Bab 15

457 22 1
                                    

Red Rose dan Trouble Boyz sedang berehat di bilik rehat yang dikhaskan oleh mereka saja. Sebab apa? Dah pengetua dia abang Qhaira sendiri. Tengku Khairul Shafiq.

Flashback

"Perhatian kepada semua pelajar. Sila berkumpul di dewan sekarang. Saya ulang, sila berkumpul di dewan sekarang, sekian terima kasih." Kata Cikgu Nazim melalui microphone itu.

"Jom lah berkumpul weyh." Kata Alyana lalu Red Rose dan Trouble Boyz keluar dari kelas itu.

Setelah semua berkumpul di dewan, seberapa cikgu-cikgu berada di atas pentas bersama seorang manusia yang sangat dikenali oleh Red Rose dan Trouble Boyz.

"Assalamualaikum semua. Saya selaku pengetua sekolah ini ingin memberitahu bahawa saya akan meletak jawatan saya sebagai seorang pengetua. Maklumlah dah tua, tak larat dah nak berkerja. Jadi saya akan melepasi jawatan ini kepada seseorang yang layak. Tanpa membuang masa, dipersilakan Khairul Shafiq, selaku pengetua baru!" Selesai ucapan itu tepukkan bergema di ruang dewan itu.

"Hello assalamualaikum. Saya Khairul selaku pengetua baru di sekolah ini ingin berterima kasih kerana sudi melantik saya jadi pengetua baru kamu semua. Saya berharap kamu semua boleh bagi kerja sama dan mengalu-alukan kehadiran saya di sekolah ini." Kata Khairul lalu memberi senyuman. Menyempat Khairul mengenyit mata kepada Red Rose dan Toubles Boyz

Membuntang mata Red Rose dan Trouble Boyz.

"Weyh dia kenyit mata kat aku doeh!"

"Eh kau perasan, dia kenyit kat aku lah!

"Pengetua baru tu hensem weyh."

"Omg my new crush!"

"Dia aku punya! Jangan berani nak rembat."

"Tak ada lah! Itu aku punya!"

Qhaira menjeling bila mendengar bisik-bisikan itu. Itu abang aku woi! Sesedap abcdefg je nak claim abang aku tu korang punya!

End flashback.

"Tak sangka kan Abang Khairul jadi pengetua sekolah ni." Kata Alyana sambil bermain dengan Phone nya

"Ye dowh, know know abang Khairul jadi pengetua." Celah Fathia pula.

"Ha Red Rose and Trouble Boyz. Elok jugak korang semua berkumpul dengan sini, senang abang nak bincang dengan korang." Sampuk Khairul yang baru masuk didalam bilik itu, diikuti Qhaisara.

"Ouh patut lah korang semua tak ada dekat kelas, ponteng kelas rupanya. Nanti akak potong markah korang baru tahu." Bebel Qhaisara lalu duduk disofa yang sediakan didalam bilik itu.

"Eish Kak Sara ni, bukannya selalu." Kata Qhaira lalu mencebik.

"Ntah kak, bukan selalu kitaorang nak ponteng. Bosan jugak jadi pandai ni." Celah Ammar sambil tangannya memegang pen lalu dipusingkan pen itu.

"Bosan otak ko. Sebelum peluru masuk dalam kepala kau baik kau diam." Ugutan Qhaisara membuatkan Ammar tersengih kerang busuk.

"Kasar betul Akak bergurau." Kata Sabrina yang duduk disebelah Qhaira.

"Tu bukan bergurau, memang peluru hampir terkena dekat kepala si Am- woi apasal kau ni?!" Belum sempat Khairil menghabiskan kata-katanya Ammar menekup mulut Khairil.

"Woi lepaskan mulut aku bodo!" Marah Khairil lalu menepuk tangan Ammar. Ammar memberi amaran melalui jelingan. Baru Khairil sedar yang dia hampir nak terlepas cakap.

Only you, Mr. Badboy (SU)Where stories live. Discover now