Pak!
Tersembur ramyeon yang baru hendak dikunyah. Matanya berubah tajam dan terus menoleh ke sebelah kiri, melihatkan orang yang telah menepuk belakangnya tanpa ada sebab.
"Bestnya hidup~" Sindir orang itu. "Cuaca yang sedang baik di luar, siap makan ramyeon, duduk goyang kaki, tak ada orang nak mengacau-"
"Sekarang dah ada kan? Hm?" Ditunjuknya kawan dengan telapak tangan sebelum mengelap sisa ramyeon yang disemburnya tadi.
Pengacau itu menyengih. "Hyunnie."
"Hm." Respon Hyun sambil mengunyah.
Tak puas dengan itu, ditepuk banyak kali bahu Hyun dengan penuh bertenaga.
"Nak apa, budak kecik?!" Topi yang dipakai dibetulkan apabila tepukan itu merosakkan kedudukan topinya.
Puas dengan respon yang diberikan, apron yang dipakai terus dibuka dan dihulur kepada Hyun. Hyun memandang hairan.
"Ada bawa duit lebih?"
"Nak buat apa?"
"Beli buku math hehe."
Mendengarkan jawapan, Hyun membuat muka sambil menyeluk poket saku. Duit bernilai 5000 won diberikan kepada remaja itu, Kwon Soorin. "Termasuk duit tambang."
"Gomawo, Hyunnie."
"Beli nanti pun boleh kan? Aku jugalah yang kena tutup kedai ni nanti."
"Nak buat macam mana? Kedai buku kat bandar. Salahkanlah bas tu datang waktu macam ni je."
Senyuman Soorin tidak hilang sejak tadi. Seronok betul dia kenakan Hyun. Langkahnya dibawa ke pintu selepas mencapai jaketnya.
"Alasan. Beli esok lusa pun boleh."
"Annyeong uri Hyunnie. Ingat! Hari ini tutup awal."
"Iye booosss!"
◌●◌●◌●
Roti yang masih hangat di dalam bungkusan itu dimasukkan ke dalam bakul basikal. Jam tangan second hand dilirik sebelum grill pintu kedai dikunci.
Satu bungkusan diambil dari bakul basikal. Kemudian, kedua kakinya laju melangkah ke rumah yang berdekatan.
Kelihatan seorang nenek tua sedang menyiram pokok-pokok tanamannya. Hyun mengangkat tangan untuk menyapa nenek itu. Lalu, membongkokkan badan apabila nenek tersebut menyedari kehadirannya.
"Aigoo...anak muda. Kenapa datang ke sini? Kedai dah tutup pada waktu begini kan?" Nenek itu mula bertanya. Terserlah riak wajah gembiranya melihat Hyun yang melawatnya sementara.
"Animnida, halmeoni. Hyun nak hantar roti ni. Edisi terbaru. Ciptaan Hyun sendiri." Beritahunya sambil tersengih gembira. Bungkusan roti dihulurkan dan bertukar tangan.
"Eoh? Halmeoni tak order apa-apa dari kedai kamu hari ini."
"Bukan, halmeoni!" Laju Hyun menjawab sambil mengoyangkan kedua tangannya di hadapan, menafikannya.
"Hyun buat ini percuma. Sengaja nak habiskan tepung kat dapur tu." Senyumnya.
◌●◌●◌●
Hyun menghirup udara kampung pada petang hari dengan gembira. Tenang. Kakinya tak berhenti mengayuh menuju ke tempat tinggalnya.
Sesekali basikal dihentikan untuk meletakkan bungkusan roti yang telah disediakan khas untuk orang kampung sepanjang pulang ke rumah.
Tetapi, masa hadapan tidak boleh dibaca.
Sedang Hyun ingin membelok ke selekoh kanan...
Skrrrttt!!!!!
YOU ARE READING
. secret
Fanfiction| 김석진 • KSJ | "Kau pasti kau tahu rahsia aku?" "Aku tahu dengan hanya melihat mata kau." "Huh! Karut!" She denies it. He denies it. Amazing cover by @CRUSHAO _₂₆₀₉₂₁