Azzahra | Al-Attas 1

43 2 0
                                    


Suasana perpustakaan sekolahnya kini agak padat dek kerana peperiksaan pertengahan tahun hampir tiba. Sebagai Pengawas Perpustakaan dia perlu memastikan perpustakaan dalam keadaan baik. Urwa Azzahra, ya nama yang sangat indah seperti rupa dan perilaku tuan punya badan.

"Urwa oh Urwa" mendengar namanya dipanggil dia pun berpaling ke arah belakang untuk melihat gerangan siapa yang memanggilnya.

"Eh, Ikha. Kenapa cari Urwa ni ?" Ikha menarik nafasnya terlebih dahulu, penat dia lari dari bilik PMS ke bilik PPS. Dah lah jauh, memang semput habis. "Jom rehat? Ikha bosanlah takde teman" Urwa tersenyum lalu mengangguk.

"Jommmmm!" Terus ditariknya tangan Urwa menuju ke arah kantin. Mereka melangkah keluar dari perpustakaan dan menuju ke arah kantin.

Sudah menjadi kebiasaannya untuk menemani Zulaikha ke kantin. Memandangkan Zulaikha seorang yang sangat pemalu maka dia tidak mempunyai ramai kawan untuk kemana mana.

"Ikha nak makan apa?" Dia memandang ke arah menu yang ada. "Nak nasi ayam tu dengan air sirap" memang Urwa lah jadi tukang ordernya. Harapkan Ikha padan menggelabah je lebih. "Okey" tiba giliran mereka.

"Cik Jah, nak nasi ayam satu, bubur ayam satu, air sirap 2" Cik Pah pun memberikan pesanan mereka. "Semua sekali RM10" Dia pun menyerahkan not RM10 lalu pergi mencari tempat untuk menjamu selera.

"Duduk dekat pondok tu boleh tak Urwa? Segan lah hari ni ramai lelaki hehehe" Urwa mengangguk mengiyakan permintaan Zulaikha itu.

Sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung, baru Urwa perasan sesuatu. 'alamak dia ada dekat sini lah, umi tolong Urwa' jantung dan hatinya berdetak seperti ingin keluar dari tubuh badan.

"Eh Urwa tu bukan Qalish ke!" Ya Allah rasa nak jahit je mulut si Ikha ni. "Ikha jangan lah cakap kuat-kuat, dia dengar nanti" dan betul tekaan dia, Qalish memandang kearah mereka dan terbit senyuman dibibir jejaka itu. Pandangan redup dan tenang itulah yang membuatkan dirinya jatuh hati pada sang teruna.

"Ya awak ada sebut nama saya ke tadi?" Astagfirullah mana nak letak muka ni Ya Allah. "Err takde" ha tahu pula takde, nak je hempuk budak Ikha ni.

"Ouh okey" sebuah senyuman yang manis diberikan kepada mereka, Ya Allah tolonglah jaga hatiku ini. Cepat-cepat Urwa menundukkan pandangannya, ingat zina mata tu berdosa.

"Sorry Urwa" sengih-sengih, hempuk juga kejap lagi. "Dah makan, kesian nasi tu Koko menangis dia nanti" sepanjang itu mereka hanya diam dan menikmati makanan mereka masing-masing.

Urwa cuba menahan diri dari memandang ke arah Qalish yang sememangnya terkenal dengan ketampanan dan keperibadian yang baik dan mulia.

Hampir kesemua pelajar dari rendah sampai menengah mengenali Qalish. Budak darjah 5 pun pernah tangkap cintan dengan Qalish tau. "Urwa, Ikha dah siap makan. Urwa lambat lagi ke?" Mata Urwa memandang ke arah pinggan Ikha yang sudah licin bersih.

"Takpelah Ikha gerak je lah dulu, nanti Urwa balik sendiri. Lagipun hari ni turn Ikha bertugas kan? mengangguk mengiyakan kata-kata Urwa.

"Takpe ke Urwa makan sorang-sorang ni?" Urwa mengangguk seraya sebuah senyuman terlakar di dua ulas bibirnya. "Okey je. Bye Ikha" dia melambai ke arah Ikha yang sudah menjauh . Kini fokusnya hanya makan. Sedap.

Matanya sempat menangkap perbuatan buah hati yang sedang ralit membaca novel itu. Tangannya laju menyuapkan makanan ke dalam mulut, sedar tak sedar licin dah makanan dalam pinggan tu.

.

.

.

.

BE MY IMAM [OG]Where stories live. Discover now