Bab 24

21 1 0
                                    

MESTI ada yang tertanya-tanya, siapa sebenarnya Nel a

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MESTI ada yang tertanya-tanya, siapa sebenarnya Nel a.k.a Lutfi? Ya, ikutkan aku memang tak mahu ingat langsung pada musuh sehidup semati aku tu tapi terpaksalah aku selak semula buku lama yang tertutup sekian lama. Kang aku tak cerita, kau orang pula yang meroyan.

Alkisahnya begini, sewaktu umurku darjah satu mak menghantar aku ke sekolah agama sebab dia rasa ilmu agama aku cetek betul.

Yelah, baru darjah satu. Apa yang aku tahu sangat waktu tu? Tajwid pun bersepah je sampai kena cubit berkali-kali dengan ustazah paling garang dekat sekolah agama itu.

Jadi, dalam kelas aku, tak ramai murid pun memandangkan sekolah agama aku tu kecil saja. Bukannya besar pun. Jadi, dalam kelas aku hanya ada empat orang perempuan dan tujuh orang lelaki.

Aku kenal semua rakan sekelasku tapi ada seorang saja yang aku terlepas pandang. Namanya? Aku hanya tahu Lutfi saja. Dah semua orang panggil dia Lutfi.

Dia...Aku boleh kata dia seorang saja budak lelaki yang sedikit terasing dari budak-budak lelaki lain.

Dari pemerhatianku, aku tahu dia seorang lelaki yang tidak suka bergaul dengan orang. Kalau perlu pun, mulutnya tu macam ada emas. Susah sangat mahu dengar suaranya.

Ada juga aku cuba korek nama penuhnya tapi percubaanku selalu gagal. Sebab aku ni dalam malunya seorang yang berani mati jugak, aku pernah cuba nak selongkar beg Nel untuk mencari nama penuhnya tapi tak ada! Buku-bukunya hanya ditulis nama Lutfi saja.

Lagi dahsyat, aku curi-curi masuk bilik guru untuk mencari fail peribadi milik Nel. Dulu tak tahulah kenapa aku nak sangat tahu tentang Nel. Mungkin sebab dia seorang yang sangat misteri dan membuatkan aku makin bersemangat mahu mengorek maklumat berkenaan Nel.

Tapi sudah pasti aku gagal sebab kena cekup dengan cikgu. Lagi haru, cikgu tu sebenarnya pengetua sekolah agama aku! Lagilah masak aku.

Kemudian, mak dipanggil ke sekolah agama. Tak pasal-pasal balik tu mak suruh aku bersihkan reban ayam kesayangan dia. Berkampunglah aku malam tu dekat reban ayam.

Tiga tahun berlalu, tapi aku masih gagal mencari siapa sebenarnya Nel ini. Kesudahannya aku berputus asa saja. Hanya mampu memandang Nel dari jauh saja. Sesekali Nel akan menjeling aku seperti tidak sukakan aku. Dia langsung tak pernah membalas senyuman aku. Buat penat je bibir aku ni duk tersenyum macam orang tak tahu malu.

Sombong bukan? Ya aku tahu. Atas sebab itulah budak-budak dalam sekolah agama aku tidak mahu berkawan atau mendekati Nel kerana merasakan Nel seorang yang sombong dan pendiam.

Pula tu ramai je yang dengki dengan Nel kerana dia antara pelajar cemerlang dalam sekolah agama aku. Selalu dapat nombor satu dalam kelas. Aku? Aku dapat nombor satu juga tapi nombor satu dari belakanglah.

Tapi satu insiden yang menghantui aku mengubah segalanya dan itulah pertama kali aku mendengar suaranya dengan jelas...

🐟🐟🐟

Perfectly Yours! [OG]Where stories live. Discover now