Kau memilih untuk pergi
Aku tidak pasti adakah ia pelarian atau;
Tiada lagi sayang untuk aku
Aku ingat aku sudah bersedia akan hal ini
Tapi ternyata aku masih hidup dalam kenangan
Kau pergi selepas menabur janji selamanya
Tapi ternyata tempoh yang dikatakan lama itu hanya sementara
Aku terkapai menanggung rindu tapi aku terima
Kerana itu keputusan kau
Kau memilih untuk pergi dari hubungan yang sudah lama kita bina dan jaga
Terima kasih kesayangan untuk 5 tahun ini
Kau tetap aku kenang