"Apa kau kata?" Lelaki itu mula naik angin. Bahasa pun sudah bertukar. Suara semakin dingin bak ais ketul dalam peti sejuk.
"Cik, tolong jangan kata sembarangan kepada Tuan Kim. Saya yang bersalah di sini."
Kata-kata pemandu itu tidak memutuskan perbalahan renungan antara Tuan Kim dan Hyun.
"Let me make it clear." Pinggang dicekak. Matanya dipejam dan ditunduk ke bawah sebelum menatap lurus sepasang mata coklat kehitaman lelaki itu. Sekali lagi.
"Saya maafkan apa yang terjadi tadi." Pemandu dan juga majikannya sedikit hairan. "Sebab!..."
Hyun beralih menatap wajah pemandu peribadi lelaki itu. Senyumannya terbentuk. "Tuan tengok wajah pemandu tuan ini. Saya yang bersalah dibuatnya."
Tanpa banyak soal, lelaki berkemeja kelabu itu memandang hairan wajah pemandunya sebelum dia sendiri tercengang.
Tiba-tiba, satu beban telah dicampak ke perut lelaki itu. Pantas dia sambut sebelum melihat gerangan yang mencampakkan bungkusan roti itu kepadanya.
Ternyata perempuan itu kembali dari basikalnya dengan tiga bungkusan roti.
"Kalau boleh, ahjussi rehat cukup-cukup. Jangan paksa bekerja ye? Bahaya untuk diri ahjussi. Hati-hati memandu~" Dua bungkusan roti diberikan kepada pemandu tersebut dengan cara yang sopan.
Hyun menjeling ke arah Tuan Kim. "Bahaya untuk diri kau juga, Tuan Kim. Selamat jalan." Keras suaranya lontarkan sebelum melangkah ke basikalnya semula.
"Yah! Ini apa?" Lelaki itu menunjukkan bungkusan roti itu ke atas namun soalannya dibiarkan dibawa angin. Hyun terus mengayuh basikalnya walaupun sedikit nyeri di bahagian lutut.
Tidak mahu memanjangkan situasi, lebih baik dia mengundurkan diri dahulu.
◌●◌●◌●
Bungkusan yang sudah kotor itu dipandang geram. Ini adalah kali pertama dia menghadapi masalah seperti tadi. Malah, seorang perempuan kampung yang berani melawan walaupun tahu statusnya apa. Sungguh membuatkan dirinya bengang.
Genggamannya semakin erat meronyokkan bungkusan yang kelihatan sedikit kotor. Kemungkinan jatuh ke jalan tadi.
"Tuan Kim nak tukar bungkusan roti itu dengan saya?" Pemandu itu memandang Tuan Kim melalui cermin pemandu belakang. Dia tahu majikannya mendapat bungkusan roti yang kotor hanya sebab tiada keikhlasan yang diberikan oleh perempuan basikal tadi.
Senyuman diberikan sambil mengeleng kecil. "Tak perlu."
Namun, senyuman itu sementara apabila teringat wajah pucat lesu pemandu peribadinya itu.
"Hwijun-sshi."
"Ne, sajangnim."
"Kalau penat, sakit, beritahu saya. Rehat dan jangan bekerja." Katanya sambil mengeluarkan telefon pintar.
"Tetapi, saya tak boleh biarkan Tuan Kim—"
"Kamu membahayakan diri saya juga." Potongnya bersahaja.
"Ne, sajangnim."
Keheningan mula terbina. Sedikit janggal bagi pemandu Hwijun setelah mendengar ayat terakhir yang dikatakan oleh Tuan Kim.
"Saya juga boleh memandu. Jangan risau." Tuan Kim berkata semula.
Hwijun terkejut. "Ta—tapi, Tuan Kim—"
"Cukup. Esok saya tak nak nampak kamu bekerja."
YOU ARE READING
. secret
Fanfic| 김석진 • KSJ | "Kau pasti kau tahu rahsia aku?" "Aku tahu dengan hanya melihat mata kau." "Huh! Karut!" She denies it. He denies it. Amazing cover by @CRUSHAO _₂₆₀₉₂₁