Azzahra | Al-Attas 2

20 2 0
                                    

" Selamat pagi semua. Hari ini kita akan meneruskan aktiviti yang tergendala tempoh hari. " Rata-rata pelajar tingkatan 5 mengeluh. Siapa yang minat projek gempur SPM memang tersangatlah langka.

"Semua boleh duduk di dalam kumpulan masing-masing," di waktu orang-orang sibuk mencari kumpulan masing-masing dengan pernuh keterpaksaan, hati Urwa mula berdetak tidak tentu arah.

Baru dia teringat, dia satu kumpulan dengan Qalish! Perlahan sahaja sepasang kaki Urwa mengorak langkah. Takut, malu semua ada. "Urwa, sini" automatik kedua kakinya membeku mendengar suara serak basah itu.

Tangan kekar milik Qalish melambai-lambai ke arah Urwa yang berdiri tegak bak tiang bendera. " Urwa Azzahra? Awak okey tak?" Tersentak Urwa mendengar pertanyaan Qalish itu. " Sa-saya okey je," tersekat-sekat suara keluar dari anak tekak.

" Haritu kita sampai mana ya? Saya lupa, " Qalish menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu pula nak bertanya. " Kita sampai bahagian   Secondary Growth tak silap saya, " Qalish mengganggguk. Buku catatan miliknya di bawa keluar dari dalam beg dan satu persatu halaman buku itu diselak.

" Now, we need to explain what is Secondary Growth, right? "  Qalish memandang Urwa meminta pendapat. " Err yep! Kita kena terangkan maksud dia, jenis Secondary Growth sekali, " sambil bercakap, tangan Urwa mula mengeluarkan segala alatan yang diperlukan.

" Secondary Growth ni Increase diameter of circumference due to production of secondary xylem and secondary phloem. Betul ke? " Hati Urwa detak tak menentu dari tadi. Buah hati asyik memandang ke arahnya, bagaimana dia nak bertenang!

" Y-yes, "  dan begitulah selanjutnya. Seorang asyik memandang ketika bertanya, seorang lagi tergagap-gagap hendak menjawab dek panahan sinar mata buah hati.

.

.

.

.

.

Kini, waktu rehat telah bermula. Berpusu-pusu pelajar dari bilik darjah. Urwa dengan tenang berjalan menuju ke perpustakaan. Itulah hobinya sekarang, pergi ke perpustakaan dan membaca.

" Urwa, " dia memaling ke arah datangnya suara yang menyeru namanya. " Ouh Ikha. Kenapa Ikha? " gadis itu menarik kerusi disebelah Urwa dan melabuhkan punggungnya disitu.

" Fokusnya Urwa study, " adakah Zulaikha tak sedar tak lama lagi mereka akan menduduki percubaan Sijil Pelajaran Malaysia? Bahasa senangnya percubaan SPM.

" Cik Zulaikha sayang, tak lama lagi kita nak trial dah. Kena lah buat preparation awal-awal. Takdelah kalut sangat nanti, " ayat yang mendalam dan menusuk sanubari Ikha. Maklumlah, kawan belum study lagi.

" Macam mana projek tadi? Lancar ke? " Diungkit kembali kisah yang hendak di lupakan.  " Jangan di tanya! Sudahlah saya tergagap-gagap macam apa dah ! " rasa mahu menangis mengingat dirinya yang tergagap-gagap dari awal sampai habis.

Mesti Qalish ingat dia gagap sejak azali. Jatuh saham dia. " Kah kah kah, kesian betul kawan saya ni. Kah kah kah, " tangan Urwa sudah mula gatal-gatal. Mahu sahaja dia menyumbat mulut Zulaikha dengan pen yang sedang dipegangnya.

" Gelak-gelak! Bagitahu Adam yang awak suka dia. Padan muka! " Hilang terus suara tawa yang sakan mengetawakan dia tadi. Tahu pula takut.

" Ja-jangan lah macam tu Urwa, kita kan kawan, " siapa sangka, seorang yang pemalu boleh suka dekat seseorang yang boleh dikatakan tak tahu makna malu. Pelik dan aneh malah ganjil melihat situasi ini.

" Tahu pun takut. Jadi diam, jangan nak gelak ke apa ke. Lepuk kang! "  Garang bukan main Urwa hari ni. Datang bulan ke? Zulaikha membuat pandangan menyampah. Sikit-sikit mengugut.

BE MY IMAM [OG]Where stories live. Discover now