BAB 2

202 10 0
                                    


Suasana di lapangan terbang ketika itu sedikit sesak. Masing-masing sedang menunggu ketibaan orang tersayang.

Laura Danisya melabuhkan punggungnya di atas kerusi kosong berhadapan balai ketibaan. Matanya melilau melihat sekeliling kawasan tersebut.

"Lambat lagi ke?" Soalnya pada diri sendiri. Jam tangan ditiliknya lagi. Dia mengeluh berat.

Penat drive semalam pun belum hilang lagi. Pagi ni, dia perlu jadi driver mamat kerek tu. Kalau tak disebabkan permintaan dan rasa hormat dia dekat mama dan papa. Tak adanya dia buang masa dekat sini seperti tunggul kayu.

Entah keberapa kali dia mengeluh kuat. Sampaikan wanita di sebelah kanannya melemparkan pandangan pelik. Namun dia langsung tak peduli dengan mata-mata yang memandangnya.

Dalam dia melayan perasaan. Terasa kerusi disebelah kirinya diduduki oleh seseorang. Namun dia hanya menghiraukannya. Apa yang ada di dalam kepalanya saat ini adalah katil dan bantal sahaja.

"Awak tengah tunggu siapa ni? Suami ke?" Soal jejaka di sebelah kirinya.

Laura Danisya menghiraukan pertanyaan lelaki itu. Baginya mungkin lelaki disebelahnya itu sedang berbual dengan telefon atau orang lain. Mungkinlah?

"Sombongnya." Ujarnya lagi bagi menarik perhatian gadis itu. Terukir senyuman di bibir merah jambu milik jejaka itu.

"Maaf ya encik. Saya tak berbual dengan orang asing." Balas Laura Danisya keras. Sudahlah dia tiada mood. Tiba-tiba lelaki disebelahnya ingin mengajaknya berbual.

Tanpa membuang masa dia terus berdiri untuk meninggalkan balai ketibaan itu. Namun belum sempat dia membuka langkah. Terasa pergelangan tangannya ditarik kuat oleh seseorang. Membuatkan tubuhnya terpaling ke belakang.

Terjerit dia dibuatnya apabila lelaki bukan muhrim menyentuhnya sesuka hati. Namun dia dikejutkan lagi, apabila tangan lelaki asing itu menekup mulutnya kuat. Meronta-ronta dia dibuatnya.

"Woi! Diamlah! Ni aku lah Qarl!" Ujar lelaki asing itu keras. Tangannya masih menekup mulut gadis itu. Banyak mata-mata yang memandang mereka saat ini.

Laura Danisya berhenti meronta. Wajah lelaki di hadapannya ditatap tajam. Sebelum tangannya naik menolak kuat tubuh sasa lelaki itu.

"Over betul kau menjerit. Nasib baik orang tak fikir aku nak culik kau." Sambung lelaki itu lagi. Dia berpaling untuk mengambil barang miliknya.

Laura Danisya mendengus marah. Lelaki ni tak pernah berubah. Dari dulu sampai sekarang selalu menyakitkan hati.

"Tak perlu kut kau buat macam tu. Kau tak ada hak untuk sentuh aku sesuka hati. Dahlah aku nak balik! Aku penat!" Ujar Laura Danisya datar. Dia terus mengatur langkah meninggalkan lelaki itu. Malas dia melayan kerenah mamat kerek tu. Menyakitkan hati.

"Apa-apa jelah. Kalau ye pun. Tolonglah aku bawa barang-barang ni." Pinta Qarl Adem sambil menghulurkan jaket dan beg sandang miliknya kepada gadis disebelahnya.

"Kalau tak menyusahkan aku, tak boleh ke?" Marah Laura Danisya. Namun tangannya tetap menyambut huluran lelaki itu.

"Tak boleh. Sebab kau kan bibik aku." Balasnya sebelum mempercepatkan langkah kakinya. Baik dia lari dulu, sebelum harimau jadian tu mengamuk.

"Suka hati kau je, labelkan aku sebagai bibik kau!" Jerit Laura Danisya keras. Dia menarik nafas dalam bagi menenangkan hatinya yang kian membara.

🟢🟢🟢🟢

"Kunci kereta kau mana?" Soal Qarl Adem sebaik tiba di parking yang menempatkan kereta milik gadis itu.

Tangannya dihulurkan ke arah gadis disebelahnya.

[OG] DESIREWhere stories live. Discover now