4

2 0 0
                                    

Nukilan ini untuk menghargai kau

Tika orang lain melihat aku kesedihan ditinggalkan

Hanya amarah yang mereka keluarkan

Aku disini memaafkan kau

Masih bersangka baik

Kerana aku tahu kau terpaksa

Ketika mereka menuntut perjelasan dari aku

Disertakan dengan ketidak puasan hati mereka memaksa

Aku disini cuba untuk meredakannya

Biarlah aku seorang sahaja tahu puncanya

Walaupun ketika itu aku memerlukan kau

Walaupun ketika tu depresi cuba mendekati

Tidak mengapa sayang

Jodoh kita hanya tertulis disini

Terima kasih untuk segala kebaikan dan juga kemanisan yang kau berikan

Maafkan aku untuk kepahitan serta kesakitan yang aku tinggalkan 

Mungkin aku belum sedia untuk undur diri; 

Akan tetapi aku tetap doakan pengganti aku lebih baik dari aku

Supaya kau tidak lagi rasa kesakitan itu

Moga berbahagia dengan kehidupan yang kau pilih

AH <3

Hati & MindaWhere stories live. Discover now