LALISA MONABAN
Sekitar pukul 9.30 malam, kesemua anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Berat dikumpulkan dalam bilik mesyuarat. Yerim akan membentang keputusan bedah siasat kepala Lisa (bahagian tubuh Lisa yang lain belum dijumpai, dan sedang giat dicari).
Projector dinyalakan. Di skrin putih, dipaparkan slid details hasil bedah siasat dan gambar gambar x-ray.
"Ada kesan retakan di tempurung kepala Lisa. Sebelum meninggal, mangsa dipukul dengan objek keras. Pisau yang ditemui di laci meja Kim Taehyung sempadan dengan potongan pada hujung kepala mangsa. Namun, forensik gagal menemukan cap jari atau dna milik pembunuh. Pembunuh terlebih dahulu membersihkan pemegang pisau atau memakai glove semasa menggunakan senjata..."
"Cap jari kat loker tu macam mana?"penerangan Yerim dipotong dengan soalan oleh Yoongi.
"Terlalu banyak sampel cap jari yang dikumpul, jadi sangat sukar dan mustahil untuk menentukan mana satu cap jari milik pembunuh. Atau pun pembunuh tidak meninggalkan satu pon cap jari seperti alasan yang saya nyatakan tadi. Ada kemungkinan, pembunuh sengaja tinggalkan pisau di laci meja Taehyung supaya polis menangkap suspek yang salah. Buat masa sekarang, kita tak dapat menentukan Taehyung sebagai pembunuh sebenar cuma berdasarkan bukti senjata pembunuhan....."
Yoongi mengangkat tangannya lagi. Wajah yang ketat jelas menggambarkan dia tidak berpuas hati dengan spekulasi Yerim. "Saya tak setuju! Untuk pengetahuan semua suspek pernah cuba melakukan pembunuhan secara sengaja ke atas mangsa,"dia memperdengarkan kepada mereka rakaman suara hasil soal siasatnya. Koperal yang mengetuai mesyuarat termenung sekejap menimbang baik bukti yang ada.
Buat masa sekarang mereka tiada keputusan yang betul betul kukuh. Bukti masih belum cukup untuk mensabitkan suspek.
"Lagi satu, forensik juga jumpa sesuatu yang sangat penting. Kunci kepada kes ni. Iaitu memory kad yang sengaja ditinggalkan oleh pembunuh di dalam mulut Lisa,"Yerim menunjukkan beg zip plastik yang ada cip kecil berkilau. Dia serahkan bahan bukti itu kepada pakar IT untuk menganalisi kandungan di dalam cip.
Mereka menunggu dengan penuh berdebar. Ambil masa beberapa minit untuk pakar IT memeriksa isi kandungan memory card sebelum dipancarkan pada skrin putih.
Ada satu folder yang terdapat dua rakaman video. Yerim mengangguk supaya pakar IT memainkan video berkenaan. Semua menumpukan perhatian.
Video pertama dimainkan.
Skrin putih bertukar jadi hitam dalam beberapa saat sebelum keluar suara gelak tawa dan seorang pelajar perempuan yang terbaring di atas lantai. Tertulis 'Hwang Nami' di tag nama pelajar di dadanya.
Pelajar itu sedang dipukul sambil dirakam oleh beberapa orang pembuli. Sayang sekali wajah si pembuli disensore, tapi jelas kelihatan mereka memakai uniform sekolah dengan lencana yang sama. Hanya wajah pelajar yang dibuli saja dapat dilihat dengan jelas.
"Chugooo! Kau memang saja nak mati kan!"perut Nami dipijak pijak oleh si pembuli tanpa belas kasihan. Bibirnya pecah berdarah, salah satu matanya bengkak dan lebam.
"Lisa berr....hentii! Sakitt!"Nami merintih sakit. Suaranya putus putus kerana yang keluar dari mulutnya adalah darah bercampur air luir yang membuak buak. Kamera video diubah ke mood hadapan, memaparkan wajah si perakam iaitu Lisa.
Yoongi mendadak bangun dari kerusi. Kedua penumbuknya digenggam erat. Apakah ini?
"Lemah la kau ni,"Lisa menguis kepala Nami dengan hujung kasutnya sebelum dia meludah air liur ke wajah Nami berkali kali. Nami tersangat lemah untuk melawan. Dia paut kaki Lisa, meminta Lisa supaya berhenti menyeksanya.
YOU ARE READING
Silent Killer
Mystery / ThrillerBermula dengan penemuan seketul kepala milik seorang pelajar, Namsa Highschool di selubungi misteri. Beberapa orang pelajar dan suspek disoal siasat oleh pihak polis yang berhubung rapat dengan kes pembunuhan pelajar bernama Lalisa Monaban. Dalam p...