Aras tiga blok pelajar tingkatan 5 dikosongkan serta merta. Pelajar pelajar di Namsa Highschool gempar. Ada kepala manusia ditemukan di dalam loker. Seorang lelaki berkot abu abu labuh, berkaca mata hitam berkilat baru tiba di blok tersebut. Namanya Min Yoongi. Seorang detektif dari balai polis ibu pejabat seoul. Laluan di sepanjang koridor aras itu menjadi sesak dengan kumpulan wartawan dari pelbagai stesyen televisyen dan radio yang berebut rebut ingin membuat liputan tergempar.
Penemuan kepala di sebuah sekolah. Kepala milik seorang pelajar. Bunyinya pon sudah menggerunkan, akan menjadi topik hangat jugak bualan ramai yang berlegar di seluruh negara mungkin jugak dunia.
Dektektif Yoongi diiringin dengan beberapa orang anggota polis menuju ke kelas 5-01. Lensa lensa kamera difokuskan kepada Yoongi. Cahayanya meletup letup. Berasa sangat rimas dan sesak, Yoongi memperlajukan lagi langkahnya.
"Tuan Dektektif? Pelajar pelajar di sini mengatakan kepala yang ditemuai itu adalah milik seorang pelajar perempuan bernama Lalisa Monaban. Adakah itu benar???? Adakah dia dibunuh dengan kejam??" pantas betul para wartawan mengorek informasi. Yoongi mengabaikan saja wartawan yang menahannya.
Kedua dua pintu masuk dan keluar kelas direntangi dengan pita berwarna kuning. Tiba di hadapan kelas, Yoongi menunjukkan kad pengenalannya sebagai detektif yang bertugas menguruskan kes ini. Dua anggota polis yang berkawal di muka pintu memberikan tabik hormat kepada Detektif Yoongi. Detektif Yoongi dibenarkan masuk.
Topeng muka, sarung tangan getah dipakai. Langkah pertama menjejak masuk, deria bau Yoongi disambut dengan bau bangkai bercampur hanyir darah yang sangat kuat. Meja meja di dalam kelas telah dialihkan ke bahagian tepi, memudahkan petugas petugas forensik melalui lorong ke belakang kelas.
Petugas petugas forensik menangkap beberapa keping gambar seketul kepala yang berada di atas lantai. Kepala itu dibelek, diperiksa dengan teliti di semua bahagian.
Yoongi mengusap belakang leher, meremang bulu tengkuknya melihat wajah Lisa yang sudah memburuk kehitaman, sebahagian kulitnya sudah tertanggal menampakkan isi yang kecut, kedua dua biji mata terbeliak luas, mulut ternganga dengan lidah terjelir keluar seperti di saat ajalnya, dia menanggung kesakitan yang teramat atau pembunuh telah menyeksa mangsa sehingga mati.
Yoongi cuma memerhati beberapa saat saja, dia tak sanggup untuk dihantui dengan wajah ngeri itu di dalam tidurnya malam nanti. (belum tentu dia dapat tidur dengan nyenyak malam ni sekiranya kes ini belum selesai) Selebihnya, Yoongi menuju ke loker di mana kepala tersebut ditemui.
"Dah jumpa senjata pembunuhan?"dia menyapa petugas forensik yang sedang membuat pemeriksaan cap jari di pintu pintu loker.
"Belum Tuan,"
"You rasa senjata yang macam mana pembunuh gunakan untuk kerat, pisahkan kepala dari tubuh mangsa,"
"Kalau tengok dari segi potongan yang tidak kemas di hujung leher mangsa, pembunuh seperti struggle untuk kerat kepala dari tubuh mangsa. Mungkin pembunuh gunakan pisau yang tumpul...,"
"Untuk tambahkan kesakitan pada mangsa,"
"Betul Tuan!"
Yoongi memeriksa bahagian dalam loker, sambil membayangkan figure si pembunuh sedang memasukkan kepala di dalam loker tersebut. Di luar loker memang bersih rapi, tiada setitik pon kesan darah yang ditinggalkan. Pembunuh mungkin seorang yang sangat teliti.
"Tuan, kami dah jumpa senjata pembunuhan," petugas forensik yang memeriksa laci laci meja menunjukkan sebilah pisau berlumuran darah kering yang ditemuainya. Yoongi tersengih. Semudah itu! Silap sangkaannya, pembunuh terlalu cuai menyembunyikan senjata pembunuhan di tempat yang mudah dicari. Dari senjata itu, dia akan menemukan suspek yang tidak dapat bersembunyi lagi. Yoongi dapat merasakan kes ini dapat diselesaikan dengan mudah dan malam nanti dia akan tidur dengan lena.
YOU ARE READING
Silent Killer
Mystery / ThrillerBermula dengan penemuan seketul kepala milik seorang pelajar, Namsa Highschool di selubungi misteri. Beberapa orang pelajar dan suspek disoal siasat oleh pihak polis yang berhubung rapat dengan kes pembunuhan pelajar bernama Lalisa Monaban. Dalam p...