🅃🅆🄾

7 1 0
                                    

Skrrrttt!!!!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Skrrrttt!!!!!

Tubuhnya ke hadapan apabila brek ditekan mengejut. Kedua tangannya berpaut pada bahu kerusi pemandu. Mujur memakai tali pinggang keledar. Sepasang matanya menangkap seorang perempuan terjatuh di hadapan keretanya.

"Hwijun-sshi, apa yang berlaku?" Tanyanya kepada pemandu peribadinya. Walaupun dia tahu apa yang dilihatnya tadi, dia mahukan kepastian.

"A—a...err... Saya minta maaf sangat-sangat, tuan. Saya rasa saya telah melanggar seseorang."


◌●◌●◌●


"Aduhhh." Hyun mengusap sikunya kesakitan. Bungkusan roti yang masih tersisa dilihat. Mujur satu sahaja bungkusan terkeluar dari bakul basikal.

Nampaknya, bungkusan itu hanya untuknya sahajalah.

Pandangannya beralih pada hadapan. Nombor plat kereta yang menjadi ruang penglihatannya. Dipandang ke atas, melihatkan kereta berwarna hitam yang masih berenjin panas. Moodnya mula berubah.

Pantas Hyun bangun, mengalihkan basikal yang menghimpit kaki kirinya. Topi kegemarannya diambil geram.

Kedengaran pintu kereta terbuka, membuatkan Hyun terus berdiri lalu menatap tajam ke arah seorang lelaki berkemeja kelabu.


◌●◌●◌●


"Biar saya pergi tengok." Tombol pintu ditarik dan sebelah kaki panjangnya melangkah keluar dari kereta. Matanya tidak lepas melihat hadapan sehingga perempuan itu berdiri dan menatapnya.

Tatapan itu...sedikit mengejutkannya.

"Miss? Miss tak apa-apa?" Soalnya lembut. Namun, jawapan tidak diberikan malah langkah mangsa itu laju menerpanya membuatkan dia terundur hampir memasuki ke perut kereta semula.

"Hey! Ganti balik kalau basikal itu rosak!" Sergahnya tetiba.

Pandangan lelaki itu beralih ke basikal yang ditunjukkan perempuan itu. Basikal hampir berkarat.

"Kenapa lalu jalan ini?"

"Mwo?!" Berkerut dahinya mendengar soalan perempuan itu. Jalan ini kepunyaan sesiapa ke?

"Ini jalan kampung! Ambil side ke sana sedikit boleh tak kalau ada simpang?!" Perempuan itu menghalakan tangannya di hadapan lelaki itu, menunjukkan 'side' yang dia maksudkan.

Anggapan perempuan itu mengatakan bahawa lelaki ini pertama kali masuk kampung. Jadi, dia perlu ajar lelaki itu cara memandu di kampung.

Hairan lelaki itu. Dia keluar dari tempat penumpang, bukan tempat memandu. Perempuan ni dah kenapa?!

"Hey—" Lelaki itu ingin membalas namun, bunyi pintu kereta membuat mereka berdua mengalihkan pandangan. Terpancul wajah panik pemandu kereta Hyundai Elantra.

Pintu kereta tersebut ditutup bersamaan dengan pintu yang sejak tadi menjadi pemegang lelaki berkemeja kelabu itu.

"Cik, saya betul-betul minta maaf. Jangan salahkan Tuan Kim. Saya yang memandu kereta ini."

Perempuan itu terkesima. Disebabkan emosi yang tak terkawal, dia salahkan penumpang dibelakang. Aduhhh!

Namun, dia dapat menangkapnya cepat. Melihatkan wajah pemandu itu membuatkan dia rasa bersalah. Lelaki yang dipanggil 'Tuan Kim' itu dipandang olehnya. Heh! Orang bangsawan rupanya.

Lelaki itu mula menayangkan wajah tidak berpuas hati sambil menyilangkan lengannya di dada. Pandangan mereka berbalas.

"Seriously pak cik Kim?" Senyumannya menyenget.

"Mwo?"
'Aku muda lagilah perempuan!'

. secretWhere stories live. Discover now