6

0 0 0
                                    

Segalanya terganggu

Aku menangis tanpa sebab

Aku takut tanpa sebab

Ya, segala-galanya terganggu

Aku mencari punca, tapi tiada

Hati kosong, minda juga begitu

Jangan pula tanya kehidupan aku bagai

Ia juga kosong seperti lainnya

Ya Tuhan, kenapa perasaan ini ada

Aku tidak menyalahkan takdir Kau

Aku cuma bertanya mengapa ia terjadi

Andai Kau rasa hambamu ini kuat

Berikan kekuatan itu dan isi segala kekosongan 

Dia terumbang ambing mencari punca

Sedangkan ombak boleh membawa seseorang itu ke darat

Tapi aku, masih hanyut tanpa jumpa daratan dek kerana kekosongan itu

Tidak mengapalah, ketika menulis nukilan ini

Aku baru tersedar sesuatu.

Terima Kasih :)

Hati & MindaWhere stories live. Discover now