"Bawa dia Krystine!"
"Empayar kita perlukan waris yang sebenar!"
"Selamatkan Krystal..
Jaga dia. Anak kita.."
BOMMM!!
"Abangg!!" Jerit Krystine bersama deringan air mata. Dia terbangun dari baring. Air mata yang melimpah keluar dibiarkan.
Krystine turun dari katil bersaiz Queen itu. Derapan kakinya laju menuju ke arah satu bilik rahsia. Apabila dirinya masuk ke dalam bilik itu Krystine memunggah segala dokumen-dokumen yang ada.
Kertas A4 panjang dia perhati lama. Apabila bibir meneliti setiap perkataan yang ada di kertas tersebut Krystine terduduk kertas ditangannya dia pegang erat. Air matanya kian mencurah laju.
Kepalanya menggeleng perlahan. Dia.. dia sudah melepaskan peluang.
"Macam mana aku boleh tak perasan?" Ucapnya pada diri sendiri. Kertas itu sekali lagi dia tilik.
Saat ini otaknya hanya memikirkan satu. Sebaris nama itu. Krystal.. Amanda Krystal! Dia perlukan gadis itu. Dan cara paling mudah untuk dia membela kematian suaminya adalah dengan mendapatkan Amanda Krystal kembali. Tidak! Mendapatkan anaknya kembali.
Hanya bayangan Thaqif Alexander yang terbit di kotak fikirannya.
"Maafkan Mama Thaqif.." ucapnya kembali dengan air mata. Memang dia mahukan anaknya semula namun untuk berbuat sedemikian dia terpaksa mengorbankan Thaqif.
Akhirnya Krystine merenung sekeping gambar bayi yang berada didalam dakapannya dan arwah suaminya.
Sejak hari itu hidup Amanda Krystal tidak pernah merasa aman. Ke mana saja dia pergi dia pasti merasa dirinya diperhati. Amanda Krystal mempercepatkan langkah.
"Krystal!" Bahunya dibelakang ditepuk kuat. Amanda Krystal hampir menjerit. Laju kepalanya menoleh ke belakang. Saat wajah Casandra menerpa dikornea mata dia menghembus nafas lega.
"Kau ni dah kenapa? Berjalan pun tak tunggu aku." Kata Casandra pelik. Dia hairan setiap kali dia keluar bersama gadis itu pasti Amanda Krystal kelihatan gelisah dan tak tenteram. Yang paling membuatkannya hairan adalah gadis itu berjalan laju seperti nampak hantu. Sampaikan dirinya pun Krystal tinggal di belakang.
Amanda Krystal menggeleng laju. Menafikan.
"Tak ada apa lah." Katanya. Matanya melirik ke tempat lain.
Casandra menggeleng bersama keluhan.
"Kita nak pergi mana lagi ni?" Tanya Amanda Krystal. Kalau boleh dia ingin cepat pulang ke rumah. Disini tidak selamat baginya. Jujur Amanda Krystal tidak tahu mengapa dia menjadi seperti ini.
Adakah kata-kata Thaqif Alexander kemarin benar-benar membuatkan dirinya percaya bahawa bahaya menantinya? Ahhh dia pun tak tahu!
"Kita pergi makan dulu. Kau jalan macam nak ajak aku berlumba tadi habis lapar aku dibuatnya." Kata Casandra mengundang tawa dibibir rakannya itu. Sungguh dia tak sedar dirinya begitu laju berjalan meninggalkan sahabatnya itu.
"Iyalah jom!" Pantas lengan Casandra menjadi sasaran pelukannya.
"Itu lah kau single lagi. Kan aku dah jadi mangsa jadi boyfriend kau" kata Casandra dengan nada mengeluh. Namun dia turut memeluk lengan Amanda Krystal itu. Amanda Krystal hanya menjulingkan mata ke atas apabila mendengar kata-kata Casandra itu tadi.
Mereka menuju ke arah kedai makan nasi ayam kegemaran Amanda Krystal. Apabila tiba disitu Amanda mengambil tempat ditepi kaca yang boleh memperlihatkan keadaan diluar.
YOU ARE READING
The Mr. Thaqif Alexander
Romance"Kau sentuh dia kau mati perempuan." Ayat tu. Cuma satu ayat itu yang menutur dibibirnya mampu membuatkan semua orang terkaku tak bersuara. Termasuk Amanda Krystal sendiri. Dia terkesima dari riak wajah jejaka itu Amanda Krystal tahu bahawa Thaqif...