BAB 5

105 6 2
                                    


Dari ruang tamu sudah terhidu aroma nasi goreng. Tanpa menunggu lama, lelaki itu terus mengatur langkah ke ruangan dapur. Di atas meja sudah terhidang dua pinggan nasi goreng kampung. Fuhh! Aromanya memang betul-betul memukau. Serentak dengan itu, perutnya makin kuat berbunyi.

Laura Danisya sedikit terkejut dengan kehadiran abangnya yang tiba-tiba muncul. Dia memandang lelaki itu sekilas sebelum menyambung kerja membasuh peralatan memasak.

''Kalau lapar makan jelah.'' ujar Laura Danisya tanpa menoleh.

''Kau tak nak makan lagi ke? Ke kau tak sudi nak makan satu meja dengan aku?'' soal Qarl Adem sambil menarik kerusi keluar dari bawah meja. Sejenak dia menghidu aroma nasi goreng itu. Laparnya!

Gadis itu mengeluh perlahan. Entah kenapa tiba-tiba dia merasakan suasana janggal bila berhadapan dengan lelaki itu.

"Kau memang tak nampak ke atau buat-buat tak nampak?'' soal Laura Danisya datar. Dia menoleh sekilas memandang wajah lelaki itu.

Sejak bila lelaki di hadapannya ini suka berbual? Kalau dulu nak ajak berbual pun susah. Macam ada emas je dalam mulut tu.

''Aku tanya je. Manalah tahu kau memang dah tak sudi makan dengan aku. Tak apalah aku tunggu kau. Kita makan sama-sama.'' Ujar Qarl Adem memberi kata putus.

''Aku lambat lagi. Banyak lagi ni yang belum siap. Kau makan jelah dulu.'' Ujarnya cuba berdalih.

Qarl Adem menggeleng perlahan. Keras kepala betul.

''Please! Temankan aku. Dah lah mama dengan papa tak ada. Bik Ani pun tak ada. Siapa lagi yang nak temankan aku kalau bukan kau. 5 tahun kut kita tak duduk satu meja. Takkan kau langsung tak ada rasa rindu nak makan dengan aku.'' soal Qarl Adem lirih. Dia mempamirkan mimik muka sedih.

''Kau saja je kan!'' marah Laura Danisya sebelum melabuh duduk dihadapan lelaki itu. Nampaknya kali ni dia terpaksa mengalah. Lagipun tak kuasa dia nak melayan kerenah lelaki itu. Mengada!

Qarl Adem tersenyum senang. Dia tahu walau sekeras apa pun gadis di hadapannya ini menolak. Tapi akan berlembut juga. Macam sekarang, sudah terhidang dua pinggan nasi goreng kampung sekali dengan pekej tuan punya badan sendiri.

"Masakan kau tak pernah mengecewakan." puji Qarl Adem.

Laura Danisya hanya mengangkat bahu seakan tidak peduli. Namun di dalam hati dia merasa cukup senang kerana ada yang memuji masakannya.

"Sorry pasal tadi. Aku tak bermaksud nak ceroboh bilik kau." pinta Qarl Adem meminta maaf.

"Benda dah jadi. Salah aku jugak sebab tak kunci pintu. Dahlah lupakan." balasnya.

''Kau bila start mengajar?'' soal Qarl Adem mengubah topik perbualan bagi menghilangkan suasana janggal di meja makan. Dia tahu pasti gadis dihadapannya ini merasakan tidak selesa.

''Bulan depan.'' jawab gadis itu singkat.

"Dekat mana?" Soalnya lagi. Nak tunggu gadis itu bagitahu sendiri? Sampai kesudahlah dia tak akan tahu.

"Sekolah Menengah Kebangsaan Jaya Murni. Kenapa kau tanya?" Jawabnya dengan sedikit rasa curiga. Entah kenapa tiba-tiba lelaki itu bertanya perihal tempat mengajarnya.

"Tanya je." Ujarnya sambil tersenyum.

                                 *********

"Bosannya! Kalau mama dengan papa ada tak adalah aku mereput macam ni. Nak harapkan budak tu, sampai sekarang tak muncul-muncul. Dia tak tahu ke yang dalam rumah ni masih ada orang lain? Tv ni pun satu hal tak ada ke cerita yang best sikit? Asyik duk tayang CJ WOW SHOP je. Aku ni kalau nak shopping dekat shopee je. Geram betul, aku dengan siaran ni.'' bebelnya tak puas hati. Tangannya sibuk menekan remote untuk menukar siaran.

''Qarl! Aku nak keluar sekejap, ada hal. Mungkin balik lambat. Tu bawah tudung saji ada lauk. Kalau lapar kau panaskan balik je.'' ujar Laura Danisya sebaik tiba di ruang tamu. Dia menggeleng kepala melihat kelakuan lelaki itu. Dah serupa kera kena belacan.

Qarl Adem yang sedang asyik berbaring itu lantas berdiri menghadap wajah gadis itu.

''Kau nak pergi mana?'' soalnya panasaran. Sampai hati gadis itu ingin meninggalkannya seorang diri.

''Keluar jumpa kawan-kawan aku.'' balasnya.

"Nak ikut! Nak ikut!'' rengeknya seakan anak kecil.

Tersentak dia dibuatnya. Apa mimpi lelaki itu nak ikut sekali. Tak pernah-pernah pun selama ni.

''Mana boleh! Aku nak keluar jumpa kawan-kawan lama. Nanti dorang mesti tak selesa kalau kau ada.'' marah gadis itu.

''Please Laura.. kalini je. Aku belanja kau dengan kawan-kawan kau.'' pujuk Qarl Adem lagi.

"Aku nak pergi reunion ni. Nanti apa pula kata diorang kalau kau ikut sekali." Ujar Laura Danisya. Pening kepala dia dengan perangai abangnya itu.

Gadis itu mengeluh perlahan. Entah jembalang apa yang merasuk lelaki itu sampaikan bertingkah seperti ini.

''Kawan-kawan kau mana? Ajaklah diorang keluar.'' cadang gadis itu.

''Semua busy. Please Laura, aku janji tak kacau kau. Lagipun aku bosan duduk sorang-sorang kat rumah ni. Semua orang tak ada, aku nak borak dengan siapa?'' Rayu Qarl Adem lagi. Sambil kedua tangannya menekup seakan memohon.

Laura Danisya mengeluh. Dia merasa sedikit serba salah. Apa dia nak jawab dekat kawan-kawannya nanti.

"Ye lah. Kau boleh ikut!" Putus Laura Danisya pasrah. Lagipun lelaki itu sudah menawarkan khidmat bank bergerak. Hanya khusus untuk dia sahaja. Sambil menyelam minum air. Tak gitu?

"Betul ke ni? Betul ke ni?" Soal Qarl Adem untuk kesekian kalini. Risau jika dia tersalah dengar.

"Ye! Baik kau pergi bersiap sebelum aku ubah fikiran." Ugutnya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon seseorang.

Qarl Adem hanya mengangguk sebelum berlari menuju biliknya.

*******

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 05, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] DESIREWhere stories live. Discover now