📌• Bab 4

3.4K 288 16
                                    

Jari-jemari pantas menari-nari di atas keyboard. Sekejap matanya memandang skrin laptop kemudian beralih pula memandang kertas kerja di hadapannya. Begitu fokus sekali Darlina menjalankan tugasnya.

"Okey, siap!" Katanya puas hati lalu mengubah posisi kerusi yang didudukinya. Belakang tubuh dirapatkan ke kerusi. Kepala di sandarkan mengikut keselesaannya. Mata dipejam sekejap.

"Macam mana keadaan dia sekarang?" Muka Darlina berubah. Dia duduk menegak.

"Dia dah keluar hospital ke?"

"Ke belum?"

"Ah, lantak dia lah! Buat apa aku nak risau pasal dia? Dia lagilah suka kalau aku tak ada dekat sana!" Omelnya bersama jelingan tajam.

Geram sangat tu dengan Hendriyan. Orang dah tolong tak reti nak cakap terima kasih. Kurang ajar dengan aku adalah. Abang adik sama saja.

Sudah tiga hari berlalu, Darlina tidak memunculkan diri di hospital. Antara kesibukan bekerja dan juga sibuk menjaga perasaan sendiri. Malas nak jumpa manusia-manusia yang buat kepalanya sakit.

Contohnya, Hezriyaz.

Terlalu lindungi adiknya. Apa dia ingat aku takut dengan dia? Eh, sorry naik lorilah. Sikit pun aku tak rasa takut.

Kedua pula Hendriyan a.k.a lelaki angkuh sombong. Dua-dua memeningkan.

Sedang Darlina termenung sambil berfikiran jauh, pintu pejabatnya dikuak perlahan dari arah luar. Nampak sahaja kepala botak berkilat milik seorang lelaki tua sudah cukup membuatkan Darlina naik meluat. Darlina mengeluh seraya menepuk dahi.

Dilihatnya Dato' Basirun tersenyum sengih ke arahnya.

"Orang tua basi ni lagi..." Bisik Darlina perlahan. Lekas dia tersenyum dalam keterpaksaan.

"I mengganggu you ke?" Tegur Dato' Basirun.

"Mestilah mengganggu dasar lelaki tua tak sedar diri. Dah tahu jawapan aku sibuk nak tanya lagi!" Bibirnya bergerak mengata lelaki tua itu dengan perlahan.

"Eh, taklah. Tak mengganggu pun." Haih, penatnya senyum terpaksa ni.

"Penat kerja?" Dia berjalan menghampiri kerusi lalu melabuhkan duduk bertentang dengan Darlina.

"Kerja mana yang tak penat, Dato'?" Balas Darlina, geram.

"Tulah..."

"I offer you jadi isteri I you tak nak."

Darlina membuat muka. Dia menoleh ke arah lain lalu acah-acah nak termuntah hijau. Kemudian dia pandang Dato' Basirun semula. Dia tersenyum.

"Sorry too saylah, Dato'. Dato' bukan type saya. Hehe." Jawapan berani kerana benar.

Dato' Basirun ketawa. "Jahat sungguh jawapan you ni. Buatkan I ketawa."

"Tulah. Kalau baik pun nanti kena pijak sesuka hati." Darlina tersengih.

"Ni, I nak ajak you temankan I lunch dengan wakil daripada syarikat AZ Holding."

MY DARLING DARLINA (SU)Where stories live. Discover now