Marah

47 9 1
                                    

Vivian melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Andi selepas dipanggil masuk oleh lelaki itu. Dia melihat Andi fokus melihat skrin komputer namun dia tahu yang Andi tidak akan menyentuh kerja-kerja pejabat biarpun beberapa kali dibebel Puan Sheila, bekas isteri Andi.

"Ya bos?" tanya Vivian untuk menyedarkan Andi akan kemunculannya.

Andi mengangkat pandangan sebelum meletakkan dua keping gambar di atas meja.

"Dia, mengedarkan pil dadah rekreasi di kalangan VIP ketika majlis-majlis yang dihadiri ramai orang kenamaan." Andi menunjuk ke gambar milik Faril yang diberikan oleh Vivian sewaktu dia masuk ke pejabat pagi tadi, "dan dua orang ni..." Andi mengetap bibir sambil memandang dua wajah di dalam gambar tersebut, "adalah pengedar dadah."

"Ya betul Encik Andi. Saya dah double confirm dengan pengintip yang kita bayar untuk siasat mengenai orang-orang ni." Jawab Vivian bila Andi mendongak memandangnya seperti menginginkan kepastian.

"By the way Encik Andi... kerja yang Puan Sheila suruh siapakan...."

"Saya tak nak buat. Semuanya cuma nombor dan huruf. Membosankan." Andi cepat memintas ayat Vivian apabila wanita itu sekali lagi mengingatkan mengenai kerja.

Vivian menarik nafas panjang. Sempat dia melihat tali leher milik Andi yang diletakkan di atas meja. Kerenah baru Andi menyebabkan dia menerima lebih banyak bebelan dari Puan Sheila.

"So dua orang ni merupakan pengawal peribadi Datuk Bandar tapi dalam masa yang sama, mengedar dadah..." Andi mendengus kecil. "Sebab tu ke diorang culik Alfi?" kata Andi bermonolog sendiri.

"Apa dia Encik Andi?" Vivian mengerut dahi bila mendengar Andi bercakap sendiri.

"Takde apa-apa." Jawab Andi yang masih menatap gambar tersebut.

"I don't get it." Kata Vivian dengan tiba-tiba. Dia menarik kerusi di hadapan meja Andi. "Saya faham kalau Encik Andi nak siasat seluruh keluarga mertua Puan Nadya. Tapi saya tak faham kenapa Encik Andi obses nak tahu mengenai dua lelaki tu. Selain dari Pekan Teluk, dua lelaki ni tiada kaitan dengan Encik Andi ataupun Puan Nadya."

Andi mengeluh dan menyandarkan badan di kerusi. Matanya masih memandang dua wajah di dalam gambar tersebut.

"Saya sendiri pun tak pasti. Saya cuma rasa kalau dua lelaki ni kena tangkap," riak wajah Andi bertukar sayu, "everything will be okay again. Macam dulu." tambahnya dengan perlahan.

Andi menarik nafas panjang.

"Sesuatu yang kita buat untuk orang yang kita sayangkan..." kata Andi sambil tersenyum nipis.

"Untuk Puan Nadya maksudnya?" tanya Vivian.

Lama Andi berfikir sebelum menganggukkan kepalanya.

"Ya. Untuk dia dan saya juga." Jawab Andi sebelum menegakkan duduknya. Gambar di atas meja dikemaskan sebelum dimasukkan ke dalam sampul surat. "Suruh pengintip kita terus ekori dua lelaki ni. Saya tak risau lagi dengan adik ipar Nadya. Nadya boleh uruskan budak tu sendiri." Andi tersenyum lebar biar mengingatkan kejadian di mana Nadya berjaya memeras ugut kembali lelaki bernama Faril sewaktu di galeri tempoh hari.

"Puan Nadya? Huh... tak sangka Mrs Cinderella ada banyak trick up her sleeve."

Andi mengerut dahi bila mendengar komen Vivian.

"Maksud awak?"

Vivian pandang Andi.

"Saya dengar gosip dari kawan-kawan saya yang satu circle dengan keluarga mertua Puan Nadya. Diorang kata, Puan Nadya berjaya yakinkan beberapa pemilik klinik swasta di Kuala Lumpur supaya tak hire bekas jururawat yang baru dipecat dari klinik milik Encik Ashrul beberapa tahun lalu. Akhirnya bekas jururawat tu terpaksa terima jawatan sebagai jururawat peribadi di luar negara."

Cinta Yang Akan Selalu Aku RinduWhere stories live. Discover now