Angin bertiup kencang,
Menggoyangkan loceng beranda,
Lembutnya membuai diri,
Terbang di awangan,Tuhan,
Jujur,
Aku lebih rela sakit dari menoreh luka yang baru sahaja tertutup,Jujur tuhan,
Jalan ini yang aku pilih,
Untuk terus berada di tapak yang sama,
Untuk terus berusaha mengubat luka sendiri,
Untuk terus membaiki kesilapan lalu,Walaupun aku perlu mengheret kaki demi sebuah perjalan singkat ini,
Akan aku lakukan,
Walaupun aku terus di hentam ujian mu, yang adakala meluka tubuh ku,
Akan tetap aku teruskan,
Kerana aku tahu,
Disebalik semua ini,
Ada kau yang memujuk ku tanpa lelah,
Tak mengapa tuhan ada,
Memujuk dengan caranya tersendiri,