Bab 2 : Tidak Terduga

70 6 0
                                    

Bunyi penggera jam loceng mengejutkan Haniya. Gadis itu segera menekan butang pada jam locengnya untuk menghentikan bunyi bingit tersebut. Dia turun dari katil lalu menuju ke tandas bagi membersihkan diri untuk menunaikan solat subuh.

Usai, Haniya terus bersiap dengan pantas. Dia ingin pergi ke rumah Athirah secepat mungkin kerana dia sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui rahsia mengenai Pena Zailyrosam itu. Pintu bilik dikuak besar dan anak tangga dilangkah satu per satu dengan berhati-hati. Belum sempat pintu utama rumahnya dibuka, kedengaran satu suara yang amat dikenalinya memanggil dari arah dapur.

"Haniya."

Haniya segera menoleh ke belakang sebaik sahaja terdengar derapan tapak kaki seseorang mendekatinya.

Seorang wanita bertubuh kurus dan tinggi lampai sedang merenungnya sambil menghadiahkan  senyuman manis. Haniya terpegun seketika sebelum berlari ke arah wanita tersebut lalu memeluknya erat. Haikal yang berdiri di sebelah hanya menonton kejadian itu tanpa reaksi. Namun, hatinya meronta-ronta cemburu.

"Kak long! Bila kak long balik dari Mesir? Tak perasan pun," ujar Haniya, masih tidak percaya yang kakaknya, Hanan sedang berdiri di hadapannya. Dia mendongak melihat wajah kakaknya sekali lagi.

Hanan ketawa gembira lalu membalas pelukan adik perempuannya itu. Kemudian dia mendekati Haikal pula lalu merehatkan tangannya di bahu adik lelakinya itu sebelum menjawab soalan Haniya. "Pagi tadi, sebelum adik bangun daripada tidur."

Haikal mencebik sebelum menepis tangan Hanan, seakan-akan merajuk. Dia menoleh ke arah Haniya lalu menyoalnya, "Adik mahu ke mana? Tidak mahu sarapan dahulukah?"

Haniya tersenyum kemudian menjawab. "Tidak perlu. Saya ingin ke rumah Athirah untuk membincangkan sesuatu. Jumpa nanti ya, kak long! Kita borak-borak." Selepas itu, dia terus berlari ke pintu kemudian keluar dari rumah.

🍀🍀🍀🍀

"Assalamualaikum." Sofiya sudah berdiri tercegat dihadapan rumah Athirah yang nampak megah lagi mewah. Haniya dan Aeishah yang berdiri di tepinya pula sedang asyik menekan-nekan loceng rumah sambil bergelak ketawa. 

Kedengaran selak pintu rumah dibuka dengan cepat sebelum kelihatan kelibat Athirah yang berlari menuju ke pagar. Pagar itu kemudiannya dibuka oleh Athirah sebelum dia membenarkan sahabat-sahabatnya masuk ke dalam.

"Awak berdua ini, tidak perlulah menekan loceng rumah berkali-kali. Tidak pasal-pasal saya kena marah dengan pembantu rumah."

"Maaf," ucap Haniya dan Aeishah serentak, dengan tawa yang masih bersisa. Sofiya yang berdiri di sisi mereka berdua hanya menggeleng tanda kesal.

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah Athirah setelah diberikan keizinan. Seperti biasa, mereka akan memuji keindahan rumah Athirah yang cantik bak syurga dunia.

"Sudahlah itu. Penat saya mendengar segala pujian yang awak semua berikan setiap kali saya mengajak awak semua datang ke mari," kata Athirah yang sudah lali dengan segala kata pujian. Dia mempersilakan sahabat-sahabatnya untuk duduk di atas sofa sementara menunggu ketibaan kakaknya.

Tidak selepas itu, seorang wanita muncul di bahagian tangga secara tiba-tiba. Dia tersenyum kecil sebelum menegur mereka. "Hai adik-adik! Kamu semua mesti sahabat Athirah, bukan? Nama akak, Shafiyyah, tapi panggil Kak Shaf saja."

Walaupun Shafiyyah nampak seperti seorang yang aktif dan lasak, namun, wanita itu masih masih dapat mengekalkan kejelitaannya dan Haniya yakin dia mampu membuatkan ramai jejaka tertawan. Malah, lukisannya juga mampu membuatkan semua orang jatuh cinta dengan kehebatan imaginasinya!

"Itukah Kak Shaf?" Soal Sofiya seakan-akan tidak percaya. Sudah sekian lama dia tidak bersua muka dengan wanita yang berada di hadapannya kini.

Athirah mengangguk sambil tersenyum. Ketiga-tiga sahabatnya terlopong.

Miss Miracle : Sakti di Mata Pena (Terbit ✅️)Where stories live. Discover now