-3-

88 6 0
                                    

Motosikal yang ditungang Adrian sampai dihadapan bangunan fakulti. Di sana, Aidan sudahpun menunggu Eizriena.

"Thank you. Jumpa kau esok." Eizriena tersenyum manis ke arah Adrian.

"Hmm." Adrian membalas senyuman itu dengan ragu-ragu kerana jelingan tajam yang diberikan Aidan menakutkannya.

"Kata ada discussion." Ucapan ringkas Aidan yang berbau soalan sinis itu membuatkan Eizriena berkelip panjang.

"Ohh, tadi discussion bukan dekat main building. Dekat bilik kelab fakulti lain." Eizriena berbohong lagi.

"Ok." Aidan menjawab ringkas.

Di dalam kereta, Eizriena kelihatan sungguh penat. Dia sudah tidak larat untuk menjawab pertanyaan Aidan mahupun untuk bergaduh dengan lelaki itu.

"You like to play music?" Soalan Aidan bagaimanapun mengejutkan Eizriena.

"Rien? Main musik? No. I am too busy for that." Eizriena sudahpun lali untuk menipu Aidan.

"Really? Masa first time kita jumpa dulu, I think you pernah cerita yang you reti main guitar." Aidan cuba mengorek rahsia.

"No. Well, pernah. Tapi tak adalah pandai sangat." Eizriena berdolak-dalih lagi.

Aidan tidak meneruskan pertanyaanya. Sesampai mereka ke rumah, Eizriena segera bergerak ke biliknya ditingkat atas. Sudah semestinya nenek dan atuknya sudah tidur pada waktu seperti ini. Aidan hanya tersenyum sinis melihat gelagat anak buahnya yang seperti cacing kepanasan itu.

"You amaze me missy."

----

Pagi itu, selesai sarapan pagi, Eizriena duduk di luar rumah. Bukan dia tidak suka duduk di rumah Tuan Ismail tetapi, suasana rumah ini sunyi. Bukan ada orang pada waktu begini. Tuan Ismail dan Puan Mariani berkerja. Bibik Susan pergi ke pasar dengan driver. Tinggalah Eizriena seorang diri di rumah itu. Cuma bezanya, kali ini adalah Aidan nak temankan dia.

"Kalau aku keluar, uncle ikut tak agaknya? Uwaa, aku nak keluar dengan Sarah dengan yang lain." Eizriena merengek seorang diri.

Seketika kemudian, dia mendapat panggilan daripada seseorang.

"Hello." Dia menjawab lemah.

"Haih, baru seminggu tak jumpa dah lemau." Suara itu kedengaran tertawa.

"Eee, orang tengah stress boleh pulak dia melawak." Eizriena berceloteh.

"Hahahahahaha sorry. Kenapa sayang, ada masalah apa?" Suara itu kedengaran lembut memujuk.

"Tak adalah. Orang nak keluar dengan Sarah dengan yang lain tapi ada 'ais batu' besar yang halang." Eizriena merengek.

"Hahahahahaha. Aidan dah balik lah tu. Memang tak boleh keluar ke?" Soalnya lagi.

"Nanti dia nak ikut. Rimaslah. Dia tu depan parents dia, macam bidadari. Depan orang lain, macam ais batu yang kena langgar dengan kapal titanic. Uwarghhh, stress." Eizriena kedengaran rimas.

"Alah baru ingat nak ajak keluar." Kata-kata jejaka itu membuatkan Eizriena tersenyum sinis.

"Cubalah. Tak kan boleh punya." Eizriena mencabar lelaki itu lagi.

"Kalau berjaya, will you reward me?" Soal lelaki itu.

"Buat lagi perangai gatal, I end this call." Ugut Eizriena.

Rayyan Aidan (Love And Trust) II CompleteWhere stories live. Discover now