Protect🕊

150 15 4
                                    

Kepala Zyra berdenyut-denyut di bahagian belakang kepalanya. Pandangan Zyra gelap kerana matanya diikat oleh kain dengan kuat jadi nak buka mata pun tidak boleh. Mulut Zyra juga diikat.

Zyra cuba bergerak untuk melepaskan diri tetapi semua itu gagal kerana badan dan kakinya diikat ketat oleh tali yang tebal dan kuat.

"Сэр, он в сознании (Tuan,dia dah sedar)."

'What the heck?! Dari tadi memang ada orang ke dekat sebelah aku?! Shit. I got caught. Again.' Keluh Zyra di dalam hati apabila mendengar yang suara itu datang dari sebelahnya.

Derapan tapak kaki yang tadinya kedengaran jauh itu mula mendekati kearah Zyra.

"Откройте ткань возле ее глаз ( Lepaskan kain dekat mata dia.)" Arah lelaki yang berada di hadapan Zyra itu.

"Hye,мой ангел ( my angel)." Sapa Hecate sebaik sahaja Zyra kain di mata Zyra itu dilepaskan. Zyra membuka matanya perlahan-lahan. Denyutan di kepalanya semakin surut.

Zyra hanya menatap Hecate dengan pandangan tajamnya. Kacak memang kacak tapi kalau perangai tak hensem auto jadi tak kacak juga.

"Do you mad at me?" Soal Hecate apabila perasan tatapan tajam dari Zyra itu. Zyra membalas pertanyaan dari Hecate itu dengan tatapan tidak puas hatinya.

"Answer you stupid!" Lelaki yang yang berada di sebelah kiri Zyra itu meninggikan suaranya terhadap Zyra.

"HUMPH HUMPH HUMMPH?HUMPHH HUMPH HUMPH HUMPH HUMMPH! (KAU NI BODOH KE?DAH KALAU MULUT AKU KENA IKAT MACAM MANA NAK CAKAP!)." Ha terkeluar terus bahasa 'humph' invented by Zyra.

"Ty tak sil'no udaril yego golovoy? YA dumayu, chto yego nervnyye kletki byli pererezany. ( kau tetak kepala dia kuat mana? Aku rasa sel saraf dia terputus lah.)" lelaki yang berada di kiri Zyra itu berbisik ke lelaki yang berada di sebelah kanan Zyra.

'Tengah mengumpat aku lah tu! Nasib aku tak faham,kalau tak dah lama diorang takde kepala.' Omel Zyra sendiri di dalam hati.

BANG!

Zyra terkedu. Apabila Zyra memusingkan kepalanya ke kiri,bahu lelaki itu sudah berlumuran darah ditembak oleh Hecate.

"Who gave you permission to raise your voice at my angel?" Mata helangnya memandang tepat kepada lelaki yang sedang menahan kesakitan di bahunya.

"No-no one Sir." Mulutnya sudah terketar-ketar menahan rasa takut bercampur sakit itu.

Sebelum ini bossnya tidak pernah melarang mereka meninggikan suara kepada orang yang mereka culik, bahkan kalau mahu belasah pun bossnya beri.

"Don't you ever touch her without my permission." Hecate memberi amaran awal kepada anak buahnya. "Who touch her, i will not hesitate to kill all of you." Sambung Hecate lagi.

Meremang bulu roma di badan Zyra apabila mendengar ugutan Hecate kepada anak buahnya. Zyra pelik mengapa Hecate menjadi overprotective kepadanya.

"Lepaskan kain dekat mulut dia. Two of you stay here take care of Zyra. The rest of you guys follow me." Hecate mengetuai jalan ke luar.

Di dalam bilik yang sederhana besar itu, hanya tinggal dua orang lelaki yang menjaga Zyra dan Zyra sahaja. Kain yang berada di mulut Zyra itu dilepaskan.

"Kenapa? Aku ni cantik sangat ke sampai korang nak tenung aku lama-lama?" Dua lelaki di hadapannya sudah seperti tugu negara hanya terpacak dihadapan Zyra sambil memegang senapang masing-masing. Mata mereka hanya menatap Zyra,tidak boleh mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"Sorry Miss. I can't understand what you're saying." Balas salah seorang lelaki itu.

"Do you have to understand me? I mean why do you have to understand me? Its not like you will save me or what." Zyra menjulingkan matanya keatas. Emosi Zyra tidak stabil pada masa sekarang.

Tok tok!

"chuvak, boss zvonit vam, rebyata. (Woi. Boss panggil korang.)" Seorang lelaki memanggil mereka dipintu.

"Kak naschet etoy zhenshchiny? (Perempuan ni macam mana?)" Soal salah seorang dari mereka berdua.

"Prosto pozvol'te yey byt'. ona ne mozhet sbezhat' otsyuda. (Biar je. Dia tak boleh lari pun.)" Arah lelaki itu.

Mereka berdua melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Zyra seorang.

"Bosan la." Zyra hanya mampu memandang dinding sahaja. Zyra tidak tahu sama ada dia pandang dinding atau dinding pandang dia. Tiba-tiba Zyra teringat akan sesuatu.

Zyra meraba pergelangannya. Kosong. Jap..KOSONG?! Dia terlupa mahu memakai jam yang diberi oleh Theor itu! Aduhai Zyra,Zyra. Itulah masa keluar tadi tak mahu bawa payung. Ni dah terhantuk baru nak menyesal. (Eh salah eh? Takpe halal je.)

Zyra mengeluh kecil. Dia menyesal kerana terlupa mahu memakai jam yang boleh menyelamatkan nyawanya.

Dum dum dum!

Zyra terdengar bunyi itu dari siling bilik. Zyra mendongakkan kepalanya keatas untuk melihat apa yang berada di siling itu. Kosong.

"Haihh tiada apa-apa tu." Zyra cuba memositifkan fikirannya kerana takut benda yang tidak diingini tiba-tiba merangkak di siling itu,mahu pengsan Zyra dibuatnya.

Secara tiba-tiba pertemuannya bersama akak pom-pom ditayang kembali di dalam kepalanya. Seram!

"Zyra.." Ah sudah! Siapa pulak memanggil namanya dalam keadaan berbisik ini. Zyra kaku,dia hanya memandang ke bawah. Dia tidak berani menolehkan kepalanya kearah lain.

"Zyra...up here!" Ni hantu belah US ke? Kalau nak kacau tu dalam bahasa melayu boleh tak?!

Gedebuk!

Ya Allah ujian demi ujian kau bagi aku Ya Allah! Apa pulak yang jatuh dekat belakang aku ni! Serentak dengan itu Zyra terdengar seperti sesuatu sedang mengilai di belakangnya.

Zyra menutup matanya serapat yang boleh. Mulutnya terkumat-kamit membaca surah lazim yang dia tahu. Itupun tajwidnya tunggang-langgang.

Nak lari tidak boleh kerana pergerakannya terbatas diseababkan dia diikat. Zyra dapat merasakan ada benda yang sedang berdiri tepat di belakangnya. Zyra menggigil. Air jernih di matanya hanya menunggu masa untuk keluar dari kelopak matanya.

"Zyra.." Namanya diseru dalam keadaan berbisik. Zyra bertekad tidak mahu membuka matanya tetapi seakan ada saraf yang memaksa Zyra untuk membuka matanya. Perasaan ingin tahu juga menguasai dirinya.

Perlahan-lahan Zyra mengangkat mukanya. Bilik itu hanya mempunyai satu mentol yang tergantung di siling tetapi sudah malap. Biasalah rumah usang. Apabila mata Zyra sudah terbuka dengan sepenuhnya,terbentuk satu figura dihdapannya sedang memandang kearahnya.

Menyesal. Itu apa yang Zyra rasakan sekarang. Ini semua salah saraf di matanya dan perasaan ingin tahu itu!

Perlahan-lahan figura itu mendekati Zyra. Semakin lama semakin jelas kelihatan.

Mulut Zyra sudah menggigil kerana takut yang amat. Air mata sudah bertakung. Suaranya tersekat di kerongkong tekaknya.

"Boo!"

Cuba cari bintang dekat sini selain dekat bookmark Alora? Jumpa tak? Tak cantik lah kosong bintang tu :( kalau tekan mesti cantik🫶🏻 thankseu!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cuba cari bintang dekat sini selain dekat bookmark Alora? Jumpa tak? Tak cantik lah kosong bintang tu :( kalau tekan mesti cantik🫶🏻 thankseu!

Dear Alora, {will be extended for a long time}Where stories live. Discover now