E.7

70 15 3
                                    

Setelah 15 minit Jonghyeop mula rasa lapar dan ingin ke cafeteria. Dia ingatkan F4 sudah beredar tetapi mereka masih ada di cafe itu. Semuanya sedang gelak ketawa kecuali Jihyo yang kelihatan sedang termenung. Selalunya Jihyo dan Kavin sama² suka bermain dan membuat member mereka ketawa.

Selepas membeli makanan, Jonghyeop pergi membeli air. Matanya tertangkap kepada Jihyo yang sedang membasuh tangan di singki.

Entah mengapa langkahnya menuju ke arah Jihyo. Dia cuba untuk meminta maaf mungkin.

Sambil dia mengenggam segelas air yang dibeli dia mendekati Jihyo.

"Ehem.."

Jihyo kaku seketika dan tidak menghiraukan malah ingin beredar.Tetapi langkahnya terhenti apabila Jonghyeop sekali lagi bersuara.

"Maafkan aku."

Jihyo berpaling lalu smirk.

"For what?"

"Apa yang aku cakap pada kau kelmarin.Aku tahu..aku tak sepatutnya cakap macam tu..." kata Jonghyeop.

"Aku menyesal dan aku tahu tak elok cakap kau macam tu. Kau cuba untuk elak pada aku tadi sebab kau marah kan?"

Jihyo masih senyap dan matanya memandang baju yang dipakai Jonghyeop.

Jonghyeop yang perasan sekali lagi bersuara.

"A-aku pakai baju yang kau bagi. Apa yang aku cakap pasal kau ada muslihat sebab bagi baju pada aku tu..sangat tak patut diperkatakan.Sekali lagi aku nak minta maaf."..

Jonghyeop cuba memandang Jihyo di mata.Tapi Jihyo langsung tidak memandang matanya malah hanya memandang ke arah baju yang dipakainya.

" Kau dengar tak apa yang aku cakap?"

Jihyo mengambil air yang dipegang Jonghyeop.

"Kenapa kau tak buang je baju tu?"

"Kan aku cakap yang aku nak minta maaf sebab aku tak sepatutnya.."

Terbeliak mata Jonghyeop apabila dadanya dicurahkan ais batu yang dibelinya tadi oleh Jihyo.

Tapi mujur kerana itu hanyalah ais dan air kosong. Walaupun begitu bajunya tetap basah. Jonghyeop menepis tangan Jihyo kerana sejuk.

"Kau dah kenapa?!" kata Jonghyeop sambil mengerutkan dahi.

"Saja." kata Jihyo lalu melepaskan cawan kosong di tangan nya .

Pelajar di cafe itu mula memandang mereka berdua. Termasuklah Kavin,Thyme dan Moon.

Jonghyeop membuka butang bajunya dan menyebabkan dadanya kelihatan. Jihyo hanya smirk dan ingin beredar. Tetapi Jonghyeop dengan pantas menarik tangan kanan Jihyo dengan kuat menyebabkan Jihyo terkejut.

Posisi mereka saling berhadapan dan disebabkan Jonghyeop lagi tinggi dari Jihyo, wajah Jihyo berhadapan dengan dadanya. Jonghyeop memandang Jihyo dengan agak marah sambil tangannya erat mengenggam lengan Jihyo.

"Now your turn!" kata Jonghyeop tegas.

Pelajar di situ berbisik kerana kelihatan Jonghyeop marah dan Jihyo hanya kaku disitu. Sepertinya tidak berfikir untuk menolak atau berganjak daripada situ.

"My turn?What is it?" tanya Jihyo mendongak untuk memandang Jonghyeop.

"Apologize pada aku.."

"Why would i?"

You freaking curah air atas aku..!"

Jihyo senyum sinis.

"Aku buat sebab aku suka..bukan aku tersilap atau apa.."

HurtWhere stories live. Discover now