21

1.7K 217 44
                                    

Sesuai dengan permintaannya sebentar tadi, kini hanya unit Jeongwoo yang bersiap. Kerana situasi mereka yang pergi dalam keadaan senyap, mereka tidak memakai pakaian askar.

Hanya baju tshirt biasa, layaknya seperti mahu melancong sahaja. Walaupun dalam beg sudah pun diisi dengan beberapa senjata.

" Jeongwoo. "

Lelaki itu menoleh dan wajah Gong Tae menjamah pandangannya terlebih dahulu. Dia hanya mengangkat sebelah kening.

" Apa? "

" Aku ada berita untuk kau. "

" Apa dia? Aku dibatalkan ke China? " Kerut Jeongwoo. Gong Tae menggeleng. Tangannya naik menepuk bahu Jeongwoo.

" Eomma appa kau dah... "

" Dah apa, hyung? " Kaget Jeongwoo. Dia meletakkan kembali begnya diatas meja. Junghwan, Haruto dan Jungwon juga turut menghampiri.

Seperti berita yang berat.

" Semalam pengganas yang patut kita tangkap tu serang kampung kau. Dan tangkap beberapa anak gadis, khabarnya untuk dijual. Keluarga Haruto, Junghwan dan Jungwon selamat. Cuba mengalami beberapa kecederaan. Tapi, kami dapat laporan yang berlaku pergelutan melibatkan eomma appa Jeongwoo... "

Gong Tae mengeluh. Dia menghembus nafas kasar.

" Eomma appa kau terkorban. Ditembak dan mati kat tempat kejadian. "

DORRRR

Jeongwoo kaku. Kakinya terasa longlai. Dadanya juga terasa sakit, seakan petir menyambar diri. Jeongwoo hampir rebah sebelum Haruto dengan pantas memapah tubuh sahabatnya.

" Ma--mati? " Soal Jeongwoo, lagi. Gong Tae menunduk dan anggukan yang dibalas.

Sekali lagi air mata lelaki ini jatuh. Jeongwoo memejam matanya, membiarkan air mata mengalir membasahi pipi.

Eomma...

Appa....

" Aku datang nak tanya kau yang kau nak balik Iksan ke? Tapi, kalau kau balik, mission kau ke China dibatalkan. "

Jungwon menghampiri Gong Tae dengan pantas. Dia menggigit bibir bawahnya.

" Erm tuan, kalau kami singgah ke Iksan sekejap boleh ke? Lepas tu, terus ke China? "

" Betul tu, tuan. Hanya ke Iksan nak ziarah mayat sahaja. " Sokong Junghwan. Gong Tae geleng perlahan.

" Tak boleh. Ini je flight untuk ke China dan anggota mereka dah menunggu di airport. Kalau delay, mungkin mereka takkan beri kerjasama. "

" Woo, kau okay tak ni? Kita batalkan jela eh? " Haruto mengusap bahu sahabatnya yang terdiam mengelamun. Rasa kasihan menyapa dirinya.

Besar dugaan kau, Jeongwoo.

" Haruto.. "

" Hurm? "

" Kita teruskan ke China. "

" Habis tu, eomma appa kau? Jangan paksa diri, Woo. Kau boleh balik Ik-- "

" Eomma appa dah pergi. Takkan kembali. Tapi Nara, aku masih boleh selamatkan. Aku tak nak kehilangan lagi, Ruto. "

Jeongwoo bangun dan memandang Gong Tae.

" Aku ke China. "

" Kami turut berdukacita, Jeongwoo. Jangan risau, nanti unit akan hantar beberapa anggota untuk uruskan pengebumian eomma appa kau. Terima kasih sebab pilih untuk berbakti pada negara, Captain Park Jeongwoo. "

Gong Tae tersenyum. Jeongwoo angguk.

" Terima kasih, Gong Tae. "

" Ini je yang aku mampu tolong kau, Jeongwoo. Stay strong dan teruskan misi kau selamatkan negara.. dan selamatkan buah hati kau. "

Strawberries & Cigarettes / pjw ✓Where stories live. Discover now