KIM TAEHYUNG
Bilik soal siasat ini terasa sangat sejuk walaupun tanpa alat pendingin hawa. Kesejukannya sungguh luar biasa, menggigit sampai ke tulang sehingga aku mengigil kuat. Atau aku yang terlalu takut?
Ini kali pertama aku dibawa ke balai polis, ditahan sebagai suspek utama kes pembunuhan ngeri, dikurung di dalam bilik yang sempit dan pengap. Berjam jam dikurung di dalam ruang gelap ini terasa bertahun tahun aku dipisahkan dari dunia luar.
Daun pintu di hadapan dikuak kasar, sebelum munculnya sosok tubuh yang tegap, tinggi lampai, berwajah dingin dan berkulit pucat. Lelaki ini mungkin detektif yang akan menyoal siasat aku. Dia melangkah mendekati meja. Langkahnya yang berdetak dentum bila tapak kasutnya berlaga dengan lantai sudah cukup buatkan aku berdebar debar.
Dia tarik kerusi berhadapan aku, sebelum fail tebal yang dipegang dia hempas ke atas meja. (tak pulak dia hempas sekali laptop kat tangan kiri dia tu). Bahu aku terhinjut kerana terkejut.
Aku kecilkan anak mata cuba membaca tag nama di dadanya. Min Yoongi. Dia memandang aku tajam, jelingan yang persis harimau.
"Boleh tak Tuan buka gari ni. Tangan saya lenguh,"minta aku. Kalau lelaki itu punya sedikit rasa simpati, mahu juga aku minta seteguk air. Tekak aku dah kering sebab menjerit, meraung semasa diheret ke sini tadi.
Yoongi menghela nafas panjang sebelum dia memulakan bicara. Suaranya garau, menggerunkan. "Ok, jangan buang masa...saya terus kepada sesi soal siasat,"katanya dengan tegas tanpa memperdulikan permintaan aku tadi.
"Saya tak bersalah Tuan...,"
"Kenapa awak bunuh Lisa,"dia terus tikam aku dengan soalan maut itu.
Aku menggeleng laju. "Saya tak bunuh dia!,"
Yoongi gelak sinis, seperti mengejek aku. "Gampang! Semua pembunuh selalu mengaku tak bersalah sedangkan bukti dah terang terang depan mata,"
"Bukti apa yang tunjukkan saya bunuh Lisa???"aku pertahankan hak aku. Mereka tak boleh tuduh aku tanpa sebarang bukti. Aku mahukan bukti itu dinyatakan secara jelas.
Muka Yoongi yang bengis, menunjukkan yang dia begitu menyampah pada aku. "Kau tak payah berpura pura lah. Pisau yang polis jumpa kat dalam laci meja kau tu dah cukup buktikan kau yang bunuh Lisa. Kau guna pisau tu untuk kerat kepala dia,"
Pisau? Aku terlompong sekejap.
"Wtf, pisau apa ni? Saya tak pernah bawak pisau ke sekolah,"nafi aku sekerasnya.
"Habis tu kenapa pisau tu boleh ada dalam laci meja kau?"
"Ada orang dah trapped saya untuk kaburi mata mata polis,"
"Nonesense! Cuba kau ingat balik apa yang kau dah buat," Yoongi pusingkan laptopnya ke arah aku. Dia tunjukkan gambar kepala Lisa. Ngeri. Tak sampai sesaat pon aku dah tutup mata. Aku tak sanggup melihatnya. Bukan aku yang memotong kepalanya. Tekak aku rasa mual. Nasib kerana perut aku kosong, aku tidak termuntah dengan mudah.
"Sumpah saya tak buat macam tu pada Lisa. Saya masih manusia yang waras, saya tak bertindak kejam sampai sanggup kerat kepala orang yang saya sayang,"aku merayu rayu padanya, supaya dia percaya aku.
"Dasar putar alam!"cemuh Yoongi. "Kat mana kau sembunyikan tubuh Lisa! Kat mana kau simpan tubuh dia lepas kau dah bunuh dan kerat kepala dia,"tengking Yoongi.
Aku ulang kenyataan yang sama. "Saya tak tahu. Saya tak tahu!"
"Hahhaha, enough! Semua penipuan kau tak berguna lagi. Kami dah dapatkan beberapa keterangan dari kawan kawan Lisa. Kau nak dengar apa yang diorang cakap pasal kau," Yoongi klik butang play di kekunci laptopnya. Aku dengar ada tiga suara perempuan yang tidak asing lagi.
YOU ARE READING
Silent Killer
Mystery / ThrillerBermula dengan penemuan seketul kepala milik seorang pelajar, Namsa Highschool di selubungi misteri. Beberapa orang pelajar dan suspek disoal siasat oleh pihak polis yang berhubung rapat dengan kes pembunuhan pelajar bernama Lalisa Monaban. Dalam p...