E.3

76 16 3
                                    

3 hari kemudian

"Hyeop-ahh..jomla teman aku! Please kalini je~" pujuk seorang lelaki sambil menarik lengan Jonghyeop.

"Malas la Hwan. Aku nak siapkan assignment aku! Berlambak untuk minggu ni." kata Jonghyeop cuba untuk beredar tapi gagal kerana ditarik kawannya itu.

"Alaaa nanti² boleh buat. Malam ni kita chill² dan minum² je. Malam ni je please??" pujuk Hwan lagi.

"Kau jela pergi aku malas la."

"Jom la kalini je. Kau tahu tak di club tu free tau sebab aku dengar F4 member nak datang so diorang bagi percuma untuk siapa sahaja yang datang."

Jonghyeop mengeluh. Sekali lagi orang sebut F4 depannya.

"Berhenti sebut nama group tu boleh tak?!Meluat la aku.",

" Alaa kau ni diorang kira dah baik tu belanja semua malam ni.Jom²!"

Jonghyeop berfikir seketika. Kalau dia tak pergi nanti kawannya itu sampai ke esok akan ungkit benda yang sama.

"Okay²! Tapi ingat jangan mabuk! Kalau mabuk aku taknak bawa kau balik ke dorm!"

"Alright promise! Jom!!" Hwan menarik lengan Jonghyeop lalu masuk ke club itu.

Club itu merupakan club berkelas atasan. Oleh kerana ramai yang tahu malam ini percuma dan akan ada F4 , ramai perempuan dan lelaki beratur untuk masuk.

Boleh dilihat orang² yang ada di dalam club itu berpakaian mahal. Sesekali Jonghyeop melihat bajunya sendiri yang hanya mengenakan hoodie berwarna hitam dan berseluar jeans.

Tapi apa yang dia kisah kerana dia hanya menemani kawannya.

Apabila dia dan Hwan duduk di bar. Tiba² Hwan mengajaknya untuk mendekati dua orang gadis yang sedang melambai ke arah mereka.

"Jom la Hyeop.."

"Listen..kau just ajak aku teman kau. Kau nak buat apa² kat dalam ni , kau pergi sendiri.Aku nak duduk di sini dan tunggu sampai kau cakap nak balik je."

"Okay lah! Aku pergi kat dua orang tu dulu. Kau tunggu sini. Jangan tinggal aku sorang.."

"Ye² pergila!"

Setelah itu Hwan pergi sambil membawa gelas wine di tangan nya.

Jonghyeop mengeluarkan telefonnya dan melihat ada chat dari adiknya.

"Hyung! Laptop Hoon rosak. Nak baiki mahal hyung. Omma dan appa tak tahu lagi tapi Hoon kesian nak bagitahu diorang. Macam mana ni Hyung?"

Dia mengeluh. Nampaknya dia harus keluarkan duit yang disimpannya semasa dia bekerja part time di cafe.

Tiba² suasana yang bising menjadi sunyi. Bunyi gelas yang pecah itu membuatkan Jonghyeop pergi lihat apa yang berlaku.

Matanya meluas apabila melihat Hwan sedang mengutip kaca² yang pecah itu di lantai. Baru sahaja dia berfikir untuk mendekati , langkahnya terhenti apabila melihat orang di depan Hwan.

HurtWhere stories live. Discover now