Part 3

423 31 0
                                        

Zoe telah dibawa pergi ke hospital dengan ambulans bersama Fyra. Mya terduduk lemah. Dia memicit kepalanya.

"Mya. kita nak buat report polis ke pasal Erda tu?" soal Tiara. Dia memicit bahu Mya perlahan.

"aku tak tahu Tia. aku kena tanya Erda dulu." jawab Mya. Tiara mengangguk. Dia menarik tangan Mya menuju ke bilik Erda. Kelihatan Erda sedang terbaring lesu di atas katil queennya. Dia masih tidak sedarkan diri.

"Erda.. sampai hati kau buat Zoe macamni. kau tak sedar ke yang dia tu kawan kita?" rintih Mya. Air matanya mengalir mengenang nasib Zoe yang dibunuh sebegitu kejam. Tiba tiba mata Erda bergerak gerak. Dia membuka matanya perlahan.

"kau siapa? kau.. kau siapa?!!" jerit Erda sebaik sahaja melihat wajah Mya dihadapannya.

"Erda, aku Mya lah. kawan kau." jawab Mya. Dia berasa hairan. Nak kata Erda ni berpura pura, mukanya memang keliru.

"aku takde kawan nama Mya. waaa tolong aku.. tolong.." lolong Erda sambil menangis nangis. Mya dan Tiara berpandangan sesama sendiri. Tiba tiba Erda ketawa terbahak bahak.

"kau main main dengan aku ea? weh jangan lah main main aku series lah." kata Erda. Dia memandang Mya dengan pandangan meminta simpati. kemudian dia menangis halus. Tiara menarik tangan Mya keluar.

"weh. apa kena dengan Erda tu weh? dia dah gila ke?" bisik Tiara.

"aku tak gila lah woi! aku tak gila!" jerit Erda. Kemudian dia tertawa sendiri sambil cuba memanjat manjat dinding.

________________________________

Majlis pengebumian Zoe baru sahaja selesai.

"Mya.. kita pindah dari sini ek?" pinta Tiara. Mya mengerutkan dahinya.

"buat apa nak pindah? kau tak bersyukur ke hah dapat rumah yang besar ni?! tak cukup lagi ke?!" marah Mya.

"masalahnya kau tengok, Zoe dah mati, Erda dah gila! kau nak yang lain pun mati kat rumah ni ke hah?!" balas Tiara. Mya terdiam. Dia memicit kepalanya. Melihat kebisuan Mya, Tiara menarik tangan Mya menuju ke biliknya. Dia menyerahkan sebuah diary kepada Mya.

"kau baca yang aku dah tandakan ni!" arah Tiara dengan tegas. Mya menyelak helaian buku itu. Selepas membacanya, diary itu terjatuh dari tangannya. Dia terjelepok.

-FLASHBACK-

Tiara masuk ke dalam bilik misteri itu. Bilik itu kelihatan sunyi dan gelap. Tiara mencari suis lampu lalu memetik suis lampu itu. Serta merta lampu terbuka. Bilik ini merupakan bilik seorang kanak kanak perempuan kerana terdapat anak patung yang banyak di atas katil berwarna merah jambu. Dia memandang sekeliling bilik itu. Matanya tertancap pada sebuah meja belajar yang kecil. Tiara menuju ke arah meja itu lalu menarik laci meja itu. Terdapat sebuah buku nota usang yang tercatat perkataan 'DIARY ASLAN' di kukit buku itu. Tiara menyapu habuk di kulit buku itu lalu terus menyelak helaian buku itu. Kebanyakkan benda yang tidak menarik. Tiba tiba matanya terhenti pada satu catatan.

2 APRIL 1998

Aku tak boleh bertahan lagi. Wajah Leen betul betul menyerupai wajah Luna yang cukup aku benci tu. Aku benci melihat wajahnya.. aku benci.. AKU BENCI! AKU MESTI BUNUH DIA MACAM AKU BUNUH LUNA TAK GUNA TU!!

Tiara menyelak muka surat sebelahnya. Dadanya berdebar debar. Bunuh?

5 APRIL 1998

Hatiku puas. Cukup puas. Akhirnya budak yang menyerabutkan hati aku selama ini telah mampus mengikut ibunya. Hahahahahaha! aku puas!! Tapi.. kejadianku diketahui oleh Redza. apa yang aku nak buat ni?

7 APRIL 1998

Redza juga telah aku bunuh.. Walaupun dia banyak kali merayu dan berjanji supaya benda ini dirahsiakan, namun aku langsung tidak percaya! Kini, aku telah bunuh tiga orang! tak apa kan?

Tiara terkedu. Bunuh tiga orang? di rumah ini? Tangannya menggigil. Diary itu berakhir di situ sahaja. Dia membawa diary itu ke biliknya. Sebelum itu dia mengunci bilikmya dahulu. perkara ini harus diberitahu kepada rakan rakannya yang lain..

-FLASHBACK-

"sebenarnya sepupu aku yang aku sangka mati kemalangan sebenatnya mati dibunuh?" rintih Mya dengan perlahan.

"uncle redza yang selama ni aku sangka berhenti kerja juga dibunuh?"

"makcik Luna yang aku fikir dah curang dengan pakcik Aslan pun dibunuh jugak?"

"ketiga tiga orang yang aku sayang dibunuh oleh.. pakcik Aslan?"

Mya menangis semahu mahunya. Tiara menangkan Mya dengan memeluk tubuh sahabat seorangnya itu.

"aku yakin roh mereka tak tenang. salah satu daripada ketiga tiga roh tu rasuk Erda sampai dia bunuh Zoe." kata Tiara. Mya menangguk lemah.

"ade satu benda lagi yang mencurigakan.. Mya.. boleh tolong aku tak?" kata Tiara. Mya mengangkat mukanya. Air mata yang mengalir diseka.

"apedia?"

_________________________________

Rancangan berita gempar dengan penemuan rangka manusia di villa milik keluarga Mya. Pihak polis kini sedang menyiasat kes ini. Didapati bahawa mangsa dibunuh dan ditanam bertahun tahun yang lalu. Kini, rangka itu telah ditanam di tempat yang sepatutnya.

Mya mengemaskan barang barangnya. Atas desakan Tiara, dia bersetuju untuk pindah ke rumah lama mereka.

Erda telah dihantar ke hospital sakit jiwa kerana penyakit sakit jiwanya semakin serius. Fyra pula masih bersedih di atas kematian Zoe. Tak sangka gadis periang ini akan bersedih sebegini rupa.

"Mya.. dah siap ke? jomlah.." kata Tiara. Mya mengangguk lalu menghabiskan lipatan baju terakhirnya lalu dimasukkan ke dalam bagasi. Dia menarik bagaai itu keluar.

"Tiara.. fyra.. jom." ajak Mya. Tiara dan Fyra mengangguk. Mereka keluar dari villa itu lalu menuju ke kereta.

Jika dulu, mereka sering bergaduh kerana ruang kereta yang sempit tetapi kini, sunyi hanya menemani ruang di antara mereka.

Mya mengundurkan keretanya lalu keluar dari perkarangan villa itu.

"selamat tinggal villa berhantu. aku tidak akan menjengukmu lagi."

-TAMAT-

hello! a very very thank you for my readers yang dah baca cerita aku ni sampai habis. Terima kasih juga yang sudi vote cerita aku ni! I really really appreciate that.

Aku juga nak mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada Athirah bt. Muhd Hatta a.k.a sikatik yang berkongsi idea dengan aku. Aku harap kita boleh jadi novelis yang terkenal suatu hari nanti. hehehe :p

Baiklah, thanks for supporting me and my stories. Keep reading and voting yeah! byeee!

Villa's Story.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang