Selesai sahaja Theor meletakkan keretanya di hadapan kedai 'Mamak Kambing' itu, Theor terus masuk ke kedai itu untuk mencari Zyra.
"Ish mana dia ni." Mata Theor melilau mencari kelibat Zyra.
Bam!
Theor terkejut dengan bunyi kuat itu. Bunyi itu seperti bunyi ketukan dari meja. Theor cari dari mana datangnya bunyi ketukan meja itu.
'Ha! Tu pun dia.' Theor mahu menuju kearah Zyra tetapi langkahnya terhenti apabila dia nampak ada seseorang memakai hoodie hitam sedang berborak dengan Zyra.
"Siapa tu? Setahu aku Zyra takde bf lagi." Theor berjalan perlahan-lahan menuju ke meja di hadapan Zyra yang membelakangi tubuh yang memakai hoodie hitam itu.
Theor mengambil menu dan menutup mukanya.Theor sengaja mencuri dengar perbualan mereka.
"Cik Zyra dah ada bf ke?" Tanya lelaki yang berhoodie hitam itu.
'Sah! Memang sah itu Dayyan. Berani dia tanya Zyra soalan macam tu.' Theor menggenggam menu yang dipegangnya. Dia tidak tahu kenapa dia rasa marah.
"Uhuk! Uhuk! Eh budak hitam! Kau okay tak?" Theor terus menurunkan menunya perlahan-lahan paras matanya. Dia nampak Zyra mengambil sebuku tisu beri kepada Dayyan.
"Saya nak awak lapkan." Terbeliak mata Theor apabila mendengar permintaan Dayyan kepada Zyra itu.
'Kepala otak dia! Dasar bangang kuasa lima! Berani kau menggatal dengan Zyra.' Theor menyumpah Dayyan di dalam hatinya.
Apa yang membuatkan Theor lagi terkejut ialah Zyra mengambil beberapa helai tisu untuk lap muka Dayyan!
Theor sudah tidak tahan lagi. Theor terus bangun dan pergi ke meja mereka.
"Hoi! Kau boleh lap sendiri kan. Dasar kudung!" Theor merampas tisu dari tangan Zyra lalu menolak tisu itu ke muka Dayyan sehingga Dayyan terkebelakang.
"Eh Theor! Kau buat apa kat sini?" Entah dari alam mana Theor boleh muncul secara tiba-tiba.
"Jom kita balik." Theor mengambil beg Zyra diatas kerusi itu lalu menarik lengan baju Zyra.
"Hoi! Kau kena rasuk ke apa hah? Kau fikir kau siapa ha main tarik je aku." Zyra cuba melepaskan lengan bajunya dari Theor tetapi Theor mencengkam bajunya lebih kuat.
Theor hanya buat pekak dan terus menarik Zyra menuju ke kereta Hyundai loniq 5 milik Zyra. Theor menekan punat di kereta Zyra itu lalu masuk kedalam tempat pemandu.
"Woi! Main masuk je. Kau dah takde kereta ke ha?" Tipu lah kalau Theor yang Billionaire itu tidak mempunyai kereta. Malah tidak terkira!
"Takde. Tiba-tiba aku miskin harini." Balas Theor sambil bermain dengan stereng kereta milik Zyra itu.
"Dah kalau miskin pergilah jual semua yang ada kat badan kau tu! Harga satu jam Rolex ni boleh beli sebiji kereta tau!" Bidas Zyra. Ha terkedu lidah Theor mahu menjawab. Tulah nak berdebat dengan perempuan sangat kan!
"Kalau kau tak nak masuk aku bawak lari kereta ni." Ugut Theor.
"Takpelah aku boleh order-. Eh! Mana fon aku! Eh beg aku!" Sedari tadi Theor sudah membawa masuk beg Zyra. Di dalam beg itu mempunyai semua barang penting Zyra termasuklah telefonnya.
Theor hanya tersenyum senget apabila Zyra baru perasan yang begnya sudah pun selamat di dalam kereta. Zyra tiada pilihan lain selain duduk di tempat penumpang di sebelah Theor kerana di belakang keretanya sudah penuh dengan fail kerja dan beg-beg.
Dengan langkah yang berat Zyra terpaksa masuk kedalam kereta itu. Sebaik saja Zyra masuk kedalam kereta, Theor terus mengunci kereta dan membawa kereta itu.
YOU ARE READING
Dear Alora, {will be extended for a long time}
Romansa"I'm sorry to say this but once orang dah nampak kau dengan aku, you might be in danger." -Theor Ayyash "Pft nonsense. Dahla aku pergi dulu, assalamualaikum." -Zyra Aatifa Pertemuan bersama Theor yang tidak pernah dirancang membuatkan hidup Zyra leb...