Part 2

389 30 3
                                    

"mana Erda?" soal Tiara kepada Mya ketika mereka bersarapan. Mya mengangkat mukanya.

"dia tidur. Pagi tadi, dalam pukul 3 pagi, Erda ketuk pintu bilik aku macam nak roboh. Bila aku bukak je, dia terus peluk aku sambil menangis. lepastu dia kata dia nak tidur dengan aku. Aku kasilah." Tiara mengerutkan dahi.

"dah habis! okaylah aku nak pergi kelas dulu! bye Mya! bye Tiara! Zoe, jom!" Fyra menarik tangan Zoe.

"ish kejap lah! aku nak habiskan makanan ni!" marah Zoe sambil menghabiskan mi gorengnya. Selepas habis, dia menaiki motor bersama Fyra menuju ke kolej.

_________________________________

"erda, harini kau tak ada kelas ke ?" soal Mya. Dia mengurut urut kaki Erda yang terbaring lesu di biliknya. Nak dikata Erda demam, badannya sejuk. Tetapi yang peliknya, walaupun badannya sejuk tetapi dia berpeluh peluh seperti berada di dalam sauna.

"Erda?" panggil Mya. Dia menggoyang goyangkan badan Erda.

"eish blah lah kau!!" marah Erda. Matanya mencerlung ke arah Mya. Mya menelan liur.

"kau tak apa apa ke huh Erda?" soal Mya. Dia cuba mencapai tangan Erda namun Erda menepis.

"aku kata blah, blahlah!! kau tak faham bahasa ke?!! tinggalkan aku sendiri!! tinggalkannn!!" jerit Erda seperti orang terkena histeria. Mya menapak selangkah ke belakang lalu keluar dari bilik itu.

________________________________

FYRA P.O.V

Arghh! bosannya!! rasa macam nak tengok ombak rindu pulaa. tapi, member aku yang lain semua dah tidur. ah, lantaklah! jom kita tengok tv!! yeahh!!

sebelum tu, kita buat lah milo. maklumlah, nak tgok ombak rindu kan. pekena milo yang best tu. lepas aku bancuh milo, aku pergi kat ruang tamu. Ruang tamu gelap je. maklumlah, pukul 2 pagi. semua dah tidur. Masa aku bukak tv, aku ternampak sepasang mata yang tajam memerhatikan aku. Aku mula syak bukan bukan. Namun aku buang syak wasangka itu lalu menonton televisyen dengan aman~

END P.O.V

Zoe mendengus. Dia memandang Fyra, Mya dan Tiara bergilir gilir.

"woi! korang ni tak boleh tolong senyapkan pompuan tu ke?! memekak tahu tak! daripada tadi menjerit memekak tak tentu arah! bising, bising!!" tengking Zoe.

"kau ni kan Zoe, tak boleh tegur orang elok elok ke? kalau tak boleh bersikap keperempuanan tu, hormat lah orang." kata Fyra dengan selamba. Zoe menjengilkan matanya.

"kurang ajar heh kau! kau fikir kau siapa hah?!! jangan sampai pelempang aku ni kena kat muka kau Fyra!!" jerkah Zoe. Fyra masih dengan muka selambanya.

"dah dah jangan gaduh.. apa lah korang ni.." tegur Mya. Dia menjeling ke arah bilik yang didiami Erda. Kedengaran Erda masih menjerit jerit di dalam bilik itu. Mahu saja dia menenangkan Erda tetapi gadis itu seperti tidak boleh dikawal. Seketika kemudian, jeritan Erda beransur ansur hilang..

"aku nak naik bilik dulu.." kata Tiara lalu beredar menuju ke biliknya.

________________________________

TIARA P.O.V

aku berjalan jalan di sekitar villa milik keluarga Mya. Terus terang aku katakan, aku cukup selesa tinggal disini. Namun, ada satu je perkara yang cukup cukup menyerabutkan hatiku.

Bilik itu. Yeah, bilik itu. Bilik berkunci yang benar benar bermisteri bagiku. Bilik itu seakan akan mempunyai rahsia dan aku mahu mengetahui rahsia itu.

Mataku tertancap kepada seketul batu yang tercacak tajam di tengah tengah laman villa. Pelik bin Ajaib bin Hairan! macammana batu macamni boleh berada di tengah tengah laman villa ini. Aku menuju ke batu tersebut. Bimbang akan keselamatan kawan kawan yang lain, aku terus menarik batu tajam itu. Apa yang hairannya, batu tajam itu terkeluar bersama sama sebuah kunci yang tertulis 'BILIK LEEN'. aku memasukkan kunci itu ke dalam poket lalu terus masuk ke dalam rumah. Ahh! baru teringat sesuatu! aku menuju kembali ke tempat batu tajam tadi lalu mencacakkan sebatang ranting. Batu tajam itu aku buang. Lalu, aku terus masuk ke dalam rumah.

-SKIP-

Aku menuju ke bilik misteri itu. Hatiku cukup kuat mengatakan bahawa kunci yang aku temui ialah kunci pintu bilik misteri ini. Aku memasukkan kunci ke dalam lubang kunci pintu lalu memulasnya. Ternyata tekaan ku tepat, pintu itu berjaya dibuka, aku pun masuk ke dalam bilik itu..

END P.O.V

___________________________________

"Mya.. aku rasa kita kena pindah dari sini." kata Tiara. Mya mengangkat keningnya.

"lahh, kenapa pulaa?" soal Mya hairan.

"villa ni berhantu.. kat villa ni ada kes pembunuhan. sumpah aku tak tipu weh!"

"ish kau ni.. merepek ajelah! mana ada keluarga aku terlibat dalam kes pembunuhan and one more, hantu mana wujud!" jawab Mya dengan nada sarkastik.

"betul wehh! aku cakap ni semua benda betul.. wehh, demi keselamatan kita semua, jom lah pindah rumah lama balik.." pujuk Tiara.

"kau sanggup ke tinggal kat rumag yang sempit, busuk, tu ?"

"sanggup asalkan keselamatan kita terjamin."

"ishh merepek ajelah kau. dah dah sana! aku nak basuh pinggan." Mya mengangkat pinggan yang kotor lalu dibawa ke sinki. Tiara mengeluh.

-SKIP-

Malam itu Erda meracau lebih teruk. Bilik berbunyi seperti orang terhentak pada dinding, lantai dan sebagainya. Walaupun rumah ini diperbuat daripad batu, namun bunyi yang terhasil dari bilik Erda memang cukup kuat.

"jom lah kita tengok Erda. aku risau ni." kata Mya.

"biar je lah perempuan tu. Biar dia mampus kat situ. menyampah. entah entah dia saja je nak perhatian kita." jawab Zoe. Dia cukup benci dengan Erda yang sengaja menarik perhatiannya.

PRANGG!

Kedengaran bunyi objek pecah dari bilik Erda. Mereka berempat berpadangan sesama sendiri lalu bergegas naik ke bilik Erda. Kelihatan Erda sedang terbaring di atas lantai. Matanya ke atas sambil mulutnya tercungap cungap.

"Erda! kenapa ni?" soal Mya dengan cemas. Dia memangku kepala Erda yang tercungap cungap itu. Erda memandang Mya dengan pandangan yang tajam lalu menolak tubuh Mya dengan kuat. Dia memukul mukul badan Mya sambil menjerit seperti orang yang terkena histeria. Yang lain menarik badan Erda dari Mya namun kekuatan Erda memang cukup kuat.

PANGG!

Kepala Erda berpusing sebaik sahaja ditampar Zoe. Matanya mencerlung ke arah Zoe. Dia terbayang lembaga yang sering menghantuinya setiap malam.

"aku benci tengok muka kau! aku bunuh kau!! bunuhhhh!!!" jerit Erda lalu menerkam Zoe. Dia mencekik leher Zoe dengan kuat. Tiara dan Fyra menarik narik badan Erda namun Erda masih lagi mencekik leher Zoe. Zoe menarik tangan Erda dari lehernya namun kekuatan Erda mengatasi kekuatannya. Dia tercungap cungap. Rontaannya semakin lemah lalu tidak bergerak langsung. Mata dan mulutnya terbuka. Mukanya membiru.

"Zoe! Zoe!" panggil Tiara lalu menggoncang goncangkan badan Zoe namun sudah terlambat, kini Zoe tidak bernyawa lagi.

"ARGHHHH!" jerit Erda sebelum pengsan tidak sedarkan diri.

"apa kita nak buat ni?" soal Fyra dengan cemas. Badannya menggigil. Tidak pernah dia sebegini cemas.

"kita kena call ambulans dulu." jawab Mya dengan lemah. Fyra mengangguk lalu beredar dari bilik Erda. Mya mengesot perlahan menuju ke arah tubuh kaku Zoe. Air matanya menitis perlahan. Dia memandang ke arah Erda yang tidak sedarkan diri itu. Dia tidak menyangka sama sekali yang Erda boleh membunuh Zoe dengan kejam.

"ada yang tak kena ni.."

Villa's Story.Where stories live. Discover now