Duhai bayang,
Apa khabar agaknya dirimu di sana?
Baik-baik ke kau di atas?
Aku harap kau akan baik-baik sahaja.
Kerana aku tidak mampu lagi memerhatikan mu seperti lalu.
Mata aku sudah tidak mampu lagi melihat tetapi telinga aku masih mampu mendengar.
Ingin sekali aku melihat mu lagi, di hari-hari yang kian berlalu. Seperti dahulu, meski pun hanya dari jauh.
Bayang,
Maafkan aku untuk seribu luka yang hadir,
Maafkan aku untuk seribu rasa yang tidak diundang,
Maafkan aku juga bayang!
Aku lupa yang, bayang hanya akanhanya satu ada di kala cahaya menjelma.
Terima kasih.