" KIM YUJIN!!!!".
Seorang wanita berumur 40 an datang ke arah ruang tamu yang menempatkan seorang gadis memandang ke arah TV dengan senduk di tangan kirinya.Wanita itu mencekakkan pinggang.
"Dah takda kerja dah ke nak buat?Duduk hadap TV 24 jam,terkangkang pulak tu?".
Ya.Seorang gadis sedang makan kerepek pisang sambil duduk terkangkang di hadapan TV.
Astaga!
"Memang takda kerja pun!!!".
"Dah tau takda kerja,pergilah cari!!!".
"Dah omma...tapi tak dapat pun!!".
Wanita yang dikatakan ibunya itu,mengeluh berat.Sudah lah anak menggangur,pemalas pulak tu.Apa lah nak jadi!
"Kamu tu kalau kerja memilih!!!".
Gadis yang bernama Yujin sempat menggulingkan biji matanya ke atas.Kalau berdebat dengan ibu sendiri memang terpaksa kalah jawabnya.
"Ha bagus lah kamu takda kerja,nie omma ada kawan omma nie,dia kena outstation ke Malaysia...dia minta jaga anak dia masa dia takda!!!".
Yujin memandang ibunya cuba untuk mendengar berita yang agak menarik.
Jaga anak?
"Kawan omma yang mana satu nie?Berlambak kawan omma!!!".
Ya kawan²,...orang tua tu kawan beratus-ratus.Anak dia 2-3 orang jer kawan yang dia ada.
"Makcik Sohee kau lah siapa lagi!!!".
Ohh makcik Sohee.....WHAT???
Yujin membeliakkan biji matanya membesar.Makcik Sohee bisnes kek tu?
"Omma jangan cakap yang kita kena jaga budak ketot tu?".
"Aipp...bukan omma tapi kamu kena jaga!!!".
Yujin sudah menayangkan wajah risau bercampur geram.Dia kalau bab jaga budak nie dia cuma nak baby jer.
"Kenapa pulak Yujin kena jaga?Omma lah!!!".
"Omma kan bekerja....kamu lah kena jaga!!!".
Gadis itu mencemberutkan wajahnya sambil memasukkan kerepek pisang secara kasar dalam mulut.
"Amacam...nak tak?".
Senyap!
"Dia bayar kamu lebih tau sebab dia outstation 6 bulan!!!".
What?Lama giler!!!.
"Suami dia takda ke?".
"Suami dia kan pilot!!!Memang takda masa nak jaga anak dia tu!!!".
Jaga si budak ketot tu dengan bayaran mahal.Wahhh....
Boleh lepas beli semua album BTS macam nie!!
"Ye lah omma!!Yujin setuju!!!".
"Ha bagus...kalau macam tu omma kasi tahu dia nanti!!!Kamu kena jaga dia baik².Jangan buli budak tu pulak!!".
Pfffttttt...bukan kita yang buli dia,dia yang buli kita.
Macam mana lah nak handle budak tu nanti?
⚛️⚛️⚛️⚛️⚛️
Yujin hanya memandang datar sahaja ke arah seorang wanita muda dan juga seorang budak kecil lelaki di sebelah.
"Ha Yujin...omma kamu dah kasi tahu aunty yang kamu boleh jaga anak aunty....kan?".
Yujin mengangguk perlahan.Dalam hatinya sudah pun rasa nak cucuk² jer mata budak kecil tu yang dari tadi tatapnya tajam.
YOU ARE READING
| OG | 𝐌𝐲 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐒𝐞𝐯𝐞𝐧𝐭𝐞𝐞𝐧 𝐊𝐢𝐝𝐬 • ˢᵛᵗ
FanficApabila kau bersetuju dengan tawaran mak kau untuk ambil jadi pengasuh budak kecil disebabkan kau mengganggur.... Minta seorang budak.... tapi yang datang 12 budak² noob yang hingus masih meleleh kat hidung.... 12 + 1 = 13 hambekk kau boleh ke jaga...