gerun lelaki itu. Aura membunuhnya sudah keluar.
"Z--Zafran boss." Jawab salah seorang dari mereka. Tangannya yang lincah bermain dengan pisau tadi terhenti. Matanya pula menatap ke arah lelaki yang sedang melutut di depannya kini.
"Zafran.. lelaki tak guna tu ?"
"Ya boss."
"Aku dah bagi amaran pada dia. Macam mana dia boleh buat lagi ?" Kata jejaka tersebut. Hujung bibirnya naik. Dia berdecit kecil.
Rasa kelakar pula dengan lelaki yang bernama Zafran itu. Rasanya ini bukan amaran pertama darinya. Berapa kali langsung lelaki itu mahu mencabarnya? Ataupun lelaki itu memang mahu menempah maut daripadanya.
Lelaki di depannya dipandang tanpa riak. Sebelum dia bangun mendekat tubuh itu pisau lipat tadi di tekan diatas meja.
"Jadi kau la anak buah setan tu ?" Soalnya dingin.
Lelaki yang melutut itu mengangkat muka. Sebelum senyuman sinisnya terukir. Kemudian terbahak-bahak dia ketawa membuatkan mereka semua memandang ke arahnya dengan dahi yang berkerut.
"Kau-- kau nak buat apa kalau aku bagitahu pun ? Nak bunuh aku ? Silakan aku sikit pun tak takut dengan kau." Ujar lelaki itu berani. Ternaik kening jejaka bermata merah itu. Nampaknya lelaki itu sedang mencabarnya.
"Siapa cakap aku nak bunuh kau ?" Tanya jejaka itu. Berubah terus muka lelaki yang sedang bergelak ketawa tadi. Sekarang giliran jejaka bermata merah itu pula yang tertawa. Gila. Ayat itu meluncur laju didalam hatinya.
"Apa maksud kau ha ? Apa maksud kau aku tanya ?!!" Jerkah lelaki itu. Entah kenapa tiba-tiba baru dia perasan akan sisi gelap jejaka tersebut.
Zapp !
Kepala lelaki itu terteleng ke tepi. Jatuh tubuhnya. Pipi sebelah kanannya terasa pedih. Cecair merah keluar dari mulutnya.
"Don't you dare raise your cheap voice at me. Bitch." Makinya perlahan. Kasutnya yang kotor disapu sedikit dengan tapak tangan.
"Kau-- kau nak buat apa ha dekat aku ? Setakat tendang tak jadi apa-apa la dekat aku!" Cabar lelaki itu lagi. Woah nampaknya memang nak mati awal jantan di depannya ini. Jejaka bermata merah itu ketawa kecil. Meja yang diletakkan pisau kecilnya tadi diambil sebelum berjalan ke arah lelaki itu.
Dia berjalan perlahan ke arah lelaki tersebut. Apabila sampai dimuka lelaki itu dia bercangkung. Pisaunya dibawa ke muka lelaki tersebut.
"Kau tahu ? Aku kagum dengan semangat kau tadi. Tapi bila aku cakap elok-elok.. macam taik pula perangai kau." Pisau tersebut sengaja dimainkan pada wajah itu.
Terus pucat lesu muka lelaki tersebut. Gerun akan suara jejaka bermata merah itu. Hatinya berdebar apabila pisau tajam berkilat itu semakin menghampiri ke anak matanya.
"Jangan risau. Aku tak sentuh benda yang dah rosak. Apa kata kalau aku seksa kau dulu, amacam ? Okey tak ? Lepas kau betul-betul dah tak tahan.. kau sendiri yang akan bunuh diri kau kan ?" Kata suara itu. Senyuman jahatnya terukir. Tak sabar mahu menikam anak mata lelaki itu. Dia benci anak mata yang mengkhianatinya itu.
"Alex." Namanya dipanggil seseorang. Tak usah dia toleh ke belakang dia sudah tahu siapa gerangan itu.
"What ?"
"Ikut aku."
"Kau nak apa Rafael ?" Tanyanya. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja lelaki itu mengarahkannya. Tanpa menunggu bicara dari Rafael. Perlahan pisau kecilnya ditekan kuat pada pipi lelaki yang berada didepannya kini.
"ARGHHGGHHH !!" Lelaki itu mengerang kesakitan. Jejaka bermata biru itu tersenyum puas.
"Kenapa ? Sakit ? Ini baru sikit kau tahu ?" Katanya. Kemudian pisau itu dia tekankan lagi pada pipi sebelah kiri lelaki itu pula. Sekali lagi ruangan bawah tanah itu berdesing dengan suara lelaki tersebut.
"S-- sakit Alex ! Aku-- aku minta maaf !!" Rayu lelaki itu. Sungguh dia tidak tahan dengan tekangan kuat pisau tersebut dipipinya. Dalam beberapa saat sahaja pipinya terkoyak teruk.
Alex hanya membuat muka tanpa riaknya. Sedikit pun tidak hairan dengan rayuan lelaki itu. Tadi bukan main mencabarnya. Sekarang ? Merayu kepadanya pula.
Rafael mengeluh. Perlahan irisnya disentuh.
"Thaqif Alexander. Your mom !" Kata Rafael. Tegang mukanya saat itu. Dia sudah tidak tahan apabila lelaki itu hanya mengabaikannya. Dan meneruskan menyeksa anak buah Zafran yang sudah lenyai dengan darah.
Tindakkan Thaqif Alexander serta merta terhenti apabila nama Mamanya meneliti dibibir Rafael.
Terus dia pusing ke arah lelaki itu. Pisau ditangan dicampak ke tepi. Mencanak naik darahnya. Kolar baju Rafael digemgam kuat.
"What did you say ?!" Tengkingnya kuat.
"Mama kau dekat hospital sekarang. Ada orang nak langgar dia." Ujar Rafael tetap tenang. Sedikit pun dia tidak gentar dengan iris merah rakannya itu.
Kolar baju Rafael dilepaskan kasar. Sebelum dia mengarahkan anak-anak buahnya untuk mengurung lelaki yang baru diseksanya tadi. Darah ditangan dilap kasar mengunakan kain basah.
"Bunuh dia lepastu bakar. Jangan biarkan aku nampak lagi muka sial ni." Katanya kepada mereka yang berada disitu. Sebelum berlalu pergi bersama Rafael.
Mereka betul-betul mahu bermain dengan Thaqif Alexander nampaknya.
YOU ARE READING
The Mr. Thaqif Alexander
Romance"Kau sentuh dia kau mati perempuan." Ayat tu. Cuma satu ayat itu yang menutur dibibirnya mampu membuatkan semua orang terkaku tak bersuara. Termasuk Amanda Krystal sendiri. Dia terkesima dari riak wajah jejaka itu Amanda Krystal tahu bahawa Thaqif...