× 13 ×

80 25 3
                                    

"Macam mana? Okay tak?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Macam mana? Okay tak?"

"Sambutan yang hangat! Budak-budak kat taman tadi siap kejar Yeeun sebab nak cakap burger resepi oppa ni sedap!" kata aku tersengih-sengih, hidung kembang-kuncup macam cendawan kena air hujan apabila teringatkan kembali insiden kat taman tadi. Bangga ni!

Aku bersandar pada sofa yang kurang empuk itu. Kaki digoyang-goyangkan, tanda senang hati dengan peristiwa yang berlaku hari ini. Selain aku dapat mempromosikan burger, aku berjumpa dengan kawan yang aku kenal secara online sekian lama. Gila kau tak teruja? Mestilah gembira beb!

Tangan aku mengusap sofa usang yang tunggu masa nak patah kakinya itu. "Takpe takpe, kau tunggu sikit je lagi, business aku dah maju meletup kebaboom nanti, aku beli sofa baru muahahah," kata aku sendirian, masih lagi tersengih-sengih. Ni kalau letak cermin depan muka, mesti hodoh. Tak payah tengok cermin pun aku tahu dan sedar diri.

"Baguslah kalau macam tu. Mudah orang nak tahu kewujudan gerai burger kamu nanti. Nanti nak berniaga tu, berniaga elok-elok. Yang penting kena jujur," sambung Mak Cik Han sambil meletakkan secawan air teh serta sepinggan kecil berisi kek pisang yang sudah dipotong di atas meja kopi.

"Makan ni dulu, selepas tu baru naik mandi semua. Nanti mak cik siapkan makan malam," kata Mak Cik Han sebelum berlalu ke dapur.

Aku hanya menghantar kelibatnya sehingga hilang di sebalik dinding dapur. Air teh dihirup, sepotong kek pisang masuk ke dalam mulut aku.

"Sedap," kata aku sendirian.

-----

Mashiho, nanti aku bagitahu tau pasal yang kau nak tolong aku jual burger tu. Aku tak fikir lagi but don't worry, aku tak bagitahu last minute hehe

Mesej itu dibaca oleh Mashiho sambil mulutnya sibuk menggigit piza di tangannya. Laju giginya mengunyah, memang tak jauh beza dengan hamster.

"Tapi kan–" Mashiho berfikir sejenak, phone yang tadi ditilik diletakkan di dada. Matanya terkelip-kelip seketika.

"Aku dikira mengkhianati bos ke sebab tolong orang lain jual burger tapi burger kat restoran pun aku tak boleh masak elok-elok?"

Pemikiran yang datang secara tiba-tiba itu membuatkan kilang air mata Mashiho kembali aktif. Dia jadi ragu-ragu ingin meneruskan janjinya dengan kawan barunya itu. Lagipun, dia tengok Yeeun bersungguh mengajaknya, jadi dia tak sampai hati nak tolak.

"Tak! Aku bukan pengkhianat! Aku bukan pembelot!" jeritnya sendirian tanpa sedar, hampir-hampir sahaja piza di tangannya terpelanting.

"Mashiho! Mashiho, buka pintu ni sekarang!" Bunyi pintu diketuk bertalu-talu macam nak roboh menyedarkan kembali Mashiho yang umpama orang hilang kawalan itu.

Cepat-cepat Mashiho berlari ke pintu. Dia tahu suara siapa di sebalik pintu itu. Kalau dia tak buka, memang tercabut pintu rumah dia malam ni.

"Woi, kau kenapa ni terjerit-jerit macam orang gila? Ada perompak masuk rumah kau ke?" tanya Junkyu dengan riak wajah cemas bercampur marah. Jihoon di sebelah pasang muka serius sambil pegang plastik makanan.

"Err, mana ada aku jerit err ada lipas terbang tadi! Haa, lipas terbang, aku tak tipu!"

"Ya tahu, lipas terbang. Takkanlah berenang pula? Dahlah, kitaorang nak masuk ni," kata Jihoon. Belum apa-apa lagi dia dah buka kasut dan melangkah masuk.

"Oh, ingatkan ada orang jahat ke apa. Yalah, kau kan kaya, boleh je kena rompak." Junkyu mengurut-urut dada, dia kembali tenang selepas mendengar jawapan Mashiho tadi. Dia juga masuk ke dalam rumah kawannya itu.

Mashiho sekadar tersengih-sengih, malu juga dia kalau nak mengaku perkara sebenar. Pintu rumah ditutup rapat sebelum berlari ke arah Jihoon dan Junkyu dah buat gaya macam kat rumah sendiri.

-----

• hamburger • takata mashiho Where stories live. Discover now