" TERIMA KASIH, DATANG LAGI. "
Terlepas keluhan keluar dari mulut Orkid setelah pelanggan tadi menghilang dari pandangannya. Badan direnggangkan sebelum bunga-bunga yang digunakan tadi dikemaskan semula di atas meja.
" Ada customer ke, Orkid? " Orkid menoleh memandang ke arah wanita yang berusia sekitar 50-an yang baru sahaja memunculkan diri dari dalam stor.
" Dah balik dah, Cik Fa."
Ujar Orkid sambil membantu Cik Fa duduk. Fizikal wanita itu yang sudah bertongkat menyukarkan dia untuk berbuat apa-apa. Dia berasa beruntung kerana mempunyai Orkid yang sudi membantu menjalankan perniagaan kedai bunganya.
" Cik Fa minta maaf ya kalau Orkid rasa susah. Nanti Cik Fa bayar Orkid lebih,"
" Apa pula? Orkid ikhlas tolong Cik Fa. Lagi pun sekarang Orkid tak ada buat apa-apa. Apa salahnya kalau Orkid hulurkan tangan kan?"
Cik Fa tersenyum nipis. Orkid memang seorang yang baik budi pekerti. Sejak kecil, Orkid dan dua orang sepupu gadis itu sudah dijaga olehnya. Kedai bunga ini pula hasil pendapatannya daripada menjaga tiga sepupu itu.
" Dah pukul 5. Orkid pulang dulu ya. Ada apa-apa call Orkid tau."
Orkid menyambut tangan Cik Fa untuk bersalam. Kedua-dua belah pipi Cik Fa dicium. Dia melambai tangannya dan bergerak keluar dari kedai bunga Cik Fa.
ੈ♡˳·˖✶
ORKID membuka pintu keretanya dan menapak masuk ke dalam rumah. Namun, gelanggang bola keranjang yang bertempat bersebelahan dengan banglo milik keluarganya menarik perhatian Orkid.
" Abang Qi! "
Orkid berlari-lari anak menuju ke arah gelanggang bola keranjang itu. Senyuman lebar ditayangkan pada dua orang lelaki yang sedang bermain bola keranjang di situ.
" Amboi...Panggil Abang Qi je? Abang Rash kat sini tak nak panggil juga ke? "
Orkid tersengih. Abang Qi ataupun Baihaqi dan Abang Rash atau nama sebenarnya iaitu Feerash merupakan abang-abang sepupu Orkid yang turut dijaga oleh Cik Fa sejak kecil.
" Mana ada. Abang Rash dah selalu jumpa. Abang Qi jarang sekali boleh jumpa tau! "
" Iyalah itu."
Baihaqi hanya tersenyum melihat pertelingkahan kecil yang berlaku di antara Orkid dan Feerash. Wajah Orkid diamati lama. Jika dikira-kira, sudah lebih setahun mereka tidak berjumpa. Peristiwa Orkid meluahkan perasaan padanya beberapa tahun lepas masih segar diingatan.
YOU ARE READING
GADIS LINDUNGAN SYAITAN [ REVAMP ]
CasualeKnown as Harzan's Cure. - In Editing Progress - [ Under Obsessions : SYAITAN Series ]