2 minggu kemudian..
"Hyeop-ah.." panggil ayahnya sambil membawa sesuatu di tangan.
Jonghyeop yang sedang melipat baju sambil memasukkannya dalam bag memandang ayahnya.
"Ya appa.."
"Nah kamu punya." kata ayahnya sambil menghulurkan kain berwarna putih.
Jonghyeop ambil dan membuat riaksi bingung.Baju kemeja warna putih yang kelihatan vintage tetapi sesuai dipakai dengan uniform universitinya.
"Kemeja putih??Kenapa appa bagi pada Hyeop?" tanya Jonghyeop sambil mengerut dahi. Padahalbaju kemejanya masih elok.
"Itu baju appa masa mendiang nenek kamu masih hidup. Dia yang belikan baju ni untuk appa masa appa pergi interview kali pertama dulu."
Jonghyeop senyum.Sungguh dia rindukan mendiang neneknya yang amat menyayanginya. Bahkan Jonghyeop selalu mengeluh dan meluahkan segala masalahnya kepada neneknya.
"Tapi kenapa appa bagi pada Hyeop?Baju kemeja yang Hyeop pakai ni okay lagi."
"Ni hadiah dari appa. Appa minta maaf kerana tidak mampu belikan apa² untuk kamu sempena kamu lulus ujian semester lepas tu.."
"Takda apa la appa. Hyeop tak kisah pun lagipun Hyeop just dapat 3.85 je. Bukan 4.0 pun."
Ayahnya mengusap kepalanya sambil berkata "Kamu anak kebanggaan appa dan mama..Dan abang yang baik untuk Hoon. Untuk baju ni kamu simpan dan pakai elok².Yaa?"
Jonghyeop angguk dan memeluk ayahnya. Dia sedih kerana dia harus kembali ke dorm universitinya lagi. Walaupun ia bukan kali pertama harus berpisah tetapi setiap kali dia meninggalkan keluarganya, dia akan berasa berat untuk tinggalkan mereka. Betapa Jonghyeop faham akan kesusahan ibu bapanya untuk menyara dia dan adiknya untuk sampai ke tahap ini. Disebabkan itu Jonghyeop berhasrat untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapat pekerjaan yang bagus bagi menyara keluarganya.
Walaupun begitu, ketika dia belajar sekarang , Jonghyeop membuat kerja sambilan ketika dia ada masa ataupun selepas waktu kelas. Dapatla juga dia menghantar duit hasil titik peluhnya sendiri kepada keluarganya.
Sekarang dia baru masuk untuk semester 7. Dia sudah lama siapkan mental dan fizikal bagi menempuhi kesibukkan yang akan dia alami sepanjang sem ini.
Setelah Jonghyeop kemas bagnya lalu dia meminta izin untuk pergi. Seperti biasa dia berjalan dan menaiki bas untuk ke universitinya.
Selepas selamat sampai dia mengemas bajunya di dalam almari di bilik yang dia akan duduki sem ini.
Jonghyeop menghempaskan badannya di atas katil selepas penat mengemas baju.Dia mengeluh dan memandang siling.
Tiba² kejadian 2 minggu lalu di bar itu muncul di fikirannya. Dengan berani dia melawan kumpulan bitches itu. Dia tahu bahawa group itu takkan biarkan dia dengan begitu sahaja. Tetapi apa yang dia kisah."Whatever..apa yang mereka akan lakukan pada aku.Hadap jela untuk s ni!!" Lalu Jonghyeop memejamkan matanya.
***
Song's Mansion
Di kawasan kolam renang.
"Hey girls..How you doing??Huumm??" tanya Kavin kepada dua orang perempuan yang berada di sebelah kanan dan kirinya.
Dua orang perempuan itu senyum malu sambil galak menyandarkan tubuh mereka pada Kavin. Thyme yang berdiri tidak jauh dari situ hanya menggeleng kepala dan meneguk beer.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hurt
FanfictionAdaptasi drama korea & thailand (Boys over flower & F4 Thailand) • Siapa tidak kenal 4 orang yang dihormati di Korea University. Dimana sahaja mereka pergi..teriakan sering didengari. Tapi mereka juga terkenal dengan bitch, rude, cruel and arroggant...