telefon ada kat dalam buku di sebelah
telefon dalam bilik abang. Kalau nak makan
apa-apa ambil sahaja kat dapur dan buatlah
macam rumah sendiri." Tak lama akupun
belah.
Keesokan harinya pagi lagi aku dah sampai.
Selepas membuka pintu, aku lihat tiada
perubahan. Nampaknya tak ada orang bangkit
masak air pagi ni. Aku terus menuju ke
bilik anak tapi tak ada orang juga. Mana
perginya budak Sherry ni? Aku terus ke
bilik bacaan. Aduhai kesian dia tertidur
depan komputer. Agaknya menaip sepanjang
malam dan screen saver komputer masih
terpasang menandakan si pengguna telah
agak lama juga berhenti mencuitnya.
Aku menghampiri Sherry. Pertama kali aku
dapat melihat Sherry tanpa tudung kepala.
Rambutnya panjang dengan alun-alun ikal.
Tidak begitu hitam tapi lebih keperangan.
Aku bercadang untuk mengangkatnya ke bilik
tidur anak tapi kesian juga mungkin dia
baru tidur.
Aku kemudian ke dapur memasak air dan
menyediakan breakfast ala American
(sebenarnya breakfast ala depa ni paling
mudah nak disediakan). Setelah siap aku
mengangkatnya ke bilik bacaan dan
meletakkannya di atas meja besar. Aku
kemudian menggerakkan Sherry supaya bangun

YOU ARE READING
Empat Anak Dara
RomantizmMenceritakan empat orang gadis yang tinggal bersama sepasang suami isteri , si isteri bekerja sebagai doktor di hospital dan selalu mendapat kerja malam dan tidak dapat pulang ke rumah , kita dah tahu apa akan jadi.....