Tuan,
Setelah berkali-kali aku fikir dan mengalah, hari ini aku bertekad.
Urusan kita sudah selesai, tiada lagi sisa yang tinggal antara kita. Yang ada hanyalah sebuah rasa asing untuk mu.
Terima kasih kerana datang.
Kau banyak mengajar aku erti sebuah sayang dan penghargaan,
Kau banyak mengajar aku erti sebuah keikhlasan abadi.Tuan,
Hari ini aku lepaskan kau dari hati aku, tidak pernah aku lupa tuan. Bahawa dahulu aku katakan, yang tidak mungkin aku melepaskan kau pada yang lain.Namun kau memilih sebalik.
Tak mengapa.
Tuhan ada. Memujuk aku dengan caranya sendiri.
Pergilah tuan.
Pergi dan jangan kembali.Pastikan kau lebih baik dari sebelum ini.