☠bab sebelas

59 6 7
                                    

RIAN mendakap tubuh sambil menyandar tubuhnya di kerusi memerhati tingkah Irene dan Elyn sedang seronok menikmati hidangan makanan yang telah dipesan hampir 15 minit tadi.

"Mama Ren ada kat rumah?"

"Mama masih dekat New York. Ada urusan kerja."

Elyn hanya mengangguk kecil. Segelas air jus epal dicapai sebelum dia menyedut menggunakan straw.

"Hurm, kalau Elyn tidur kat rumah Ren, boleh? Lagipun Elyn kesian sebab Ren duduk seorang diri kat rumah."

Suapan Irene terhenti dan memandang Elyn. Serius wajah Si Elyn seperti mana dia memaknakan bicaranya. Tidak lama itu Irene mengangguk sebagai balasan. Tenang hatinya kalau Elyn jadi peneman sehingga pukul 3 pagi. Selama ini kalau mamanya berada di luar negara, dia tidak berani tidur lewat malam sehingga ke pagi. Segala aktiviti menonton drama, filem atau livestream mana-mana gamers tergendala seketika waktu.

Ketika itu Rian berdehem kecil. Mendengar hasrat Elyn membuat dia tidak senang duduk. Bukan apa, tidak larat telinganya ingin mendengar makian serta leteren Zacky terhadap Elyn. Semestinya Zacky akan marah adiknya itu yang mahu mengelat dari di soal petang tadi.

"Rian, you boleh balik. Esok you boleh ambil I. Tak pun suruh Zack je. Jangan risau I boleh call dia. Kalau dia membebel sampai 7 keturunan pun I tak kesah. Seriously i'm so fcking tired with him. Asal balik sini asyik nak ajak bergaduh je. Bukan bawa manfaat pun."

Rian mengeluh kasar sebelum bersuara. "Okey."

Dia pasrah. Bukan pasrah aje, dah dia memang malas lagi nak berkata.

"Thanks, Rian! Even though, I tak beberapa suka dengan perangai you... tapi you memang baik."

Irene yang mendengar pujian itu tersedak kecil. Nasib lah tak tercekik tulang ayam yang dia tengah makan. Silap-silap dia bermalam di hospital. Bertambah parah jikalau dia tercekik tulang dinasour bukan lagi bermalam di hospital, tapi terus duduk dalam tanah.

"Ren, are you okay?"

"Okey lah... sikit. Tapi rasa nak termuntah pun ada." sindir Irene penuh bermakna. Sindiran itu sebenarnya dituju kepada Rian yang sejak tadi memandangnya tidak puas hati. Mungkin lelaki itu menganggap dia tersedak tadi itu hanya lakonan semata-mata kerana terlalu menyampah.

"Nak muntah?"

Laju Irene menggeleng. "Tak jadi. Tengok muka orang tu kembang sekawah tak jadi pula nak muntah. Hilang juga selera nak muntah tu."

Elyn ketawa. Dia sudah faham apa yang dimaksudkan oleh Irene. Deep bethol.

"Rian memang baik. Kalau Irene layan dengan baik dia baik lah. Cuma Elyn tak suka perangai beku nak mati dia. Bukan beku je tapi bisu kadang-kadang. Macam ada gam gajah dalam mulut dia sampai nak cakap dengan orang pun susah."

Mata hazel Rian mencerlung tajam ke arah Elyn yang menayang wajah selamba dan rasa tak bersalah.

Elyn ketawa lagi. Kuat.

Irene tersenyum sinis. Setempek Elyn mengenakan lelaki donat beku dihadapannya ini. Kini suapan terakhirnya di suap ke dalam mulut. Namun dalam dia mengunyah tiba-tiba terasa belakangnya ditepuk kuat. Hampir membuat dia tersedak buat kali kedua.

"Woi, nyah! Kau makan tak ajak aku eh? Aku call banyak kali kau tak jawab jawab. Ko apahal? Aku ingat kau dah tak tau nak jawab telefon."

Irene mengetap gigi dengan geram.

Suara itu.

Dia kenal sangat!

"Isabella!" Naik satu oktaf Irene menyebut nama Isabella. Siapa lagi kalau bukan minah poyo sorang ni.

Si Dingin Jejaka MaterialWhere stories live. Discover now