"Haa?" Suara nyaring jejaka di hadapan aku ini kedengaran bergema-gema di gegendang telinga aku. Aku yakin, ni dia!
"Mashi? Kau kan? Err, ke saya salah orang?" Aku garu-garu kepala sekejap, boleh je jadi aku ni sudah tersilap langkah eh tersilap orang. Punyalah keyakinan diri tahap bangunan KLCC, tengok-tengok tersalah orang. Eh, malulah gila!
Jejaka di hadapan aku masih lagi terkebil-kebil dengan matanya yang agak berkaca. Giginya yang kelihatan seperti gigi hamster terjojol keluar dari mulutnya yang agak menggeletar efek daripada menangis tadi.
"Err, ya saya?" katanya. Sekejap dia menoleh ke kiri dan ke kanan, dia pandang aku atas bawah.
"Saya kenal awak ke? Awak kenal saya ke?" tanyanya, walaupun dua soalan itu mempunyai konteks yang sama tetapi berbeza susunan.
"Saya Yeeun. Awal kenal Yeeun? Ome TV?" Aku cuba memberi petunjuk, manalah tahu si Mashi ni ada terhantuk kepala di mana-mana sehingga amnesia sekejap.
"Yeeun? Seriuslah?" Suara nyaringnya meninggi tanda terkejut, matanya yang sudah sedia bulat seperti mata rusa terbeliak luas. Kedua-dua tapak tangannya ditekapkan di pipi, seperti emoji orang terkejut yang ada di papan kekunci aplikasi WhatsApp.
"Ya, ni akulah!" Kotak polistrin diletakkan di atas bangku sebelah Mashi. Mask yang dipakai tadi aku turunkan hingga ke bawah dagu, mungkin sebab dia nampak mata aku je kot tu yang susah sikit nak kenal pasti. Biasalah apabila semua orang pakai mask, semua nampak lawa dan tampan (walaupun sebenarnya takdelah macam tu pun)
"Haa Yeeun! OMG!" Tiba-tiba Mashi melompat dari duduknya, dia melompat dari girang macam tiada apa-apa benda sedih yang berlaku sebentar tadi walaupun hakikatnya dia menangis keluar air mata yang sememangnya boleh ditadah pakai besen.
Mashi, dalam keterujaannya mendepakan tangannya ingin memeluk aku tetapi aku cepat-cepat tolak. Aku pun teruja juga tetapi tiadalah sampai tahap ada physical touch sebab tak selesa, lagipun kami berlainan jantina. Lagi bertambah-tambah rasa tak selesa aku err saya tidak benci lelaki ya!
"Eh sorry Yeeun err aku tak sangka kita dapat jumpa depan-depan!" katanya, dia menggigit kuku. Rasa serba-salah kot sebab cuba-cuba nak peluk aku tadi.
Mask tadi aku betulkan semula. Cukup Mashi tengok muka aku yang separa hodoh ni (tak boleh cakap hodoh sebab aku tetap merasakan aku lawa tetapi SIKIT JELAH).
"Aku pun tak sangka! Rupanya kita ni duduk dekat je! Bolehlah jumpa depan-depan lepas ni!" Jujur aku cakap aku teruja sebabnya dapat jumpa dengan kawan online yang aku tak pernah pun terfikir aku akan jumpa suatu hari nanti.
"Tulah tu! Bolehlah kita lepak sama-sama nanti! Eh, kau buat apa kat sini?" tanyanya sebelum melabuhkan punggung di bangku semula. "Kau buat apa bawa kotak polistrin ni? Buat kerja amal ke?" Dia terkekek-kekek ketawa, apa yang kelakar pun tak tahulah. Cuba korang cari mana kelakar itu.
"Aku bagi burger kat orang-orang sini. Kau pula kenapa kat sini, dahlah menangis pula tu! Tak malu ke orang rakam kau lepas tu viralkan kat Tiktok?"
"Burger?" Serentak dengan itu, kedengaran bunyi Mashi menangis tersedu-sedan. Pipi yang masih terpalit air mata yang baru nak kering kini basah semula. Empangan air mata yang baru sahaja mahu berhenti kini beroperasi semula.
Aku gelabah sekejap macam cari anak kucing hilang. Ah, sudah! Nanti ada orang ingat aku nak culik dia ni, payah pula nak jelaskan. Aku mention burger je pun, dia punya menangis macam aku cakap tahun ni tak jadi raya pula.
"Eh eh, Mashi! Kenapa kau nangis ni? Cuba bagitahu," kata aku, separa memujuk. Dengan aku-aku sekali ikut rasa sedih tengok si Mashi ni menangis bersungguh-sungguh.
Aku pula memang jenis tak boleh tengok orang nangis, dengan aku sekali join korum menangis berjemaah.
"Uhuk aku uhuk err arghh." Hanya itu sahaja yang keluar dari mulutnya, butir-butir perkataannya kurang jelas.
Kotak polistrin diletakkan di tepi bangku, aku ambil tempat di sebelah Mashi. Aku nak pegang bahu dia tetapi aku rasa macam tak perlu. Nak peluk untuk tenangkan dia? Tak nak tak nak! Modal aku sekarang pakai air liur jelah.
"Takpe takpe, take your time gitu err," kata aku. Aku garu kepala sekejap, entah apalah aku nak buat untuk melayan karenah si Mashi yang agak turun naik turun naik serupa rollercoaster.
Kotak polistrin tadi dibuka, burger terakhir aku terletak elok di tengah-tengah kotak itu. Baru sahaja tadi aku nak makan tetapi niat baik aku itu terbantut disebabkan si Mashi ni. Kalau tak, dah lama burger tu masuk dalam perut aku dan seterusnya ke usus besar, usus kecil dan err organ lain. Tak perlulah detail, ini bukan kelas Sains.
Cukuplah penulis buku ni pernah dikomen, yang mengatakan buku tulisannya dah seakan-akan buku teks Sains. Risau dibuatnya, penulis buku ini hanyalah seorang kentang, bukan ahli akademik.
Burger itu dicapai. Aku pandang burger itu bersilih-ganti dengan muka Mashi yang merah padam dengan air mata bersememeh. Belum dicampur hingus yang mengalir turun dari hidung.
Walaupun situasi ini agak kelakar, memilih untuk gelak adalah satu pilihan yang tidak sesuai buat masa sekarang.
"Mashi."
Mashi pandang aku, dia cepat-cepat keluarkan tisu dari poketnya lalu dilap mukanya, malu mungkin. Dia angkat kening tanda 'kenapa?'.
"Nak burger tak? Aku buat." Burger itu dihulurkan kepada Mashi. Mashi menggeleng-geleng lemah, badannya membongkok sedikit, dia bermain-main dengan jarinya.
"Aku trauma dengan burger," katanya perlahan, dengar macam tak dengar je. Memang nampaklah riak sedih yang keterlaluan terpapar di wajah comelnya.
"Trauma? Pft–" Aku cepat-cepat tekup mulut aku, tak baik betul aku gelakkan orang!
Tetapi apabila difikirkan balik, tak rasa kelakar ke orang trauma dengan burger? Apa salah burger?
"Tak baiklah kau ni! Aku serius tau!" Mashi membentak, tangan disilangkan. Mulut muncung serupa itik. Memang geram betul dia ni, bukan main-main atau gurauan.
"Mana ada aku gelakkan! Aku nak bagi burger ni, sebab aku ikhlas tahu tak? Anggaplah ni hadiah pertama aku untuk kau sebagai tanda persahabatan." Tangan Mashi ditarik sebelum burger bulat itu diletakkan atas tapak tangannya.
"Yalah yalah! Rezeki jangan ditolak," katanya sambil membuka bungkusan burger itu. Aku tersenyum senget. Hek eleh, cakap jelah nak, ni drama bagai sampai cakap trauma dengan burger.
"Kenapa ni? Kenapa kau nangis ni? Pelik betul aku, dahlah kita ni first time jumpa," kata aku, cuba mengorek punca di sebalik tangisan misteri Mashi.
Mashi senyap, dia masih sibuk membuka pembalut bungkusan burger itu. Dia menggigit burger itu perlahan sebelum dikunyahnya laju umpama orang tak makan seminggu.
"Kau janji eh..." Tiba-tiba sahaja dia memandang aku yang duduk di sebelahnya. Jari kelingkingnya diunjukkan.
"Kau jangan gelak bila dengar cerita aku. Kau dahlah suka gelakkan aku kalau aku cerita kat kau dalam phone!"
Aku tahan gelak, hati tisu betul! Jari kelingkingnya aku sambut dengan jari kelingking aku, tanda janji walaupun aku takdelah serius pun.
Mashi angguk-angguk, tanda puas hati. Pipinya Kembung dengan burger yang masih lagi dikunyah.
"Okay, ceritanya macam ni..."
-----
Aku tulis Mashi sebab Yeeun ni dia kenal Mashiho as Mashi je k, aku harap korang tak ingat Mashi tu Mashitah ke Mashirah ke bukan boleh percaya korang ni HAHAHAH
YOU ARE READING
• hamburger • takata mashiho
Fanfiction(slow update) Aku tak kira, burger tepi jalan juga yang paling sedap dalam alam semesta ni! © Takata Mashiho/ Mashiho TREASURE's fanfic @xxybaexx « TREASURE SERIES » 9 Start: 2022/01/01