d u a

1.5K 179 50
                                    

Yujin menuruni anak tangga sambil menyanyi kecil.Kiri dan kanan dikerling sekilas.Dia berjalan ke arah dapur dan melihat ibunya sedang memasak serta Jihoon yang duduk di meja makan sambil menyuap makanan di mulut.

"Omma...nak Yujin tolong?".

"Takpa lah...nak siap dah pun!!!".

Yujin mengangguk perlahan.Ibunya yang sedang mencedok lauk di dalam pinggan diambil lalu diletakkan di atas meja.

Jihoon makan dalam keadaan senyap sambil sudu kecil dipegang membuatkan dia ketawa kecil.

Comel cara pegang sudu macam genggam penumbuk jer!

"Nie omma nak kasi tahu...omma ada kawan nak hantar anak dorang!!!".

What?Hantar lagi??

"Omma nak jaga budak lagi?".

"Kamu yang jaga tapi jangan risau,dorang bayar lebih banyak dekat kamu!!!".

Yujin mencebik lalu mengangguk perlahan.Dia kalau bab duit memang laju.

"Yerla omma...berapa ramai budak?".

"Entah lah...takpa kejap lagi ada lah mereka datang hantar anak mereka!!!Tapi ada yang kena jaga 2-3 bulan lah sebab mereka ke luar negara!!!".

Yujin mengangguk sekali lagi.Kalau banyak jaga budak,duit banyak dapat.Boleh beli ticket BTS nie!!!

Wow!!!

"Hari nie omma kena pergi Dubai!!!".

"Ha?".

Yujin terkejut sehinggakan dia terjerit.Terkejut Makcik Taeha juga Jihoon lalu kedua-dua mereka memandang ke arah gadis itu.

"Hish kamu nie...boleh tak jangan menjerit?Tercekik Wuji tu nanti!!!".

Yujin tersengih kecil lalu belakang leher diusap.

"Omma kena ikut pergi Dubai dalam 3 bulan jer tak lama pun!!!".

"Alo....Yujin lah kena jaga dorang nie?".

Makcik Taeha mengangguk kecil lalu diusap lembut kepala Jihoon.

"Dalam bulan hadapan,abang kamu balik dari London!!!Dia kan ada?".

"Hmm...yerla!!!Dia tak balik lagi bagus!!!".

Makcik Taeha hanya menggeleng kecil kepalanya.Dia cukup kenal perangai anak-anaknya yang suka bergaduh.

"Jangan makan comot² Jihoon!!!".

Jihoon makan sambil tersengih kecil lalu pipinya yang comot dilap sedikit.

Alahai comelnyer budak nie!!!

⚛️⚛️⚛️⚛️⚛️

Yujin memandang jam di dinding.Masih awal lagi mahu petang.Ibunya sudah pun berangkat ke airport.Dia berjalan mundar mandir.

Macam mana lah nak jaga budak² tu nanti?

Kalau baik budak tu takpa lah,nie takut nakal ya amat!!!

Bersepah rumah nie dibuatnya nanti!!

Jihoon sudah pun berada di dalam bilik,tidur mungkin selepas bermain dengan anak patungnya sendirian.

Nampaknya budak tu lagi senang dijaga!!

Ting Tong!!

Loceng rumah sudah pun berbunyi.Dia mengeluh berat.Hatinya entah mengapa berdebar.

| OG | 𝐌𝐲 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐒𝐞𝐯𝐞𝐧𝐭𝐞𝐞𝐧 𝐊𝐢𝐝𝐬 • ˢᵛᵗWhere stories live. Discover now