" Nak jumpa betina tu lagi? " kata Puan Urwani sebaik sahaja melihat suaminya berjalan menuju pintu. " Sekali je awak diam boleh tak? " Urwa yang sedang belajar di meja makan hanya menggeleng kecil kepalanya.
" Betullah awak nak jumpa dia? " Melihat situasi makin menegang terus mengemas buku dan alatannya. Lebih baik dia sambung belajar di dalam bilik dari mendengar umi dan walidnya bergaduh.
" Saya jumpa dia sebab kerjalah! Cubalah awak memahami sikit keadaan saya, " Puan Urwani tersenyum sinis.
" Faham keadaan awak? Habis tu saya ni macam mana? Masa saya pantang, awak takde pun dekat sisi saya sedangkan awak tahu saya dalam keadaan paling terperuk masa tu ! " Air matanya kembali mengalir. Rapuhnya dia di hadapan suaminya.
" Awak tahu saya baru lepas gugur masa tu tapi mana awak pergi? Awak keluar dengan dia jugak ! Saya yang tengah merintih kehilangan masa tu awak buat tak nampak je !" Kejadian setahun lepas kembali berlayar di dalam fikirannya.
Bagaimana ketika itu dia berjuang melawan perasaan sendiri. Anak yang dikandung selama 5 bulan pergi meninggalkannya. Entah mana perginya Encik Uthman ketika itu, detik yang paling ia perlukan. Dia perlukan sokongan dari pasangannya.
" Awak dah tak sayang saya ke Uthman? " Hanya gelengan yang mampu Encik Uthman berikan sebagai balasan. Di dalam hati Encik Uthman, mahu sahaja dia pergi memeluk isterinya tetapi badannya seperti kaku.
Hanya pandangan sayu yang mampu dia berikan. Kakinya terus melangkah meninggalkan rumah serta meninggalkan Puan Urwani yang masih dalam tangisannya.
.
.
.
.
.
Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia berlangsung . . .
' Ya Allah bantulah aku, aku buntu, ' bukannya dia tidak mengulang kaji tetapi entahlah peti fikirannya seperti kosong. Dia buntu sekarang.
Air matanya gugur dan menitik di atas kertas ujiannya.' Macam mana ni Ya Allah, ' pasti dia akan dimarahi oleh umi dan walidnya. Dia takut mengecewakan orang yang mengharapkan yang terbaik darinya.
Dengan bacaan Bismillah, dia cuba menjawab semampu yang mungking.
Luar dewan . . .
" Macam mana tadi? Boleh jawab ? " Ikha yang baru tiba menanyakan khabar semasa menjawab tadi. " Insyaallah semua okay, " sedangkan hatinya tidak yakin dengan jawapan yang ditulisnya sebentar tadi.
" Takpe cuba yang terbaik okay, " Urwa tersenyum. Baru hari pertama, bagaimana dengan hari-hari seterusnya? Dia cuba membuang fikiran negatif di dalam fikirannya.
" Urwa, Urwa? Awak okay? " Barulah Urwa tersedar dari lamunannya. " Ya, awak ada cakap apa-apa ke tadi? " Zulaikha menggeleng kepalanya. " Haih. Saya tanya awak target berapa A? " Urwa tersentak. Dia tak rasa dia akan mendapat A dalam ujian kali ini.
" Saya pun tak tahu lah. 1 A mungkin ? " Berkerut dahi Zulaikha memandang Urwa. Setahu dia perempuan ini paling tinggi keyakinannya. Mengapa hanya 1 A sasaran gadis itu?
" 1 A sahaja ? Awak seriouslah Urwa? " Gadis itu hanya mengangguk. " Peliklah awak akhir-akhir ni, " tapi hanya senyuman yang dia dapat sebagai balasan. Pelik sungguh si Urwa Azzahra akhir-akhir ini.
" Takpelah saya pergi dulu, tadi Cikgu Ramli ada minta tolong saya. Bye, " sebaik sahaja Zulaikha hilang dari penglihatannya, terus dia meraup wajahnya. Air matanya mengalir teringat pergaduhan kedua umi dan walidnya. Dia buntu harus melakukan apa.
YOU ARE READING
BE MY IMAM [OG]
RomanceBermula sebagai Fatimah Azzahra yang mencintai Ali bin Abi Thalib dalam diam, seterusnya mencuba menjadi Zulaikha yang mengejar cinta penciptannya terlebih dahulu dan ia akhiri kisah hidupnya dengan menjadi seperti Khadijah yang menyatakan cintanya...