Jeonghan terjengket-jengket melihat di balik tingkap luar rumah seakan menunggu seseorang.Bibirnya dimuncungkan dan tangannya memeluk tubuh.Dengusan kasar dilepas tanda marah dan kesal.
"Noonaaa...lambat lagi ke my shua nak balik nie hmphh?".
My shua !
Yujin yang sedang sibuk mengemas meja makan hanya mampu mengeluh halus.Dah berapa kali si Jeonghan nie tanya bila Joshua nak balik.
"lahh kejap lagi dia balik lah tu.sebelah rumah jer pun".
Jeonghan mencebik kasar dan lantas kaki melangkah menuju ke sofa.Punggungnya dilabuh.
"Sampai hati tak ajak Han sekali hmphh".
Yujin menggeleng kecil melihat anak itu menarik wajah marah seakan merajuk.Entah kenapa 2 rakannya meminta izin meminjam Joshua untuk di bawa balik ke rumah.Terfikir jugak mereka mahu culik anak itu ke apa?
-------------------------------------------------------
Joshua duduk di ruang tamu dan melihat-lihat sekeliling rumah itu dengan mata bersinar.Rumah yang dipenuhi bunga-bunga di dinding seakan berada di taman bunga.Tangannya memegang nugget goreng dan mulutnya mengunyah sesuatu.
Seorang gadis yang baru keluar dari dapur membawa sesuatu,melangkah mendekati anak lelaki yang sedang leka makan.
"nahh nie gula² untuk kamu yang comel nie".
Joshua melopong melihat sebekas yang penuh berisikan gula² dan mula mencapai dengan rasa gembira.
"WAHHHHH BANYAKNYEE!!!BOLEH AHH SHARE DENGAN YANG LAIN!!!".
Jiera tergelak kecil sambil mengusap kepala Joshua yang sudah pun membuka plastik gula².
"Noona² nie baik lah. Shua suka".
Joshua tersenyum manis menampakkan eye smile nya dan itu membuatkan Jiera melepaskan ketawanya.
"eyyyyy comel".
Dia suka tengok wajah Joshua yang sejak tadi terlihat ceria dan comel sehinggakan Jewoo memandangnya risau.
gini kau. mana tak cair perempuan tu.
"AIGOOO YAAAA COMEL NYE KAMU KYAAAA!!!!".
Jiera mencubit kecil kedua-dua pipi Joshua,melihatkan anak lelaki itu tersenyum begitu.Jewoo yang melihat hanya menggeleng sahaja.
Perempuan nie kalau jumpa budak comel macam tu,kalau boleh nak gigit² jer pftt.
-------------------------------------------------------
Yujin melihat ke arah pintu rumah apabila mendengar ketukkan di luar.Kaki melangkah dan mula memulas tombol pintu.Seorang kanak lelaki kecil masuk sambil membawa sebekas yang dipenuhi gula² dan tersenyum riang.
"Shua bawak balik apa tu?".
"Hehe shua bawak gula².Noona sebelah rumah kasi".
Yujin mengangguk kecil.Jumlahnya banyak walaupun dibagi-bagi kerana mereka juga ramai.Namun apa yang membuatkan Yujin risau adalah ianya gula².Makanan manis kesukaan kanak².Pasti tidak elok untuk mereka.
"WAHHHH SHUA BAWAK COKLAT LAHH!!!".
"Nak nak nak nak".
"Kita nak yang nie".
"Ehh kwan dah cop dulu jadi tu kwan punya".
"Ishh banyak lagi ahh yang sama".
"Takda takda kwan dah pegang tu jadi tu kwan punya ahh".
"Kau pegang jer tapi kau tak ambil, jadi aku ambil ahh".
"Kasi balik ahhh".
"Ishh tu banyak lagi".
"Ahhh kasi ahhh tu kwan punya".
"Tak boleh!!!".
Pertengkaran oleh Seungkwan dan Soonyoung hanya kerana merampas gula² padahal banyak lagi yang sama.Yujin yang merasakan bengang sedikit akan pergaduhan itu cepat sahaja merampas gula² dari mereka.
"Sorang satu ambil, jangan lebih.Noona taknak sesiapa ambil lebih kalau tak noona taknak kasi dah".
Mereka memandang terkedu akan kata² Yujin,dan gadis itu merampas bekas gula² yang dipegang oleh Joshua,dibawa ke dapur untuk disimpan dan disorok.
Mereka yang berdiri kaku di situ mula berapi-api memandang Seungkwan dan Soonyoung.Kedua-dua anak itu mula tersengih dan cepat² berlari naik ke atas untuk masuk ke bilik.
Chan yang sudah mula mengagak apa yang bakal terjadi,bangun dari duduknya dan berlari terkedek-kedek ke arah dapur.Dia tidak mahu telinga kecilnya rosak.
Teng !
"KWON SOONYOUNG !!! BOO SEUNGKWAN !!!!".
Rumah bergegar seperti gempa bumi hanya kerana jeritan² mereka itu.
-------------------------------------------------------
Setelah pintu bilik terakhir ditutup selepas menidurkan mereka semua,Yujin mula turun menapak ke ruang tamu untuk menonton drama di TV. Punggungnya dilabuhkan dan jam di dinding dikerling sekilas.
Dah pukul 10 malam,abangnya masih belum pulang.
Phone dicapai dan contact Taehyung ditekan.
"Mana pulak mamat nie pergi?Pukul berapa dah nie?".
Panggilan terputus.Tiga kali mencuba juga terputus.Decitan kasar dilepaskan.Phone diletak semula dan memeluk tubuh.
Baru sahaja dia ingin bangun,phone miliknya berdering.Laju sahaja dia capai dan melihat nama panggilan itu.Kerutan di dahi timbul.
Ohh teman kelasnya semasa zaman sekolah.
"Eoh? Juyeon-ah,kenapa call?".
"Heh abang kau mabuk nie".
"HAHHH?".
Yujin bangun dari duduknya selepas mendengar kata-kata dari lelaki di talian.
Juga terdengar bunyi music yang kuat di sana.
"Abang kau ada kat club tempat aku kerja.Dia mabuk teruk.Ambil lah dia balik".
Eyyy dasar Kim Taehyung!
"Ada siapa jer kat sana?".
"Takda. Dia sorang jer datang".
Ya, memandangkan rakan kelasnya,Juyeon, berkerja di club paling terkenal di Korea sebagai waiter bar.Sudah tentu abangnya akan melepak di sana jikalau lelaki itu sedang tidak ada mood.
'aduhh macam mana aku nak ambil dia?takkan nak tinggalkan budak² nie kat rumah?'.
Fikirannya mula memikirkan cara bagaimana ingin membawa abangnya balik ke rumah.Sudah dapat idea,dia mula menyambung perbualan tadi.
"Kau ada number Jungkook kan?Kau call dia takpun call Jimin".
"Hah okay".
Panggilan diputuskan.Yujin menggigit geram bibirnya.
Kim Taehyung,kau tunggu kau balik adikmu akan belasah kau cukup² !!
••••••••••
Heyyyooo selamatkan jejaka pujaan ramai gaissss 🤩
YOU ARE READING
| OG | 𝐌𝐲 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐒𝐞𝐯𝐞𝐧𝐭𝐞𝐞𝐧 𝐊𝐢𝐝𝐬 • ˢᵛᵗ
FanfictionApabila kau bersetuju dengan tawaran mak kau untuk ambil jadi pengasuh budak kecil disebabkan kau mengganggur.... Minta seorang budak.... tapi yang datang 12 budak² noob yang hingus masih meleleh kat hidung.... 12 + 1 = 13 hambekk kau boleh ke jaga...