Part 1

703 34 1
                                    

hi! kan aku cakap yang aku nak buat dalam dialog kan? i think i want to make it in essay ^^ (essay :P) enjoy reading!

TIARA P.O.V

harini aku keseorangan lagi. boring betul duduk kat villa besar macamni sorang sorang. Yang lain dah pergi melepak kat luar dah.. bukan nak ajak aku. tapi, aku rasa kalau ajak aku pun aku takkan naknya..

Aku membancuh air milo lalu dibawa ke bilik. Langkahku terhenti apabila melihat sebuah bilik yang menarik perhatianku. Bilik ini seperti bermisteri. Aku benar benar ingin mengetahui apa yang ada di dalam bilik ini.. Dengan langkah yang perlahan, aku segera menapak menuju ke bilik itu. Tombol pintu bilik aku capai. Ah! berkunci! hampa harapanku ini! Tanpa berlengah lagi aku masuk ke bilikku semula untuk menyiapkan assignment yang tergendala.

NOBODY P.O.V

"ahh penatnya lah joging kat luar ni!" jerit Fyra sambil meregangkan badannya di atas sofa.

"tulah pasal! habis hitam muka aku yang putih ni.." kata Erda sambil mengelap peluhnya yang langsung tiada. Zoe mencebik.

"kau tu bukannya lari pun! asyik nak merungut je dari tadi! menyampah! menyampah tahu tak!" perli Zoe. Erda pandang kerek.

"daripada aku ada perangai jantan macam kau, baik aku jaga kulit aku." jawab Erda dengan bongkak. Zoe menyinsing lengan bajunya.

"kau pikir kau tu bagus sangat ke?! jangan sampai buku lima aku ni kena kat muka kau, habis hilang gigi kau tu tahu tak!" ugut Zoe sambil mengacu kan penumbuknya kepada Erda.

"hishh sudah sudah lah bergaduh tu.. ni haa, aku buat air sirap untuk kita berlima.. mana Tiara ni?" celah Mya sambil membawa masuk dulang berisi air sirap. Fyra meloncat kegembiraan lalu mencapai cawan yang berisi air lalu diteguk sehingga habis. Erda menjeling Zoe yang sedang memandangnya tajam. Dia terus mengambil air sirap lalu meneguknya.

"aku nak pergi panggil Tiara." kata Mya lalu beredar dari situ. Erda menjeling Zoe penuh benci. Sakit sungguh hatinya melihat wajah kasar Zoe itu.

"Tiara.. jom minum.." panggil Mya sambil mengetuk pintu bilik Tiara. Tiara membuka pintu bilik.

"ada apa ni?" soal Tiara. Mya menarik tangan Tiara keluar. Tiara hanya menurut.

"Tiara! kau ni kan! selekeh betul lah! sakit mata aku tengok kau tahu tak!" kritik Erda. Tiara diam. Dia mencapai cawan air sirap.

"kau pikir kau tu lawa sangat ke hah pompuan?! aku tengok pun dah naik muak tahu tak!" tengking Zoe.

"daripada kau tu! perangai tak serupa perempuan! baik pergi tukar jantina lah bodoh!" jawab Erda. Zoe berdiri. Leher baju Erda segera dicekak. Erda menjerit jerit.

"haihh sudah lah tu! korang ni kan asyik gaduh je tahu tak! tak boleh ke aman damai sikit rumah ni tanpa sebarang pergaduhan?" tegur Mya. Dia meleraikan tangan Zoe yang memegang leher baju Erda.

"untuk pengetahuan kau, rumah ni akan aman tanpa pergaduhan kalau tak ada mulut longkang macam pompuan nih! arghh! sakit mata aku tengok!" jerit Zoe. Dia menghempaskan cawannya ke meja lalu beredar masuk ke biliknya. Mya menggelengkan kepala.

"Tiara! jom tengok cerita ombak rindu nak?" Fyra bersuara. Dia menarik narik tangan Tiara. Tiara mengangguk lalu mengikut Fyra menuju ke ruang tamu..

-SKIP-

Erda bersiar siar di villa kaca. Rakan rakannya yang lain ada kelas di kolej, yang berada di rumah hanyalah dia dan Zoe sahaja. Daripada melepak dengan Zoe yang menyakitkan hati tu, baik dia bersiar siar!

Sedang Erda berjalan, tanpa dia sedari, dia telah terpijak batu tajam yang tercacak di atas tanah itu. Erda mengerang kesakitan. Tiba tiba dia ternampak kelibat seorang wanita bersama seorang kanak kanak sebelum rebah tidak sedarkan diri.

Villa's Story.Where stories live. Discover now