Dari tadi kereta itu sunyi. Hanya suara dari radio yang kedengaran. Namun dua orang didalam kereta itu hanya selesa berdiam diri. Thaqif Alexander masih sama. Riak dingin dan bekunya tetap menghiasi wajah.
"I think Rafael is right" kata Thaqif Alexander tiba-tiba. Amanda Krystal terus memandang ke arah sebelahnya laju.
Tiba-tiba Thaqif Alexander juga turut memandang ke arahnya.
"H-huh ?"
"Kau ni bisu eh?" Ujar Thaqif Alexander selamba. Dia pandang ke depan semula. Tak hairan dengan wajah Amanda Krystal yang sudah berubah. Namun yang membuatkan dia geram gadis itu tetap saja diam.
"I have one question for you." Sambung Thaqif Alexander.
Kali ini Amanda Krystal mendengar dengan jelas. Dia tumpukan perhatian dijalan besar yang sedang mereka lalu kini. Sesekali dia menoleh ke arah Thaqif Alexander.
"Kenapa kau selamatkan Mama aku?" Tanya Thaqif Alexander. Kali ini suaranya bertukar serius. Dia ralit menunggu jawapan keluar dari mulut gadis itu.
"Apa maksud Encik Thaqif?" Jawab Amanda Krystal perlahan. Suaranya lembut menyapa pendengaran Thaqif Alexander. Alis Thaqif terangkat. Gadis itu memanggilnya Thaqif? Wow.. luar biasa.
Terus Thaqif Alexander memberhentikan keretanya laju ditepi jalan. Hampir menjerit gadis itu.
Pantas Thaqif Alexander pusing tubuh menghadap Amanda Krystal. Amanda Krystal makin mengecil risau jika di apa-apakan oleh lelaki itu. Makin lama makin dia mengundur ke belakang. Thaqif Alexander yang menyedari akan hal itu hanya menayangkan riak sinisnya.
"You don't know me. But why.. you still trust me?" Ujarnya. Sengaja hendak menduga jawapan yang keluar dari gadis itu.
"Encik Thaqif.. Encik jangan nak buat pelik-pelik ya." Ujar Amanda Krystal walaupun dia berkata tenang namun getar pada suaranya jelas kelihatan.
Thaqif Alexander makin menghampiri.
"Just answer me" Amanda Krystal rasa hendak menjerit. Ada apa dengan jejaka dihadapannya ini?
"Amanda" lembut suara itu memanggil.
"Don't call me Amanda" Amanda Krystal berkata laju. Sungguh dia tak selesa orang asing memanggilnya begitu lagi-lagi Thaqif Alexander!
"Why? Kau pun panggil aku Thaqif."
"Tapi tu memang nama awak"
"Then? Amanda nama siapa? Kereta aku?" Laju Thaqif Alexander membantai semula.
Amanda Krystal terpukul dengan jawapan lelaki itu. 'Hampeh punya omputeh!' Omelnya dalam hati.
"Kau kutuk aku?" Soal Thaqif Alexander tiba-tiba. Amanda Krystal tersentak. Laju dia menggeleng. Tahu-tahu saja.
"Terpulang lah nak panggil apa" Amanda Krystal pasrah.
"Can we go now?" Giliran dia pula bertanya. Sampai bila mahu tersidai di tepi jalan ni?
Thaqif Alexander menggeleng. Tadi bukan main pemalu sekarang lain pula perangai.
"Dengar sini. After this elakkan diri kau dari tolong orang yang sebarangan." Thaqif Alexander memesan sebelum meneruskan pemanduan.
"What do you mean? Orang tu Mama awak kot" Amanda Krystal tak sangka lelaki itu berkata begitu padanya. Ingat mahu mengucap terima kasih tapi lain pula jadi.
"Just listen to me. Dengar cakap aku."
"Awak siapa nak suruh saya dengar cakap ni?"
"Kau tak kenal aku siapa Amanda. So please jangan buat pasal. Lepasni kau jangan sesekali nak tolong sesiapa. Fokus dekat diri kau aje" Thaqif Alexander bersuara keras.
YOU ARE READING
The Mr. Thaqif Alexander
Любовные романы"Kau sentuh dia kau mati perempuan." Ayat tu. Cuma satu ayat itu yang menutur dibibirnya mampu membuatkan semua orang terkaku tak bersuara. Termasuk Amanda Krystal sendiri. Dia terkesima dari riak wajah jejaka itu Amanda Krystal tahu bahawa Thaqif...