18

1.8K 214 83
                                    

Seperti yang dapat diagak.

Cuma Taera dan Jungwon sahaja rancak berbual. Aku dan lelaki Park ini? Hanya tunduk dan menikmati makanan.

Jahanamnya Taera dan Jungwon ini, mereka memilih untuk duduk berhadapan. Menyebabkan aku yang disebelah Taera duduk berhadapan dengan Jeongwoo yang mengambil tempat disebelah Jungwon.

Sesekali aku mengerling dirinya. Memang tak ada terselit nak minta maaf ke?

Atas lempangan? Hinaan?

Aku berdecih kuat. Mengundang perhatian Taera yang sedang rancak berbual.

" Kenapa, Nara? "

" Kau lama lagi ke nak berbual? Lunch hour nak habis dah. " Balasku, malas. Taera melihat jam tangannya dan menggeleng.

" Aku dah tak ada kerja lagi lepas ni. Kau pun sama kan? "

" Huh? Aku nak masuk off-- "

" Kau cakap lepas lunch kau dah tak ada client. Why not? Kita berbual lah lagi dengan abang askar kita ni. " Sengih Taera. Dia memandang Jeongwoo lantas berdehem.

" Hai Jeongwoo. "

" Kau kenal aku ke? " Balas Jeongwoo, tanpa reaksi. Taera menelan senyuman kelat.

" Kenal. Aku pernah datang Iksan dulu. Nara banyak cerita pasal kau, dia cakap kau hands-- ADUHHH! "

Daripada tadi aku bersabar, sekarang ni aku kena halang Taera bercakap lebih lagi. Perlu ke dia ungkit pasal benda tu? Dia pun tahu bagaimana keadaan aku dan Jeongwoo sekarang.

Dan bercakap pasal kenangan lama merupakan idea yang sangat buruk!

" Kau ni, Nara! Tak payahlah mencubit. " Aduh Taera. Aku hanya menggulingkan mata keatas.

" Mulut kau macam longkang. "

" Longkang? Hey, si Jeongwoo ni lagi mulut busuk tau! Siap lempang kau lagi! Dia ingat di-- " dan Taera terus menutup mulutnya apabila Jeongwoo sedang memandangnya tajam.

Aku menelan liur.

Ingatkan aku selepas ini untuk tak beritahu apa-apa rahsia kat Taera.

Una tu pun sama, ah baik aku luahkan kat dinding je.

Dan keadaan terus senyap. Jungwon berdehem dan berpura-pura mengambil air miliknya.

" Korang nak borak apa je ni? " Celah Jungwon. Keadaan nampak tegang baginya.

" Nara, maaf. "

Dang.

Aku kaku.

Mataku tidak berani memandang wajah Jeongwoo selepas lelaki itu menuturkan ayat maaf sebentar tadi.

" Aku nak minta maaf. Sebab lempang kau. Sebab hina kau. Eomma marah sangat kat aku lepas kau pergi. Aku tak tahu eomma yang suruh kau bakar polaroid tu. "

Aku masih mendiamkan diri.

Taera dan Jungwon juga membatukan diri. Sedikit pun tidak terniat mahu mencelah.

" Aku datang Seoul ni pun sebab nak cari kau. Nak minta maaf. Nak bawa kau balik Iksan. Eomma rindu kat kau. Dan aku pun.... "

" Rindu kau. "

Argh jantung ini kembali menggila. Bagaimana lelaki ini boleh membuatkan jantung aku berdegup sebegini?

Sial nya.

Aku benci perasaan ini.

Dan benci dengan keadaan air mataku yang bakal gugur bila-bila masa.

Perasaan ini.

Strawberries & Cigarettes / pjw ✓Where stories live. Discover now