Chapter 9

1K 50 6
                                    

Aku dan melanis tidak dapat tidur dengan lena kerana asyik teringatkan peristiwa semalam.kami berdua berpura-pura tidak tahu tentang perkara semalam.

"Velly ! Mel !"

"Ya ?". Sahut kami berdua dengan serentak.

Aisy yang baru sahaja selesai memakai baju terus berlari ke arah kami berdua. Dia memeluk kami berdua dengan erat.

"Nasib la korang tak apa-apa, aku ingat dah kena culik dengan penjahat tu semalam".

"Eh tak ada la. kami okay je, lagipun kitorang tak keluar pergi mana-mana la semalam.pintu bilik hotel pun dah kunci kan".Melanis mencubit lenganku dengan perlahan.

Aku memerhati jarum jam pada jam dinding.Dah hampir pukul 10 dah.sekejap lagi kami akan melawat ke tempat-tempat yang menarik dekat kawasan sini.

"Eh dah lambat ni, nanti cikgu mengamuk pula.kejap lagi ada perjumpaan kan.Jom la". Aku mengambil beg dan memasukkan barang makeupku ke dalamnya.
Aku tak perasan pun yang aku tersumbat sekali botol susu milik lavia ke dalam beg itu.

Kami berlima tergesa-gesa menuju ke ruang utama hotel. Kelihatan semua pelajar sudah mula berkumpul di sana.Mata mereka semua hanya tertumpu ke arah kami berlima.

"Mel kenapa diorang pandang kita pelik je ? kita ada buat salah ke ?".Aku dah mula rasa tak sedap hati.

"Rasanya tak ada kot.kita lewat 30 minit je pun". Melanis memandang jam pada telefonnya seketika.

"MELANIS ! VELLY !".

"Korang tercegat apa lagi dekat situ.Datang sini cepat".

Suara jeritan cikgu sofia telah mengejutkan kami berlima.aku dan melanis mula cuak kerana hanya nama kami berdua sahaja yang dipetik.

"Cikgu sofia ni memang nak bagi satu UK dengar ke suara dia tu?". Melanis sempat membuat lawak dalam situasi macam ni.Aku dan yang lain hanya menahan ketawa sambil kaki melangkah laju ke arah cikgu tersebut.

Cikgu sofia memandang aku dan melanis dari atas sampai bawah. Pelajar lain juga turut menayangkan senyuman sinis.aku dah mula terasa cuak.

"Kenapa korang berdua keluar dari bilik semalam?". Cikgu sofia mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan kami berdua sekeping gambar.

Aku dan melanis terdiam buat seketika.Jelas terlihat gambar kami berdua yang berdiri di depan pintu bilik sebelah iaitu pintu bilik dayes dan flyn.Aku perlahan-lahan menghembus nafas dengan lega kerana dayes dah tunaikan janji dia untuk tidak menyebarkan gambar kami.tapi gambar yang baru sahaja ditunjukkan oleh cikgu sofia itu lagi teruk.Gambar aku dan melanis yang hanya berbalut kain tuala pada badan menjadi tumpuan pelajar-pelajar lain.

"Kenapa diam?". Tengking cikgu sofia.

"Awak berdua ni pelajar tingkatan enam, bukannya pelajar sekolah rendah.Tak kan la tak boleh ikut rules yang saya bagi. Sepatutnya benda macam ni you guys dah boleh fikir.Dengan pakaian sexy macam ni.korang kena sedar yang korang sekarang dekat UK. Kalau apa-apa terjadi pihak kami juga yang kena tanggung".

Aku dan melanis hanya menundukkan kepala.malu dipandang oleh orang sekeliling.aku masih tertanya-tanya siapalah yang amik gambar kitorang tu pastu pergi buat report dekat cikgu.Tapi bila difikirkan balik semua ni salah aku juga.Kalau la aku tak ajak melanis pergi mandi kat swimming pool benda ni takkan jadi.

"Minta maaf cikgu.kami-". Belum sempat aku menghabiskan ayat, cikgu sofia telahpun memotongnya dengan pantas.

"I'm so disappointed with both of you.sebagai denda awak berdua tak boleh ikut pelajar lain ke 'london eye' hari ni. Stay dekat hotel sampai kami balik esok.

"T-tapi cikgu".

"Oh saya hampir terlupa.untuk mengurangkan rasa bosan awak.saya dah bincang dengan pemilik hotel ni yang diorang akan bagi awak berdua kerja yang paling mudah iaitu sebagai denda awak berdua kena jadi housekeeper dekat hotel ni.

"Have fun girls".

Cikgu-cikgu dan pelajar tingkatan enam yang lain sudah mula bergerak menaiki bus untuk berangkat pergi ke 'London eye'.

Mata aku sudah mula berair.aku nak sangat pergi dekat London eye tu.tak sangka boleh jadi macam ini.Buat penat je aku pakai cantik-cantik.

"Dah tak payah nangis.
Setakat 'london eye' tu aku pun tak pernah sampai lagi. Nanti cuti sekolah kita pergi la sekali dengan syira dan lavia baru best". Melanis cuba untuk menenangkan aku.

"Habis sekarang ni kita nak buat apa?". Aku mengelap air mataku menggunakan hujung lengan baju melanis.

"Baju aku juga yang jadi mangsa.kita tunggu je dekat sini. The Kan cikgu suckfia tu suruh tunggu".

Aku mula tergelak apabila mendengar perkataan 'suckfia' dari mulut melanis.

Tiba-tiba muncul dua orang lelaki yang memakai jaket kulit yang berwarna hitam serta baju t-shirt putih di dalamnya.manakala seorang lagi memakai jaket kulit berwarna koko dan juga baju t-shirt putih di dalamnya, mula menghampiri kami berdua.

"Oh god, what a coincidence". Flyn membuka cermin matanya.

Belum sempat aku berkata apa-apa mereka telah menarik tangan kami berdua menuju ke tempat letak kereta.Dayes menolak tubuhku ke dalam keretanya manakala flyn pula menarik tangan melanis menuju ke keretanya. Lagak nya macam tengah tergesa-gesa.

"We'll meet at 8 pm. Don't be late". Dayes munurunkan tingkap kereta dan menghulurkan kepala ke arah kereta flyn.

"Noted". flyn tersenyum penuh makna ke arah aku.

Flyn memecut keretanya ke arah yang bertentangan dengan kereta Dayes. Aku hanya memerhati sahaja kereta mereka berlalu pergi.D ayes juga turut menghidupkan enjen keretanya dan meluncur laju.

"Kita nak pergi mana ni ? Sepatutnya saya dan melanis kena jadi housekeeping dekat hotel tu".

Aku dah mula berasa risau.

Dayes tidak menghiraukan soalan aku. Dia membuka cermin mata Ray-Ban nya dan memandang ke arahku sekilas sebelum kembali fokus pada pemanduannya.'What a rude guy'

Sepanjang perjalanan kami berdua hanya diam sahaja tanpa bercakap.Dayes ni pun satu dah la tak cakap nak pergi mana pastu boleh pula dia senyap.Bagi menghilangkan rasa janggal, aku merenung ke luar tingkap kereta buat seketika untuk melihat permandangan tempat di UK.

Tak sangka aku berpeluang pergi ke UK walaupun keadaan aku yang macam ini.Nasib tak ada orang tahu yang aku ni mengandung pada usia muda.Syira dan melanis memang pandai jaga rahsia.Aku memandang ke arah Dayes seketika dan fikiranku mula teringatkan peristiwa kami di dalam kereta mustang haritu.Kedua belah pipiku mula berubah menjadi merah.Kenapa la benda yang memalukan selalu terjadi dalam hidup aku.

"Kau boleh dance tak?". Dayes tiba-tiba bersuara.

Suara serak basahnya membuatkan aku tidak senang duduk.

"Tak".

"Shit i picked the wrong girl"

Kenapa dia tiba-tiba tanya pasal menari ? soalan aku hanya dibiarkan sepi.mahu sahaja aku menanyakan soalan tersebut kepadanya namun aku cepat-cepat melupakan hasrat itu.Dayes. Latar belakangnya yang penuh misteri bahkan aku tidak tahu siapa sebenarnya dia.Dia mempunyai aura yang misteri. Hingga membuatkan sesiapa sahaja takut untuk mendekatinya.

Hampir 2 jam kami berdua berada di dalam kereta, akhirnya Dayes menghentikan kereta miliknya di depan rumah besar tiga tingkat itu. Dia pantas menarik kedua belah tanganku dan menuju ke dalam rumah.

"Aku bagi kau masa 5 jam untuk berlatih menari. I'll be your dance teacher".

"But if you still don't know how to dance after five hours, i will make sure your body dance on my bed tonight periodt". Sambungnya lagi.

Daylor HayesWhere stories live. Discover now