Chapter 12

900 39 9
                                    

Darah menitis jatuh ke atas jalan yang asing, sunyi dan gelap. Tiada satu pun kenderaan yang lalu lalang di kawasan itu.Hanya ada aku, dia dan sinaran bulan yang menemani kami. Dress putih dipenuhi dengan tompokan darah yang merah seperti darah ikan. Hujung kain dress yang agak labuh terseret di atas jalan tanpa disedari.

Lelaki itu berjalan sambil mendukung seorang wanita di pangkuannya. Darah yang tersisa di bibir tidak dihiraukan, apa yang lebih penting baginya hanyalah untuk membawa wanita itu pulang dengan selamat kerana itulah janji yang dibuat oleh dirinya semalam.

"Perempuan ini selamat dengan aku".

Aku mula tersedar dari tidur apabila terdengar ayat yang ditutur oleh Dayes sebentar tadi. Seperti dia sedang berbual di telefon dengan seseorang.Baru aku sedar yang Dayes tengah dukung aku sekarang ini.
Aku cepat-cepat meminta nya untuk menurunkanku tapi dia tetap berkeras untuk tidak melepaskanku dari pangkuannya.

"Turunkan saya please". Aku berasa serba salah. Mesti dia penat kan bawa aku yang berat ini .

"No, aku tak akan turunkan kau sampai lah kita jumpa tempat yang sesuai untuk berteduh". Dayes menyentuh bahuku seketika dan meneruskan langkah ke hadapan. Tangannya terasa sangat sejuk mungkin kerana berjalan terlalu lama di malam yang dingin ini.

Titisan air hujan menitis di atas bibirku. Setitis, dua titis dan sekaligus membasahi bumi dengan lebat.
Dayes menundukkan sedikit wajahnya, dapat aku lihat dengan jelas wajahnya yang dibasahi dengan air hujan serta bibirnya yang dipenuhi dengan darah. Dia mencium bibirku dengan lembut. Rambutnya yang hitam pekat dan basah menutupi mukaku dari terkena air hujan.

"Miss lady, would you willing to dance with me in the rain ?". Dia membetulkan topeng di mukaku dan menarik badanku rapat ke arahnya.

"Menari dekat sini ?"

"Yeah, here ! An unfamiliar road with an ugly lady, it's so illegal for me but i like that".

Kami baru sahaja ingin memulakan tarian tapi aku terlebih dahulu terjelompok di atas jalan. Dayes cepat-cepat memegang lenganku dan membantuku untuk bangun.

"I can hear your weakness breath in the rain, let's stop right here". Kebetulan ada tempat perhentian bas di situ, dia membawaku ke sana dengan tergesa-gesa. Kami berhenti di situ untuk berteduh sementara menunggu hujan untuk berhenti. Namun, hujan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

Kilat dan petir mula menyambar dari arah belakang. Aku yang terkejut spontan memeluk Dayes dengan kuat.

"Jangan takut, kilat tak akan sambar wanita secantik kau.Target dia aku bukan kau". Dia menepuk belakangku dengan lembut.Senyuman mula terukir di wajahku.

Dayes mendekatkan wajahnya ke bahuku dan perlahan-lahan menyembamkannya di situ.
Seluruh tubuhku menjadi hangat buat seketika.

"Kau boleh bercakap tak ? just say something to me."
Dayes mengerakkan sedikit wajahnya untuk memandang aku.

"A-apa ?". Sejujurnya aku terlalu selesa dengan keadaan kami sampai terlupa untuk berbicara seketika.

"Look at the sky right there, the sky got more beautiful since you spoke"

Aku melihat ke arah langit yang ditunjuk olehnya.Tiada apa-apa pun yang menarik kecuali langit yang gelap dan hanya ada satu bintang sahaja di situ. Aku mula tergelak kecil dengan pujiannya yang tak masuk akal itu.

"Do you know where's the other stars go tonight ?".

Belum sempat aku menjawab pertanyaannya dia cepat-cepat memotongnya dengan laju.

"The answer is, one with me and the others got lost in your smile"

"Even the stars was amazed by the beauty of your smile and totally got lost in your smile". Sambungnya lagi.

Lampu jalan yang berada di hadapan kami terpadam secara tiba-tiba.Seluruh mukaku berubah menjadi merah apabila dayes menuturkan ayat tersebut. Setiap perkataan yang keluar dari bibirnya membuatkan aku lebih yakin untuk bersuara dan tersenyum di hadapannya.

"Terima kasih". Hanya itu sahaja yang terkeluar dari bibirku. Hampir tak terkeluar suara akibat malu walaupun aku tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana lampu jalan rosak. Aku dapat rasakan yang Dayes tengah merenung dalam ke arah anak mataku.

Dia mengeluarkan pemetik api dari poket seluar dan menyalakannya tepat ke arah matanya dan mataku. Senyuman terukir di bibir dayes.

"Kau tengah blushing ke ?".Katanya.

Aku tidak berkelip melihat matanya yang berwarna grey semula jadi itu. Sungguh indah sekali ciptaan tuhan.

"M-mana ada". Aku dengan pantas meniup pemetik api itu. Aku tidak berhenti menggosok kedua belah tapak tangan kerana tidak tahan dengan sejuk.

"Wolf can see in the dark , and also can bite people in the dark.With or without lighter, i'm still wide".

Dayes perlahan-lahan mendekatkan wajahnya ke arah wajahku sehingga hidung kami bersentuhan.
Dia mencium pipiku sambil matanya menatap ke dalam mataku. Aku cepat-cepat menoleh ke arah lain dan menjarakkan kedudukan kami.Debaran laju mula terasa di dada.

"How does it feel when a guy kissed your cheek ?". Dia membuka butang baju kemejanya sambil memandang ke arah aku. Dia menggapai kedua belah tanganku dan meletakkannya ke dadanya.

Soalannya membuatkan seluruh wajahku berubah merah. Malu diperlakukan seperti itu oleh seorang lelaki. Aku berharap sangat yang hujan akan segera berhenti. Aku ingin cepat-cepat pulang ke hotel atau lebih tepat pulang ke malaysia dengan cepat.Aku tidak tahu apa yang aku buat di sini, dengan lelaki ini.

"Apa yang kau tengah fikirkan tu ?". Dayes bingkas bangun dari tempat duduk dan melihat ke arah jam tangannya.

"Saya nak balik". Aku mula bersuara.

Cahaya mula menyuluh muka kami. Dari jauh lagi aku dapat melihat beberapa motosikal memecut ke arah kami dengan laju. Mereka berhenti di simpang jalan beramai-ramai. Salah seorang dari mereka melemparkan kunci motosikal ke arah Dayes. Namun, Dayes tidak menyambut kunci tersebut.

"You're late Evander....".

"Sorry Dayes, we're having an argument with -". Belum sempat Evander menghabiskan ayatnya Dayes terus memotongnya dengan laju.

"Caspian turun.Kau naik dengan Evander". Dayes menepuk bahu lelaki yang bernama Caspian itu dan Caspian hanya mengangguk sahaja tanda setuju.

Aku melihat tanpa berkelip ke arah motorbike yang berwarna hitam itu. Dayes mengesap air hujan yang menitis di atas wajahnya. Dia melihat ke arahku seketika dan tangan kanannya mula melibas kasar rambutnya yang basah.

Aku menatapnya lama di dalam hujan. Air hujan yang sedang membasahi kelopak mata tidak dihiraukan.

Lelaki ini sungguh indah.Setiap gerak gerinya kelihatan sungguh indah.

Namun, walau seindah apapun dia aku akan tetap membenci lelaki.

"M'lady, hurry up ! we've got no time". Dayes menarik lenganku perlahan.

"Go where ?". Tanyaku.

"Obviously, home, little dummy". Bibirnya bergetar kerana kesejukkan air hujan.

Aku perlahan-lahan menaiki motorbike tersebut.

"Hold me tight". Dia mencapai tanganku dan meletakkannya di bahagian pinggangnya. Aku sedikit terkejut apabila jari-jemariku bersentuhan dengan perut lelaki itu. Aku cepat-cepat melarikan tanganku ke arah lain.

Aku meletakkan tanganku di atas kepalanya.

"Apa yang kau tengah buat ni ?". Tanya nya dengan hairan.

"Saya nak lindung awak dari terkena air hujan". Aku memberikan alasan yang kukuh kepadanya.

"With your tiny hands ? it won't work, girl". Katanya.

Daylor HayesWhere stories live. Discover now