BAB 4

90 4 0
                                    


''Home sweet home!'' jerit lelaki itu agak lantang.

Laura Danisya menekup kedua-dua belah telinganya sambil beristighfar di dalam hati. Hampir sahaja jantung dia melompat keluar.

''Kau dah kenapa, gila ke?'' soal Laura Danisya datar. Dia hanya memandang sekilas wajah lelaki itu. Tanpa menunggu lama dia terus melangkah membuka pintu utama rumah tersebut. Namun langkahnya terbantut.

''Suka hati akulah nak jerit. Rumah aku.'' balas Qarl Adem bersahaja. Namun matanya masih melilau melihat sekeliling rumah yang agak sunyi itu.

''Mama dengan papa mana? Kenapa sunyi sangat ni? Biasanya kalau aku balik sini mama lah yang paling excited. Harini takde siapa nak sambut kepulangan aku ke?'' soalnya hairan apabila sudah hampir 15 minit dia berdiri di pintu utama. Namun kelibat orang tuanya masih tidak muncul.

''Nampak sangat yang kau ni bukan orang penting. Sebab itu takde siapa pun yang nak sambut kepulangan kau.''ujar Danisya bersahaja. Sengaja dia memprovok lelaki itu.

Usai membuka pintu, mereka terus meloloskan diri ke dalam rumah itu. Qarl Adem memandang setiap inci rumah itu. Nampaknya tiada yang berubah selepas hampir 5 tahun dia meninggalkan rumah tersebut.

''Diorang takde outstation. Kau nak tahu lagi detail, cari tahu sendiri.'' ujar Laura Danisya datar. Dia terus mengatur langkah ingin segera berlalu dari ruang tamu itu. Tak betah dia duduk lama-lama dekat sini. Buat sakit hati je.

''Garang betul. Aku tanya je kan. But it's okay girl. Ada kau pun dah kira okey.'' tersengih-sengih Qarl Adem bila terpandang wajah cemberut gadis itu. Dia tahu pasti gadis itu sedang mengutuknya dalam hati.

''What ever! Tak kuasa aku nak layan kau. Lebih baik aku masuk bilik dari duduk sini hadap muka kau yang separuh siap tu. So.. pandai-pandailah kau hidup. Jangan kacau aku.'' ujarnya sambil mengatur langkah untuk mendaki anak tangga. Makin lama dia berdiri disitu, makin menyampah dia dibuatnya.

''Woi nenek kebayan! Insurans mulut kau dah expired ke? Suka hati kau je kutuk muka aku yang handsome ni. Dahlah mengutuk aku depan-depan. Kau saja kan nak cari gaduh dengan aku?'' Soal Qarl Adem sambil menahan geram. Belum sampai setengah jam lagi dia berada dalam rumah agam ni. Tapi hati dah makin panas dengan mulut adiknya yang tak seberapa nak manis tu.

'Aku yang handsome macam ni, boleh pulak dia cakap muka separuh siap. Oh kejamnya! Dia buta ke?

''Suka hati aku lah, mulut aku. Kau kisah apa!'' balas Laura Danisya pedas. Dia terus berlari menaiki anak tangga untuk ke biliknya di tingkap dua.

"Nasib baiklah aku ni penyabar orangnya. Kalau ikutkan hati ni nak je aku sental mulut dia dengan clorox. Biar semua ayat yang keluar dari mulut dia tu suci-suci belaka.'' Rungut Qarl Adem perlahan. Tanpa menunggu lama, dia akhirnya memutuskan untuk masuk ke biliknya juga.

" Woi.. Tolonglah aku angkat barang-barang ni!" pintanya pada gadis itu. Namun hampa gadis itu sudah selamat memasuki biliknya. Dia mendengus geram.

***********

''Tak guna! Kenapa susah sangat kau nak mati ye. Tak salah pun kau bagi aku menang.'' bebel Qarl Adem saat jari jemarinya tak henti menekan joystick miliknya.

Setelah hampir 2 jam dia menatap layar televisyen di hadapannya. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Dia mengusap perutnya sambil menatap jam di dinding yang menujukkan pukul 9 malam.

''Laparnya.. agak-agak minah tu masak ke tak ye? Kalau dia tak masak, aku nak makan apa? Dah lewat ni, takkan nak order online.'' rintih Qarl Adem. Kalau dia tak dapatkan makanan dalam kadar segera, dia boleh mati akibat kelaparan.

Tanpa menunggu lama, dia terus keluar dari biliknya dan menuju ke arah bilik gadis itu. Pintu diketuk perlahan namun tiada respon. Dia akhirnya memutuskan untuk memasuki bilik tersebut. Usai dia membuka pintu namun kelibat gadis itu tiada sehinggalah dia terdengar bunyi pintu bilik air dibuka.

Qarl Adem tergaman begitu juga gadis itu. Dia melihat gadis itu hanya mengenakan kain tuala separas lutut. Dengan rambut panjangnya yang masih basah dan mengurai itu benar-benar.... dia menelan liurnya dengan payah.

Ya Allah..! Apa benda aku mengarut ni.

Laura Danisya yang terkejut dengan kehadiran lelaki itu di dalam biliknya diam tak berkutik. Namun tak lama selepas itu, dia akhirnya tersedar sebelum menjerit kuat sambil membaling bantal yang di ambil di atas katilnya untuk menghalau lelaki itu keluar.

''Keluar dari bilik aku! Lelaki gatal!'' jeritnya kuat sambil tangannya lincah membaling bantal ke arah lelaki itu.

"Okey-okey. Sorry!'' ujar Qarl Adem sebelum melangkah keluar dari situ. Risau jika dia masih berada di situ gadis itu makin mengamuk. Dia menarik nafas kasar.

Laura Danisya menghembus nafas kasar. Namun tanpa menunggu lama dia terus mengatur langkah ke arah pintu biliknya lalu menguncinya. Kelakuan lelaki itu sungguh kurang sopan! Argh! Tak guna!

Usai gadis itu bersiap, dia terdengar pintu biliknya diketuk. Dia mengeluh berat.

''Kau nak apa?'' soal Laura Danisya dari dalam biliknya. Dia masih malu untuk berhadapan dengan lelaki itu mengingatkan kejadian sebentar tadi.

Walau bagaimanapun status mereka sebagai adik beradik hanyalah sekadar atas ucapan. Tapi bukanlah dari dasarnya. Jadi bila kejadian sebentar tadi terjadi. Maka ianya cukup memberi impak pada dirinya sebagai seorang gadis.

''Aku lapar. Kau boleh tolong masakkan sesuatu tak?'' pinta Qarl Adem cukup lembut. Harapnya gadis itu sudi untuk membantunya.

Laura Danisya mengeluh untuk kesekian kalinya.

"Kau order food panda jelah. Tak pun kau masak je meggi. Tu dalam kabinet bermacam jenis meggi ada. Kau pilih je nak yang mana. Aku banyak kerja ni.'' balasnya berdalih. Sebenarnya semua kerjanya sudah diselesaikan. Rancangannya apabila selesai mandi, dia akan ke dapur untuk memasak sesuatu memandangkan perutnya dari petang tadi lagi berbunyi. Tapi ianya langsung terbantut akibat kejadian memalukan tadi.

''Lambat lagilah aku boleh makan kalau order online. Aku dah lapar sangat ni. Kalau aku tak dapatkan makanan dalam masa setengah jam. Aku boleh mati kebuluran.'' ujar Qarl Adem lagi. Dia tak kira walau macam mana sekalipun dia tetap nak makan air tangan milik gadis itu.

'' Kau masak jelah meggi tu.'' saran Laura Danisya lagi.

''Aku tak nak meggi, aku nak makan nasi. Please Laura! Kau tak kesiankan aku ke?'' pinta Qarl Adem penuh mengharap. Dia sedikit mengundur ke belakang sebaik terdengar pintu di buka.

Laura Danisya menarik nafas cukup dalam dan menghembusnya. Dia mengambil tudung miliknya dan mengatur langkah untuk membuka pintu biliknya. Nampaknya lelaki itu tidak berputus asa untuk memujuknya.

Laura Danisya mengusap perutnya perlahan. Lapar!

"Ke tepi!"halaunya sebaik dia membuka pintu. Pandangannya disajikan oleh wajah sedih lelaki itu.

Tanpa banyak bicara, Qarl Adem terus beranjak dari situ memandangkan dia berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik itu. Kalini dia perlu bersikap baik. Risau jika gadis dihadapannya ini berubah fikiran.

"Kau nak makan apa?" Soal Laura Danisya sebaik mengatur langkah menuruni anak tangga.

"Tak kisah, asalkan nasi." Ujar Qarl Adem sambil mengikuti langkah adiknya.

Gadis itu hanya mengangguk perlahan. Dalam otaknya hanya ada menu nasi goreng. Kenyang apa kalau makan nasi goreng. Menu paling mudah dan cepat untuk siap.

"Kau nak aku tolong tak?" Soal Qarl Adem sebaik dia melihat gadis itu mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak.

"Tak perlu. Aku boleh buat sendiri." Ujarnya datar. Tangannya lincah mencuci bahan-bahan yang akan digunakan.

"Kalau macam tu, aku ke ruang tamu dulu lah. Nanti kalau siap kau panggil jelah." Katanya. Gadis itu hanya mengangguk sahaja.

Sebaik lelaki itu berlalu dari situ, Laura Danisya menghembus nafas berat. Mahu luruh jantung dia dibuatnya.



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA..
macam mana raya korban kalini, meriah tak? Banyak dapat daging?🤭

Thank pada yang selalu support😍

[OG] DESIREWhere stories live. Discover now