Chapter 13

769 38 5
                                    

Enjin motorbike di matikan tepat di hadapan bangunan hotel.Aku menggosok kedua belah mata sambil memproses keberadaan aku sekarang.Aku menyambung lenaku di atas bantal yang empuk.Mata ditutup kembali manakala kedua belah tangan sibuk meraba sesuatu yang hangat untuk dipeluk.

"Watch your hands, velly . If you dont want something happens to you tonight". Bunyi samar samar sahaja suara itu, tidak terlalu jelas di pendengaran aku.Dia menghembus nafas pada tingkap kaca tersebut.Wap mula kelihatan di situ.

"Dayes, can we go now ?".Evander sempat mengerling jam di tangan dengan riak wajah yang risau.

"Wait a damn minute, my girl is sleeping right now".Dia menyentuh tanganku yang berada di pinggangnya.

Rasa hangat itu membuatkan aku tersedar dari lena.Mata membuntang luas apabila melihat keadaan aku yang sesuka hati saja menyandarkan kepalaku pada belakangnya.Kedua belah tanganku pula terletak elok di bahagian pinggangnya.

Aku cepat-cepat melarikan tanganku dan mengangkat wajahku dari bahunya dengan segera.Dayes menatap aku seketika sebelum matanya beralih ke arah dressku.
Dia dengan pantas membetulkan dressku yang terselak sehingga ke pangkal peha.

" You're so careless velly ". Dayes merenung ke arah aku .

" I don't care if you want to seduce me but not them".Sambungnya lagi.
Matanya mula melirik ke arah Caspian dan Evander.

Caspian dan evander automatik memalingkan wajah ke arah lain.Gerun di perhatikan sebegitu oleh Dayes.

Aku dengan segera turun dari motobike dan berlari menuju ke pintu utama hotel.

"Tunggu, kau tertinggal barang.Come here and pick your stuff".

Langkah kakiku segera berhenti dan bergerak menuju ke arahnya.

Dayes mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Aku mula hairan dengan kelakuannya.Dayes dengan sengaja menjatuhkan telefon tersebut ke atas jalan.

"Can you help me to pick up my phone ?". Aku hanya mengangguk hairan dan menundukkan kepala untuk mengambil telefonnya.

Aku perlahan-lahan mengangkat kepala dan Dayes dengan pantas mencium rambutku semasa aku sedang berusaha untuk bangun.

Aku terpaku buat seketika.Dia mengambil telefonnya dariku dan melemparkannya ke atas jalan sehingga pecah.

"I've already deleted all of your half naked photos and......maybe".

"Maybe we should kiss more in the future".Sambungnya lagi.

" Good night, my velly".Dia menghidupkan enjin motorbike dan meninggalkan aku yang masih terkebil-kebil di situ.

Melanis yang muncul entah dari mana dengan segera menarik tanganku masuk ke dalam hotel.Hampir sepuluh minit kami berdua berdiam diri di dalam bilik hotel.Sebenarnya kami cuba memproses kejadian yang berlaku tadi.Masing-masing masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku di majlis tari menari itu.

"Velly, aku pergi mandi dulu ya?".

"Aku ada banyak soalan nak tanya kau tapi esok la aku dah penat sangat ni". Melanis menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Baru sahaja aku ingin merebahkan diri di atas katil telefonku dengan tiba tiba berdering.Nombor yang tidak dikenali terpampang pada skrin telefon.Aku berniat untuk menghiraukan sahaja panggilan itu pada mulanya.Malas aku nak layan malam malam buta ni.Tapi bila difikirkan balik mungkin nombor yang tidak dikenali itu dari kenalan yang rapat?

Aku dengan segera mengangkat panggilan tersebut namun aku tidak mengeluarkan sebutir bicara pun.

"So can we talk for a minute?".Lelaki itu bertanya.

Daylor HayesWhere stories live. Discover now